Thursday, 12 August 2010

Pemain Import: Kelantan Buat Persiapan Awal

Jenuh memikirkan bagaimana usaha menarik pemain tersohor daripada liga negara jiran untuk bermain di Kelantan. Itulah luahan saudara Izuan Pengurus Korporat TRWC yang ditugaskan antara jawatankuasa melobi pemain-pemain berprestasi tinggi yang telah di senaraikan pengurusan tertinggi KAFA. Bagaimanapun beliau menjelaskan perkara ini masih dalam rahsia KAFA walaupun sudah ada pemain yang telah dan akan menandatangani kontrak awal untuk aksi TM Liga Super 2011. Apa yang pasti terdapat pemain tempatan dan pemain import menjadi pilihan sekiranya diluluskan FAM.

Isu pemain import mungkin akan mengembirakan dan mendukacitakan sesetengah penyokong, namun bagi KAFA isu ini perlu dilihat secara positif dan lebih terbuka, sekiranya seseorang penyokong itu boleh menerima dan mengagungkan liga eropah yang ramai dengan pemain import mengapa dalam isu liga tempatan masih ada yang sangsi dengan keazaman baru pengurusan FAM yang akan membenarkan pemain import kembali beraksi. Buktinya sudah jelas kerancakan liga Sepanyol yang ramai pemain import telah berjaya melahirkan ramai pemain tempatan berstatus profesional di peringkat antarabangsa selain kualiti liga diyakini lebih berprestij.

Mengapa kita perlu mengambil langkah ke belakang sedangkan liga-liga di negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Myammar telah berjaya bukan setakat meramaikan pemain import malah telah berjaya menarik minat pasukan bolasepak luar negara mereka untuk beraksi di liga tempatan mereka. Sepatutnya liga Malaysia yang telah diperkenalkan pada 1982 ini lebih menarik minat pasukan luar dan pemain import bagi memeriahkan liga yang semakin lesu ini, tetapi ianya berlaku sebaliknya jika dibandingkan liga Singapura yang baru diperkenalkan pada 1994.

Peter Butler yang kini pengarah teknikal Yangon United FC telah membalas email pada TRWC menyatakan pemain import satu perkembangan yang baik untuk kemajuan bolasepak Malaysia yang dilihat ada potensi yang sangat besar untuk berjaya diperingkat asia dan dunia. Kelantan bagi beliau berada dalam prestasi lebih baik daripada zaman beliau. Beliau turut teruja dengan pencapaian B. Sathianathan dan Tan Sri Annuar Musa dalam membimbing Kelantan sehingga ke peringkat ini. Beliau juga sanggup menerima pelawaan Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya diperlukan.



Pemain import akan mengekang kemajuan pemain tempatan?

Perkara ini disangka sama sekali kerana melalui perkembangan liga super sejak diperkenalkan tahun 2004 yang berkesinambungan daripada liga Malaysia yang diperkenalkan sejak 1982, liga super Malaysia masih tidak mampu melahirkan pemain bertaraf antarabangsa dan tidak mampu beraksi cemerlang di pentas antarabangsa. Jika hendak dibandingkan dengan liga Brazil yang sememangnya menumpukan kepada pemain tempatan, telahpun berjaya menjadi kilang pengeluaran pemain bertaraf antarabangsa yang menarik minat negara luar memilih khidmat pemain daripada Brazil beraksi ditempat mereka selain prestasi bolasepak sentiasa cemerlang di piala dunia. Adakah pemain tempatan dan liga tempatan Malaysia sudah berjaya melahirkan pemain yang sudah beraksi di negara luar sejak khidmat pemain import disekat?



Kemampuan pasukan liga tempatan membayar gaji pemain import?

Kemampuan kewangan pasukan negeri juga mungkin salah satu faktor ada pihak yang sangsi dengan cadangan mengambil balik pemain import ini. Secara logik pasukan negeri atau kelab perlu mengukur baju di badan sendiri melihat kemampuan kewangan mereka untuk satu musim liga bukannya melihat gah apabila ada pemain import beraksi. Pasukan negeri dan kelab perlu berusaha menarik lebih ramai penyokong tempatan ke stadium dengan mengadakan promosi, pertandingan cabutan bertuah, siri jelajah pemain bersama peminat dan sebagainya selain berharap pemain import akan mencipta sorakan padu penyokong ke stadium. Meneliti kejayaan liga Indonesia yang secara purata mampu menarik lebih 5 ribu penyokong ke stadium, jauh berbeza dengan liga Malaysia yang hanya Kelantan mampu melebihi 5 ribu penyokong setiap perlawanan, ini adalah kerana aksi hebat pemain import liga Indonesia yang serasi dengan pemain tempatan. Kehadiran ramai penyokong mampu menjana pendapatan pasukan selain mampu menarik minat penaja-penaja untuk menaja pasukan terbabit.



Kelantan sudah ada pemain import?

Presiden KAFA ketika diajukan persoalan ini, beliau sentiasa kekal dengan keinginan beliau sebelum ini yang mahu pemain import beraksi diliga tempatan. Kelantan sudah memerhati dan memilih beberapa pemain import yang beraksi cemerlang diliga negara jiran untuk beraksi di Kelantan, ianya masih diperingkat awal rundingan sementara menanti kelulusan FAM dalam isu membenarkan pemain import ini. Bagi beliau pemain import ini jurulatih ketiga yang dapat berkongsi pengalaman mereka bersama pemain tempatan. Kita sendiri pernah melihat kehebatan Hashim Mustapha yang 3 musim liga Malaysia berturut-turut dinobatkan penjaring terbanyak liga walaupun ketika itu Kelantan ada 6 pemain import seperti Marco Kraljevic, Dudala Dariusz, Dimitri Kalkanov, Gerry Gomez, Worawoot Srimaka, Micheal Roki beraksi sama. Di zaman Hashim Mustapha muncul pemain tempatan yang hebat seperti Radhi Mat Din, Subadron Aziz, Zainal Abidin, Dollah Salleh dan sebagainya yang masih mampu mengekalkan kemajuan liga tempatan pada era 90 an.

Dengan ini kami menyeru agar penyokong Kelantan menerima isu ini dengan terbuka kerana usaha pembangunan bolasepak tempatan di Kelantan juga akan diperkemaskan dan ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai pemain ternama. KAFA akan sentiasa memastikan fenomena kejayaan bolasepak Kelantan ini terus kekal sehingga Kelantan mampu gah di peringkat asia. Berharap para penyokong terus memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan.

Nantikan pendedahan dan senarai pemain tempatan & import yang bakal membarisi Kelantan musim depan. Luis Pablo Puzuto bekas pemain import Kelantan dan Izuan ada butirannya.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

dikopi dari laman web The Red Warriors
TRWC
http://www.theredwarriors.com/v2/

No comments: