Sunday 1 August 2010

Selangor Juara, Kelantan Nombor Dua


Selangor mengesahkan status selaku Juara Liga Super buat tahun kedua berturut-turut selepas menumpaskan TErengganu 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Saingan terdekat, Kelantan muncul naib juara walaupun menang 3-1 keatas Johor FC di Pasir Gudang. Tahniah Kelate, tahniah selangor.

Syabas Kelate, tempat kedua pada tahun kedua penyertaan di Liga Super adalah sesuatu yang membanggakan. Apa yang anda harapkan buat pasukan yang baru naik ke saingan utama. Selangor lain, mereka ada reputasi lagenda, mereka ada legasi. Kelate memerlukan 2 3 tahun lagi untuk jadi pasukan lagenda seperti Selangor.

Walaubagaimanapun, syabas buat Tan Sri Annuar Musa yang berjaya membina satu pengurusan yang cekap dalam memimpin bolasepak Kelantan. Syabas Satianathan yang berjaya membentuk pasukan yang kebal dan kental. Syabas juga buat Indra Putra kerana berjaya memimpin rakan-rakan yang hanya tewas SATU perlawanan sahaja sepanjang liga super 2010..

GOMO KELATE GOMO !

Kelate Sentiasa Di Hati.

4 comments:

eelobor said...

1. Tahniah atas kemenangan barisan kepimpinan baru FAM

2. Tahniah buat Selangor bergelar juara liga super

3. Kelate tetap di hati, hanya kalah sekali jah. Tahun lepas kalu tok silak no 6 di liga super keh?

4. Tahniah sbb meney lawe johor fc semale

5. Tahniah sokongan padu dr penyokong Red Warriors yang berterusan

SangKunang said...

jolo doh tu boh.. nombo 6 liga taun lepah. tu pun sebab insiden penggantungan SSM4.. kalu dok, bulih duk atah lagi..

ambo suko point no5 demo tu. sokongan padu yg tiada tandingan.. paling ambo suko, skuad 'travelling fan' kelate.. yg sentiasa bergerak ke utara, selatan, timur, barat membawa semangat red warriors bersama para pemain..

SYABAS !

Mansor Adabi said...

Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh Kelate!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SangKunang said...

kemah abe mansor tu..

male ni ado sambutan kat SSM4..
sapo hok duk dekat tu pakak gi laa.

hok duk jauh ado live kuk tibi duo..