Liga Super Malaysia berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Dengan Selangor masih memimpin carta liga dengan kelebihan 5 mata, bukan bermakna segalanya sudah berakhir buat Laskar Merah Putih Kelantan. Malam ini satu Stadium Bolasepak Cheras bakal diwarnakan dengan warna merah.
Kejayaan mengikat selangor minggu lepas pastinya memberi semangat buat anak buah B Sathianatan untuk terus mengejar Selangor sambil mengharapkan akan ada keajaiban di Stadium Shah Alam malam ini dari pasukan PuLau Pinang.
Pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur yang menanti kunjungan Kelantan dengan harapan akan ada penyokong tuan rumah turun memberikan sokongan kepada mereka sepertimana era kegemilangan Kuala Lumpur pada zaman Razif Ismail suatu ketika dulu. Stadium mereka sentiasa penuh, sentiasa dahagakan kejayaan. Tapi kini entah kemana semuanya penyokong Kuala Lumpur. Nak kata sokong KL Plus, takde jugak.
Tapi, apabila menentang pasukan Kelantan, pihak pengurusan KL pastinya senyum lebar. tak kira apa keputusan dalam padang, yang penting, poket mereka penuh, tiket pastinya habis....
3 comments:
buleh lagi ko nok ambat Selangor ni?????
bila kito meney,,,dio meney jugok,,,
baki game lepas ni Kelate tokleh lagi tercicir mata,,,,sambil mengharap Selangor kalahhh,,,,tapi keno tengok belakey jugok,,Ganu pun dok hambat kito,,,,,
kalu ikut matematiknya, kito masih ado harape nok jadi juaro. tp semua tu keno gantung pada nasib..
harak kedoh nge tganung bulih meney lawe selango nati...
Post a Comment