Saturday 8 November 2008

I Wish U Tewas Cepat ! amiiin...

Polis Kelantan buru ketua kumpulan samun paling dikehendaki

KOTA BAHARU: Polis Kelantan sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun paling dikehendaki yang licik melakukan jenayah samun di daerah Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata, polis mengenal pasti ketua kumpulan tersebut sebagai Bakri Jalil, 34, dari Kampung Banggol Kemiang, Paloh Rawa dekat Machang.

“Suspek yang dipercayai mempunyai 20 rekod jenayah lampau dalam kes curi dan samun bersenjata sangat dikehendaki pihak polis dan sudah diburu sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek menggunakan parang dan senapang patah ketika melakukan kegiatan curi dan samun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berkenaan diminta tampil menghubungi pihak polis dengan segera di balai polis berhampiran atau menghubungi DSP Ang Ah Ban (Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat) di talian 016-2279188,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

suspek telah melakukan rompak/samun berkumpulan dan bersenjata di sekitar jeli, kuala krai mengakibatkan orang kampung tidak tidur malam kerana takut kejahatan dan kedajalan yang dibawa mereka ini.
modus operandi mereka sama, iaitu memecah masuk rumah orang kampung secara berkumpulan (5 orang), seorang menunggu di kereta yg diletakkan jauh dari rumah mangsa. keluarga mangsa diikat. ketua keluarga (bapa atau lelaki) biasanya diikat dan dijaga oleh 3 perompak dengan pisau, parang dan keluli pemotong besi di kepala.
tempoh rompakan=kurang 1 jam

doakan semoga Allah cepat turunkan pengajaran setimpal dengan keributan yang mereka bawa.
amin........

3 comments:

Syaza said...

ish3..
gitu pulok doh duk jd d klate dop?
haih~

*geleng2 palo*

SangKunang said...

gitu laa cerito dio..
koho kuat loni sek2 jjahak ni maghi wak kaca...

Syaza said...

pahtu guano?
takot plok ke oghe lain nok g kalte..
payoh ar gtu..
ko terpengaruh nge movie tu? =p