Sunday, 29 June 2014

JDT - SEBUAH TRANSFORMASI


JUARA LIGA SUPER 2014.
Liga Super 2014 melabuhkan tirai, menjulang pemegang trofi terbaharu. Datangnya dari selatan, itulah kelab Johor Darul Takzim (JDT).

Perjalanan JDT dalam kancah bolasepak Malaysia masih lagi bertatih, baru berusia dua tahun. Tapi itu atas nama JDT. Hakikatnya, kelab ini sudah lama bertapak di Malaysia. Seawal 1972, membawa nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ FC), yang kemudiannya mengibar saingan dengan nama baharu pada tahun 1996 iaitu JOHOR FC. 

simpel saja logo Johor FC ni

Bagi otai-otai liga Malaysia, siapa yang tak kenal Johor FC, pasukan kelab yang boleh dikatakan paling konsisten dalam bolasepak profesional Malaysia. Tolak ketepi kelab-kelab lain. MPPJ FC? Kelab pertama julang Piala Malaysia, tolak ketepi sebab dah bungkus senasib Public Bank FC, UPB MyTeam, TNB Kelantan, KL Plus FC, PROTON, KM NAZA dan banyak lagi lah yang dah terkubur kerana mentaliti korporat mereka yang tidak mahir mengenai elemen Sense of Belonging dalam kelab bolasepak. Sime Darby pun aku bagi masa je. Paling lama pun 8 tahun. hehehe... 

Ok, balik ke cerita Johor FC. Johor FC adalah kelab yang paling aku respek sebab pengurusan yang bijak. Bijak kenapa? sebab pengurusan Johor FC menggunnakan nama Kelab Bolasepak Johor atau JOHOR FC sebagai nama rasmi untuk pertandingan. Sedangkan pemilik Johor FC adalah Syarikat Johor Corporation Berhad. Kenapa tak guna je nama Johor Corporation FC, atau JCORP Fc? atau KFC FC? Jawapannya adalah kerana mereka bijak. Bijak dan cerdik tak seperti KL PLus FC.kehkehkeh..

Korang yg baru berjinak2 dgn liga M, kalo nak kenal KL PLUS FC, di laa dia.
Dah, kita tinggalkan cerita mereka yang dah mati. Tapi sebut cerita mati ni, Johor FC pun hampir bungkus jugak dulu. akibat cadangan cerdik pandai pemimpin politik Johor yang mahukan kelab lejen ini ditutup. rujuk SINI, SINI, dan SINI.... see, sebelum boys of street wujud, sebelum TMJ masuk PBNJ, sebelum Larkin ada adboard, aku dah berjuang dah untuk bolasepak Johor walaupon aku orang Kelantan. Berjuang atas dasar kebangkitan bolasepak Malaysia.

korang boleh sebut sorang-sorang x? btw, Abam bertopi tu memang sinonim dengan  skuad Sang Lebah...

Sayang kalau kelab sekonsisten Johor FC ini ditutup. Biarpun tak pernah menang Liga, Piala Malaysia dan Piala FA, tapi Johor FC kekalkan statusnya tersendiri di Liga Super. Masa tu ramai jugak lah geng2 penyokong Johor FC protes idea pembubaran JFC. Geng kelab Lebah.net kalau x silap.

Menjelang sepak mula 2013, hadir anak raja Johor. TMJ gelarannya. Hadir membawa berita sedih untuk bolasepak Johor. Johor FC ditamatkan riwayat. Ramai berduka dan bermuram durja. Tapi TMJ bukan mematikan Johor FC seperti matinya kelab-kelab lain yang aku sebutkan diatas. TMJ menyuntik nafas baharu untuk Johor FC. Johor Darul Takzim namanya. JDT. Inilah sinar baharu buat warga selatan. Sinar yang TMJ janjikan buat warga Johor. Maka tamatlah riwayat JOHOR FC..muncullah ini....
Pengurusan dirombak, staf kejurulatihan ditukar, barisan pemain berwajah baru. Pemain kelas dunia dibawa, Johorean bersedia menyertai kancah elit bolasepak Malaya..

Tahun pertama berada di kelompok elit, JDT memecah dominasi The Red Warriors. JDT mencipta sensasi dan kontroversi. Dalam dan luar padang, sama hebat. Yang ini tak perlu cerita dah, ramai dah yang ikut bola Malaya masa ni. Pencapaian, tidak mengecewakan. Mampu mencabar Top Table walaupun tidak mampu juara, dan layak ke Final Piala FA. Tewas kepada Kelantan. Biasalah, Kelantan dulu pun 2 kali masuk final tapi tak menang.Sebelum mampu menjulang trebel. Keseluruhannya, pencapaian JDT 2013 adalah tiada kejuaraan.

Gagal pada percubaan pertama, tidak mematahkan semangat big boss JDT. Tahun 2014 dipersiapkan sebaik mungkin. Transformasi sekali lagi berlaku. Rimau kat atas yang baru berusia setahun, bertukar lagi. Muncul yang ini, lagi garang dan elegan.


Rombakan pemain besar-besaran. Bintang-bintang besar Malaya di bawa ke selatan. Dari Kota Bharu, Dari Shah Alam, dari Kuantan, semua ada.. Siapa percaya yang Pablo Aimar mampu dibawa ke Malaysia. Tapi JDT MAMPU. dan Keghairahan untuk sebuah piala semakin membara. 

Well, adat bola, bila sesebuah team jadi pawer, haters ada di mana-mana. Era 90an-95, Selangor pawer nak mampus. Haters bersepah-sepah. Siapa-siapa yang lawan selangor akan mendapat sokongan satu Malaya. Era 2000an pun sama, siapa-siapa yang mengadap Kedah akan all out lah. Era 2010an, anak buah Anuar Musa muncul. Lagiii lah ramai haters.Kehkehkehkeh... Kini giliran Johor Darul Takzim.

Tapi cacian, hinaan, haterisan yang diterima JDT sepanjang 2013-2014 adalah sangat-sangat berbaloi apabila Harimau Selatan berjaya mengetepikan saingan 11 pasukan lain untuk menjulang Liga Super buat kali pertama. Syabas. 

Dan tahun 2015, JDT akan mewakili Malaysia dalam kejohanan peringkat Asia. Piala AFC sudah kompem. Dan berpeluang mencuba nasib dalam kancah Asia Champions League. Harumkan nama Malaysia yang tak berapa nak harum ni... Malaya sebenarnya mampu.

2 comments:

syazri faridz said...

Saya amat terima kasih kepada admin. Sedikit sebanyak mmbantu dalam kajian saya. Saya harap saya dapat hubungi admin

syazri faridz said...

Saya amat terima kasih kepada admin. Sedikit sebanyak mmbantu dalam kajian saya. Saya harap saya dapat hubungi admin