
"MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menggesa penggabungan Johor dan Johor FC dilaksanakan secepat mungkin supaya persiapan rapi dan tersusun dibuat lebih awal sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan......"selengkapnya
Aku mengharapkan Menteri Besar tidak masuk campur dalam hal ni. Tapi nampaknya, big boss sudah pun bersuara. Bila dia sudah mengeluarkan arahan, bermakna ia hampir pasti jadi kenyataan. Sebab utamanya, JCorp adalah syarikat GLC kerajaan negeri Johor. Arahan dari Ghani Othman bermakna arahan dari boss besar JCorp juga.
Pasir Gudang United sudahpun dilingkupkan oleh PBNJ beberapa tahun lepas, kini giliran Johor FC menanti tiba. Inilah akibatnya pemimpin politik mentadbir sukan. Sedih, sedih.....
*Pernah dengar cadangan Manchester United bergabung dengan Manchester City atas alasan meningkatkan mutu bolasepak Manchester?????