Monday 1 December 2008

BERJAYA ATAU BERAKHIR.........

Bermula 5 Disember ini skuad bolasepak kebangsaan yang berjersi baru bakal menggalas tugasan penting iaitu Piala Suzuki/AFF di Phuket sesudah dipindahkan dari bandaraya bergolak Bangkok, Thailand. Seminggu sebelum bermulanya kejohanan terbesar ASEAN ini,Timbalan Presiden FAM, Encik Khairy bin Jamaluddin sudahpun memberi kata dua kepada pengendali skuad kebangsaan, B. Satianathan supaya membawa pulang keputusan terbaik yang menjadi ukuran kepada kesinambungan kontraknya yang bakal berakhir tidak lama lagi. Keputusan terbaik yang dimaksudkan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidaklah dijelaskan secara terperinci, sampai ke mana, juarakah, membelasah lawankah berkilo-kilo kah, mengekalkan rekod tanpa boloskah,mendapat anugerah jersi terchantekkah...????
Di pihak satianathan, yang terbaik itu sudahpun difahaminya. Apa lagi yang terbaik kalau bukan juara. Takkan laa kandas di peringkat kumpulan dikatakan terbaik. Kalau juara adalah maksud ahli parlimen Rembau itu, sudah pasti beratlah bebanan Satianathan untuk merealisasikannya namun ia bukanlah satu kemustahilan yang harus diwaswaskan.
Skuad Harimau Malaya diletakkan sekumpulan bersama Loas, Vietnam dan tuan rumah Thailand. Atas kertas, nampak Malaysia mungkin mudah menundukkan Laos, tapi berdepan laluan getir menentang Vietnam dan Thailand. Namun jika dilihat prestasi semasa, kekuatan Malaysia, Vietnam dan Thailand adalah agak setara. Begitu juga dengan pasukan pilihan yang menghuni kumpulan yang satu lagi, Singapura, Indonesia dan Myanmar. Cuma apa yang mungkin membezakan kesemua pasukan pilihan ini ialah semangat juang. Mungkin skuad kita agak ketinggalan dari segi semangat juang jika nak dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.
Walau bagaimanapun, skuad malaysia kali ini dianggap dan dilihat lebih lengkap berbanding edisi-edisi sebelum ini. Dari segi persediaan misalnya. Jika sebelum ini, persiapan untuk menghadapi AFF sekadar seminggu dua, tapi kali ini agak berlainan. Skuad ini sudah disediakan sejak Ogos lagi iaitu pada perlawanan menentang Chelsea. Kemudian skuad ini berpesta di pestabola merdeka sebelum mengharung gelora Indochina menyertai piala jemputan Grand Royal Myanmar. Dan kemuncak persiapan, skuad Malaysia menentang Singapura di petaling jaya semalam yg berkesudahan rimau dan singa berkongsi mata 2 sama.
Seperti yang ditegaskan Khairy, semuanya sudah lengkap dan kemahuan jurulatih seperti menyudahkan liga lebih awal sudahpun ditunaikan. Kini untuk merealisasi, bukan lagi janji...
Kita mahu dengar sorakan kemenangan, bukan lagi alasan.....

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MALAYA!

2 comments:

Hilmi Zulfadli Shahrom said...

Aku sudah berpindah ke
hilmizulfadli.blogspot.com

Harap maklum..
Kamu di mana??

kudabesi said...

smoga team malaysia slamat smpai ke phuket dgn penerbangan ihsan rmaf, naik charlie tu..baru semangat juang tinggi sket..

jgn risau pramugari tudm pun lawa2 gak hehe