Tuesday, 20 July 2010

HARAM BERJERSI.....

Minat bola, fanatik bola, tidur makan minum semuanya bola.
Tapi jaga-jaga. Dalam pada kita berfanatik terhadap sesebuah pasukan bolasepak, mungkin secara tidak sedar kita sudah mensyirikkan Allah. Bukan melalui pemujaan, atau jampi mentera, tapi sehelai kain membalut tubuh sudah cukup untuk mendatangkan kemurkaan Allah.

Pemakaian jersi bolasepak yang memaparkan imej salib, syaitan dan jenama air kencing syaitan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadoot berkata berbuatan memakai jersi-jersi tertera imej2 tersebut secara tidak langsung mencerminkan bahawa pemakainya sedang mengagung-agungkan sesuatu agama lain bagi jersi berimej salib, mempromosikan arak bagi jersi tertera jenama arak dan bersekongkol dengan syaitan bagi jersi yang berimej syaitan.

Jadi, minat minat juga, hukum tetap hukum walau apa pun alasan kita.......

PAPARAN JENAMA ARAK




IMEJ SALIB PADA JERSI


IMEJ SYAITAN.... !

Kalau kita fanatik sangat terhadap bolasepak, beralihlah kepada jersi ini.....


ini,

ini,

dan sudah semestinya ini.............


SOKONGLAH BOLSEPAK TEMPATAN !!!


6 comments:

meor-name-depan-ku said...

Jersey yang last tu macam bias jer....heheh

Anyway, lame tak menulis bro..

SangKunang said...

bias ke?

hehehe, xpe.. dah adil dah tuh. ade selangor, ada ns, ade kedah..

menulis sekali sekala aje skrg nih.. mencari-cari waktu luang yg kian terhad..

kudabesi said...

Mansion the casino pun tak leh pakai gak..

gambling, BET365 pun sama gak

SangKunang said...

ha'a...
judi pun xleh pakai jugak.

mansion, bet, bwin..

hehe, real madrid pun kene jugak

kudabesi said...

lupe bwin.com

btw, barca ada modify jersi dia utk pasaran middle east

dia alter cross kat logo tu, kasi buang..tp utk pasaran tu je la, logo asal masih ada

SangKunang said...

mcm mana logo kat middle east tuh?

ade link? nak tengok