Thursday, 17 May 2012

Nazmi Dapat Liputan Di Portugal


Tanpa kabel, tanpa politik, tanpa pengaruh kepentingan perniagaan, siapa sangka anak muda Malaysia juga mampu memijak rumput Eropah secara merit. Pemergian Nazmi Faiz ke POrtugal untuk menjalani ujian pemilihan kelab SC Beira-Mar mencuri tumpuan apabila boleh dikatakan beliau merupakan satu-satunya anak Malaysia yang diintai pencari bakat Eropah dengan kelebihan peribadi yang ada padanya. Berlainan dengan pemain-pemain Malaysia sebelum yang yang banyak mencuba nasib di luar negara atas ehsan politik. Atas kabel ahli perniagaan Malaysia, dan juga atas tiket pemilikan kelab. Ada juga yang melalui bayaran..

Belumpun bermula sesi ujian, Nazmi sudahpun mendapat perhatian media sana. Di suatu sudut, liputan media Portugal terhadap beliau merupakan satu kebanggan bagi kita dan Nazmi sendiri. Namun di suatu sudut yang lain, itu merupakan ujian awal untuk Nazmi sendiri. Ujian berhadapan dengan dunia glamor. Diharap Nazmi tidak hanyut dengan ujian awal ini, dan terus membuktikan yang beliau sememangnya layak mendapat liputan media bak bintang.

Semoga Sukses !
Semoga Presiden FAM Letak Jawatan......


2 comments:

PM said...

Ambo banggo.......semoga dia berjaya.

Kaka said...

ikut saiz nazmi, macam susah untuk dia survive di eropah. region asia, dia boleh lagi menyelit dengan badan comelnya. tapi environment eropah sangat berbeza dimana pertahanan sana memiliki saiz badan yang besar, tinggi dan tegap.

walaubagaimanapun, sekalung tahniah dan selamat maju jaya buat nazmi.