Friday 7 November 2008

Di Kala Malam Bulan Mengambang

oleh : sapix sangkunang
7 November 08

Johan termenung memikirkan nasib dirinya yang tidak habis-habis dilanda kekecewaan melampau. sudah 3 purnama malang asyik menimpa dirinya yang berseorangan melalui liku-liku hidup. sudahlah cacat, keluarga yang ada sudah lama meninggalkan dirinya dek kerna tidak berupaya menahan kegagalan demi ketewasan yang sudah menjadi asam garam hidup johan.

Bukan johan tidak mahu mencuba, tetapi cubaannya kerapkali menemui jalan buntu di hujung perjalanan. baru saja tiga hari lepas, johan mendaki dan hampir sampai ke puncak gunung yang diimpikan selama ini untuk mengambil daun degasum yang dikatakan mampu membawa cahaya untuk menyembuhkan kecacatannya demi keluarga. tapi dia tersungkur, dan tergolek hanya beberapa langkah sahaja sebelum mencapai dahan pokok degasum. malam yang diterangi cahaya bulan tiba-tiba kelam.

Hari ini, johan tekad.hari ini johan berazam. johan tidak mahu memandang ke belakang lagi. cahaya bulan mengambang kali ini tidak akan johan persiakan. johan tahu, saat ini, detik ini bulan itu akan bersama menemani langkahannya. dan johan juga tahu bulan itu setia menemaninya walaupun kerlipan ribuan bintang di langit hanya akan bersamanya apabila dia sampai ke kemuncak pokok degasum yang diimpi itu.

Johan memandang bulan dan terus membuat langkahan....

5 comments:

kudabesi said...

lu buat ke bai...

pergh da bermain dengan cerpen lak..

aku baru nak menulis..

SangKunang said...

ha'a...
tp ni bukan cerpen.
ni secebis kisah tersirat yg aku nak ceritakan melalui cerita.
mesti ko x paham.
baca betol2 sampai paham.
hehe

Syaza said...

Nice piece..
All the best for ur exams~
*wink*
=D

kudabesi said...

hehe aku memang payah nak faham..

lambat nak digest cerpen2 yg ada tsurat tsirat nih

ni mesti cite pasal ketempangan sesuatu di Msia..

lu jdn main2 badan tu bdaulat haha

nanti aku wat citer aliran sufisme, dengan fadzlinisme haha

SangKunang said...

penceritaan kisah di kala malam bulan mengambang akan bersambung lagi.
tetapi jalan ceritanya kita semua belom tau termasuk aku sebagai penulis.
tunggu bulan 12 ni kalo nak tau kesudahan usaha johan.
hahahaha