Saturday, 28 June 2008

Another loss in the world of education

sedih hati, kelu x terkata mendengar berita pemergian abang yie @ cikgu zuwairy azhari (KPLI jan 2007)...

sedang aku tgh berseronok enjoy kagum unit beruniform di ulu bendul, panggilan dari abang kamarul petang 23 Jun membawa cerita duka. sesungguhnya pemergian abang yie satu kehilangan besar dalam dunia perguruan khususnya.
semasa hayatnya, arwah dikenang sebagai seorang yg bagus dan baik akhlaknya.

januari 2007 memperkenalkan kami. arwah diterima masuk untuk KPLI IPBA amblilan januari 07 dan sama2 duk di apatmen aku 104A....

arwah seorang yg warak dan berkepimpinan.. sbg seorang yg lebih dewasa dari aku, salah silap aku abang yie tegur, lambat aku semayang abang yie tegur, ada masalah abang yie tolong. sbe pun kebetulan dapat satu skul ngan abang yie SK Sungai Way...

abang yie meninggal dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. perginya ku kira dalam keadaan yg mulia kerana dlm perjalanan untuk menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepadanya untuk mendidik anak2 di pedalaman gua musang supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak2 malaysia yg lain.

doaku, semoga roh abang yie ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT...

abg yie, we will miss u!

---------------------------------------------------------

BERITA HARIAN ONLINE

Tiga maut dalam kemalangan di Machang

MACHANG: Tiga orang terbunuh apabila dua kereta yang mereka naiki
bertembung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 28 Jalan Kota
Baharu-Machang di sini, pada 5.15 pagi ini.

Akibat kemalangan itu, guru Sekolah Kebangsaan Paloh Satu, Gua Musang, Mohd Zawairi Azahari, 30, yang memandu menghala ke Gua Musang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa dikenali Masngod Musa, 37, dan Puteri Arisa, 20, yang menaiki sebuah kereta lain dari arah bertentangan, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Machang.

Pegawai penyiasat pasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah
Machang, Inspektor Roslan Markati mengesahkan kejadian itu. - Bernama

6 comments:

Suhaimi Abd Wahid said...

Ye.. memang satu kehilangan yang besar... arwah memang baik.. suke senyum jek.. xpelah Allah lebih sayang kat dia.. Al-Fathihah

kudabesi said...

al-fatihah

kenangan bersama arwah mmg bnyk

tapi Allah lebey sayang dia

emir.abu.khalil said...

ya Allah, ku pohon pada-Mu, permudahkan urusan buatnya.. semoga ringan rohnya, lapang quburnya, kaya-raya dirinya.. bahawa tiada yang ditinggalkannya melainkan kebaikan yang bertapak pada hati kami....

Allahu Allah~

sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali

Sapixx said...

sama samalah kita doakan agar roh nya pergi sebagai seorang mujahiddin yg berjuang menunaikan tanggungajawab kpd agama, bangsa dan negara. Amiiin.

whosenischaaa~ said...

moga ALLAH tempatkan arwah di kalangn org2 yg beriman..amin..

HizRyanz said...

Al-Fatihah...

x tau pun citer nie...
ape2pun arwah meninggal untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara... semoga dicucuri rahmat kepada arwah...