Saturday, 17 January 2009

Kepala babi diletak di surau UM

Menjelang Pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi, kehangatan bahang demokrasi kampus digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau Universiti Malaya semalam.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

8 comments:

kudabesi said...

ni bukan kali pertama..

sebelum ni rasanya da kena kat surau um diconteng dengan lambang sebuah kumpulan agama..cuma tak kuar kat berita jer

dlm bab ni kita kena hati-hati, mgkin ada yg cuba nak provok antara org islam

yg letak kpala babi nih..di laknat oleh Allah s.w.t

Hilmi Zulfadli Shahrom said...

Babi??

Huh.. Dorg nk bangkitkan isu antara agama ke??

Sharizan Bin Zakaria said...

betul tu apa yang dicakapkan oleh kuda besi.

tapi...

yang tak bestnya, ada orang yang ambik kesempatan daripada kejadian ni.

ceritanya camni, kes isu kepala babi ni dah dijadikan bahan isu dalam meraih undi untuk pilihan raya kampus UM.

masa aku makan tengah hari kat UM tadi, ada la satu flyer yang terhinggap kat motor aku. dalam kandungan flyer tu, ada cerita pasal keburukan calon2 yang membabitkan polis dan salah satu daripadanya isu kepala babi.

diorang gunakan isu ni untuk meraih undi dan cubaan untuk menjatuhkan calon pihak lawan.

pada pendapat aku la. isu2 macam ni tak patut dimanipulasikan semata2 untuk mencapai matlamat agenda orang2 tertentu.

kudabesi said...

bukan agama sgt tp lebih kpd politik dlm kampus..

ni da gelap ati punye org yg buat nih

anumz sarah said...

Sampai begitu sekali tindakannya? Hmm...sy setuju dgn pendapat kudabesi. Sengaja dicabar perpaduan umat Islam.Semakin melampau pula tindakannya.

Mesti lebih berhati-hati. Ramai menggunakan sentimen agama dlm politik.Yg pasti jika kita berpecah yg bersoak gembira ialah sekutu-sekutu Israel/As jua.

crescent said...

waa yeke? dasat sungguh sape yg letak kpla minatang tu..isk3

iDzruLezZ said...

Org yg letak tu mmg keji gile dpd babi...
kan ke bgus kalo time die letak 2 tbe2 kpale die btukar jd babi...

Mmg lumrah dlm politik...
slalu ade main kotor...
tp cara yg die gunakn ni cam da sgt melampau...

Suhaimi Abd Wahid said...

herm bdne nie mmg hot~ tgh org lain sibuk psl israel gila mngganas ada plak isu2 nie bg yg nk baca n tahu lebih lanjut saya sertakan dgn link skali nie huhuh ada gambr lagi~~

http://mart0619.blogspot.com/2009/01/kepala-babi-apa-maknanya.html

sama2 dpt pngajarn & iktibar