Sunday, 22 August 2010

Stanley Bernard Samuel

Apabila aku sebut Stanley Bernard Samuel, mungkin ramai yg tidak kenal siapa dia ni. Penyanyikah? Sori, kisah penyanyi tak masuk dalam blog nih. Stanely Bernard Samuel ialah seorang pemain bolasepak warganegara Malaysia. Ya, ramai yang tidak kenal. Beliau bukanlah sape-sape. Beliau tidak pernah main Piala Dunia. Beliau juga tidak sehensem Cristiano Ronaldo.
Beliau hanyalah seorang pemain bolasepak dari sebuah negara yang menduduki ranking 139 dunia. Negara Malaysia.

Tapi beliau bukanlah seperti kebanyakkan pemain Malaysia yang lain. Dalam ertikata berusaha keras mencuba nasib mengembangkan sayap dalam karier profesional seorang pemain bolasepak. Beliau ternyata lain. Lain dari yang lain. Pemain-pemain Malaysia era kini yang ku kenal hampir semuanya MALAS berusaha keluar dari 'tempurung'. Hanya berlegar-legar diruang yang sama.

Stanley Samuel bukan dalam kategori mereka. Di saat kebanyakkan pemain hanya mengharapkan ehsan untuk bermain di luar negara, Stanley Bernard mencuba sendiri. Berkenala membawa bakat ke dunia luar. Umpama lepasan universiti keluar membawa CV atau resume untuk memikat majikan. Mencari sumber pendapatan. Begitulah juga si Stanley.

Untuk pengetahuan semua, pada hujung tahun 2009, apabila pasukan Khairy Jamaluddin, UPB MyTeam FC mengumumkan penarikan diri dari Liga Malaysia, pemain-pemain pasukan itu tergantung-gantug tanpa majikan. Begitu juga Stanley. Rakan-rakan beliau lantas mencuba nasib bersama pasukan2 lain dalam Liga Malaysia. Ada yang ditawarkan kontrak, ada juga yang kini sudah bersara walaupun umur belumpun mencecah 25 tahun. Bagi Stanley, beliau melihat ruang karier profesional bolasepak bukan hanya bertumpu di bumi Malaysia ini sahaja. Beliau memandang kerjaya bolasepak sangat luas ruangnya. Serata dunia (kecuali liga yg mengharamkan import spt Malaysia).

Januari 2010. Tanpa pengetahuan ramai, FAM pun tak tahu, Stanley sudah mengikat kontrak sebagai pemain import (foreign player) untuk kelab Sporting de Goa, sebuah kelab bolasepak profesional di India. Pemergian beliau mengikat kontrak di sana bukanlah ehsan FAM, bukanlah program berbayar sepertimana Harimau Muda di Liga Slovakia. Dan sudah tentu juga bukan program timbal balik sepertimana Sheikh Muzafar naik ke angkasa setelah kerajaan membeli jet pejuang Rusia. Stanley berkenalan ke sana dengan duit poket sendiri, mencuba nasib melalui 'trial' sebelum liga bermula. Semangat Stanley ini tidak ada pada pemain Malaysia pada era ini. Semangat 'berani mati', mencuba nasib yang kebanyakkannya dilakukan oleh pemain2 berkulit hitam Afrika yang berkelana ke serata dunia.

Stanley berjersi putih

Liga India tidaklah seperti Liga Inggeris yang sering dicanag-canangkan sebagai liga terhebat dunia. Namun itulah taraf pemain kita. Menembusi Liga India sebagai pemain import sudah cukup membuktikan keazaman pemain berusia 23 tahun ini. Pemain-pemain Malaysia yang lain, agaknya bila dapat offer dari Man Utd atau Cheasea baru nak keluar dari Malaysia kot...

Kini khabarnya Stanley Bernard berada di Indonesia. Sedang mengikuti latihan pemilihan pemain untuk Kelab Persibo Bojonegoro untuk menghadapi musim akan datang. Jika berjaya terpilih, Stanley mungkin akan menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia setelah berjaya menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga India.

Kepada Stanley Bernard Samuel, selamat maju jaya diucapkan. Kibarkan Jalur Gemilang diluar sana. Buktikan bahawa anak Malaysia juga mampu menarik minat pasukan luar. Buktikan juga yang anak Malaysia tidak manja yang hanya bergantung kepada pemerintah bola untuk berada di luar negara.


4 comments:

Anonymous said...

hello kawan ini ader ceriter pasal stanley bernard samuel ader sedikit info sila rujuk web site:
http://www.pusamfc.com/ ok bro jumper lagi...

SangKunang said...

thanks kawan...
cerita pusam tu dah x jadi dah..

stanley kahbarnya diminati kelab pusam, tp penyokong pusam membantah kerana stanley ialah orang malaysia

Anonymous said...

probably main untuk sabah next year.

putrajb76 said...

Stanley nie nie bagus??? Tapi pada aku dia nie ettitude nya buruk... Peristiwa ini berlaku didlm pusat latihan sesebuah kelab di liga super... Dia tdk ada memegang apa2 jawatan, dan dia bkn nya vip...Tapi sikap sombongnya masuk sesuka hati dan tdk hiraukan arahan pengawal keselamat yg tdk membenarkan dia masuk... Sdg kan pengawal keselamat hanya menjalan kan tugas dr arahan pengurus pusat latihan pasukan bola sepak... Dgn lagak mcm pro sgt stanley nie telah mengugut pengawal keselamatdgn berkata "nanti awk kene dgn saya!" di ucapkan sebanyak dua kali.... Seungguh biadap ini manusia.... Tdk sepadan dgn kariernya....