Monday, 30 June 2008

We Are The Champion !

oleh : sapixx, 30 Jun

hampir sebulan berlangsung, akhirnya pesta bolasepak eropah Euro 2008 melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan spain/sepanyol selaku juara baru yang merampas takhta kejohanan daripada greece yg pulang awal untuk edisi kali ini.
lebih manis, sepanyol bukan sahaja membawa pulang trofi rebutan itu, malah turut merangkul sekali trofi penjaring terbanyak kejohanan melalui bintang mudanya david villa.
laluan sepanyol untuk merangkul kejuaraan kali ini memang sudahpun terbayang di peringkat kumpulan lagi dengan aksi-aksi memukau barisan bintangnya yang nampak tidak kekok walaupun tanpa kehadiran muka tetap skuad seperti raul gonzalez yg diketepikan jurulatih dengan harapan memberi peluang kepada gandingan torres-villa.
keadaan ini agak berbeza dengan naib juara, jerman yang agak goyah di peringkat kumpulan namun masih unggul untuk melangkah ke final.

bagaimanapun, untuk edisi kali inginku tabik spring pada pasukan turki dan russia yang sebelum kejohanan tidak diberi harapan untuk melepasi kumpulan pun. namun mereka membuktikan keberkesanan percaturan mereka untuk membawa mereka mara sehingga ke separuh akhir. jika edisi 2004 lalu memberi peluang kepada greece untuk melakukan kejutan, kini tiba giliran turki dan russia pula. walaupun gagal menjengah hingga ke final namun layak ke separuh sudah memadai bagi mereka.
sebenarnya dari awal lagi kehadiran russia ke kejohanan ini tidak harus dipandang sepi. kerana kehadiran mereka bukan kosong semata-mata. mereka bukan berhasrat untuk melancong di swiss/austria. mereka datang bersama pakar taktikal terbaik dunia. siapa yg x kenal guss hiddink?? sesudah melakar sejarah membawa korea selatan ke semi final world cup 2002, hiddink ke psv eindhoven untuk membimbing kelab belanda itu ke separuh akhir eufa champions league, kemudian merantau ke australia untuk membawa australia ke world cup selepas beberapa siri kegagalan. di world cup 2006, australia menjadi antara 16 pasukan terbaik setelah layak ke pusingan kedua. dan sekarang, hiddink melakar sejarah tersendiri bersama russia dan wajarlah jurulatih berkaliber ini dinobatkan selaku pakar taktikal dunia.
turki juga tidak ketinggalan menghiasi pentas kejutan edisi kali ini. turki juga merupakan sebuah pasukan yang menggunakan taktikal yang agak menarik sejak dari peringkat kumpulan lagi. yang menariknya, gol kemenangan turki kebanyakkan diperoleh ketika minit-minit akhir perlawanan. strateginya, mengubah formasi kepada ofensif setelah permainan menjengah minit 80. 3 perlawanan berturut2 turki mendapat kemenangan melalui gol lewat permainan dan hampir melakukannya di semi final ketika menentang jerman. tapi jerman lebih bijak menghidu taktik yang digunapakai kot...
anyway, tahniah kpd penyokong2 sepanyol dan sesiape yg beli jersi sepanyol...
aku beli belanda,huhuhuhu........

No comments: