Friday, 22 May 2009

Menanti Kemarau Berakhir.

dilema penyokong, dilema pemain, dilema pengurusan...
dilema, dilema, dilema..
apa yang berlaku sebenarnya kepada pasukan kesayanganku yg mendapat jolokan the red warriors ini? seolah-olah hilang punca, hilang arah tuju, terkapai-kapai kelemasan mencari kemudi yang hilang.
sesudah tewas penalti kepada selangor dalam penentuan final piala fa tempoh hari, pahlawan merahku terus ditimpa malang. tewas dan terus tewas. kemarau kemenangan kini semakin kuat dirasakan sehingga terjentik di minda bahawa liga super yang sebelum ini yang dilihat hampir dalam genggaman kini mungkin tinggal angan-angan.
entah apa yang berlaku kepada pemain. penatkah, atau masih belum dapat melupakan kekecewaan terlepas piala fa?
melihat kepada kedua2 faktor ini, mungkin ada kebenarannya.
faktor keletihan dan kepenatan boleh diterima akal. kenapa? sebab pasukan kelantanku adalah satu-satu nya pasukan liga super yang bermain'away game' untuk setiap perlawanan. gara-gara hukuman penggantungan stadium sultan mohamad IV menyebabkan kita beroleh stadium baru, nun jauhnya bukit jalil dari bandaraya islam kota bharu. jauhnya mereka terpaksa merantau untuk menjadi tuan rumah..
faktor kekecewaan? tidak boleh diterima sebenarnya dari sudut pemain profesional. tp dari sudut sains sukan faktor ini menjadi jawapan tambahan kepada kemerosotan prestasi pasukan kelantan kini. cuma istilahnya perlu diubah. bukan kekecewaan, tetapi 'burn out' setelah mencapai kemuncak prestasi untuk mara ke perlawanan akhir piala fa selepas dihujani dengan pelbagai permasalahan, kontroversi dan juga tekanan-tekanan dari mereka yang sentiasa mencemburui keselesaan dan kemegahan sesuatu pasukan. impikasi menumpukan sepenuh perhatian, tumpuan, kudrat, mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran piala fa menyebabkan berlakunya tempoh 'burn out' atau 'fatigue' sepertimana yg the red warriors lalui tika ini.
entah lah.....
harapan dalam hati masih tidak berubah. harapan untuk pasukan tidak terus rebah. namun kami akan sentiasa mendukungmu the red warriors! sokongan kami bukan ketika menang, sokongan kami sepanjang zaman!
ayuh the red warriors, bangkitlah dengan penuh keazaman untuk menembus tradisi. tamatkan segera kemarau ini..................

SETINGGI MANA PIALA DIJUNJUNG, TINGGI LAGI MARTABAT DIJULANG

5 comments:

GombakRock said...

cukup-cukup ar tu F.A.M!!! nak kantung KAFA kering kontang balik ke??? FAM ni bongok!! patut dia jaga pembangunan bolasepak...ni dia merencatkan bolasepak kelantan pulak!!!bangang!!!

-pendapat ikhlas dari seorang die-hard merah kuning...

SangKunang said...
This comment has been removed by the author.
SangKunang said...

betol tu bro gombakrock...
tahun ni kita dah nampak perkembangan bolasepak malaysia melalui sambutan penonton dan keghairahan penyokong setelah sekian lama liga kita tak semeriah ini.
tp ini pulak yang jadinya.
hukuman tu secara tak langsung dah merencatkan warna-warni bolasepak kelantan khasnya, malaysia amnya yg kini semakin pudar kembali...
FAM !
pulangkan hak kami...

*terima kasih die hard fan merah kuning yg sependapat dengan kami

jiwaseni said...

encik kunang.post pasal bola jer.yang jiwang2 sket takde ker?haha

SangKunang said...

jiwaseni tu... ni bukan blog jiwang... nok jiwang2, bukok jiwang.com hahaha..

aiii cik adik nih.
tau laa demo tu dalam kejiwangan loni..
hehehe