Sunday, 27 December 2009

Sketsa Bolasepak Malaysia

Kejayaan menamatkan kemarau emas 20 tahun sudah pun berakhir. Namun tidak bermakna perjuangan kita untuk memartabatkan kembali bolasepak Malaysia sudah berakhir. Kita masih punya misi yang besar. Ini hanyalah satu permulaan kepada suatu kebangkitan.

Sejak berakhirnya Sukan Sea lalu, gembira rasanya menatap media-media cetak mahupun elektronik tempatan. Gembira kerana hampir setiap hari ada cerita pasal bolasepak negara. Sana-sini topik perbualan tentang skuad emas rajagobal pun masih belum berakhir.

Memetik kata-kata menteri belia & sukan, "apa guna jadi juara keseluruhan sukan sea, jika tak menang bolasepak.", cukup membuktikan bahawa bolasepak adalah segala-galanya. Bolasepak sukan sea mendapat liputan meluas. satu-satunya sukan yang mendapat siaran ke Malaysia dari bumi Vientiene. Semua ini membuktikan bahawa bolasepak tetap dihati rakyat Malaysia.

Memang ramai yang mengkritik. Terlalu benci dengan bolasepak Malaysia. Tapi dalam benci ada rindu. Mereka tak boleh menipu diri sendiri tentang kerinduan terhadap kejayaan itu. Dan emas penutup 2009 itu setidak-tidaknya melunaskan sedikit rindu dendam yang dipendam sekian lama.
"BENCI TAPI SAYANG", kata Hasbullah Awang.

Melihat kepada kegilaan dan kefanatikan rakyat Malaysia terhadap bolasepak ini, sepatutnya pihak pemerintah bolasepak pandai memanipulasikan kefanatikan ini kepada keuntungan. Dalam bahasa mudahnya, bolasepak kita dah sepatutnya jadi satu industri. Tapi sayang ia masih belum layak dipanggil kerjaya yang selamat selagi pemerintah-pemerintah ini masih sayangkan bilik berhawa dingin di Kelana Jaya !

-------------------------------------
sori, lama x kemaskini. gua bercuti panjang di suatu kawasan yang tidak mempunyai air, api, telepon, apatah lagi gelombang berokben !

4 comments:

hafizshinchan said...

Janganlah Emas di Laos sekadar pencapaian one-off

meyour said...

standard la bro, sape yg x sayang dikala menang...tipikal mentaliti Malaysian....

~nazma said...

kunang terbang ke mana lama x nampak.. hehe..

betul2, bila dah menang baru semua sanjung.. lumrah hidup..

SangKunang said...

betol tu hafiz..
jangan one-off saje

meyour: haha, ramai tipikal tp mereka sebenarnya masih sayangkan bolasepak malaysia.

nazma:
kunang terbang ke jeli. mencampakkan diri ke kampung baru2 nih.. haha