Saturday 25 September 2010

GABUNG JOHOR FA, JOHOR FC ?

Selepas mengutarakan cadangan menutup pintu pasukan kelab daripada beraksi di Piala Malaysia, mereka berbunyi lagi. Kali ini, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ / JOHOR FA) dicadang bergabung dengan Johor Football Club (JOHOR FC), sebuah kelab dibawah kendalian Johor Corporation (JCorp).

Rujuk sini.

Secara logiknya, kalo diteliti cadangan ini, ia bukanlah bersifat penggabungan. Tapi ia lebih kepada penamatan riwayat entiti JOHOR FC itu sendiri yang aku percaya ia adalah cadangan yang bersifat 'cemburu' atas kejayaan Johor FC yang merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ). Alasan Johor FA antara lain mengatakan penggabungan ini akan memantapkan bolasepak Johor.

Hoi !!! Johor FC menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super dan sering menduduki 'top 6' dua tiga tahun kebelangan ini. Tunggu masa aje nak menembus 'top 2' dan seterusnya calon kelab pertama menjuarai Liga Super kalo kena caranya. PBNJ aje yg sedang nazak, bukannya bolasepak Johor.

Bolasepak Johor mundur??? Iye mundur. Tapi bukan bolasepak Johor yg mundur. Persatuan Bolasepak Johor yang mundur. Johor FC tidak.

Walaupun aku bukan peminat Johor FA atau Johor FC, tapi aku percaya peminat bolasepak negeri Johor sendiri tidak akan merestui cadangan penggabungan ini. Dan atas dasar kemajuan bolasepak Malaysia, aku tidak bersetuju dengan cadangan yg terkebelakang ini. Bagi aku biarlah Johor FC terus memainkan peranannya sebagi kelab profesional, dan Johor FA kalo tak nak berubah, biarlah mereka dengan kejumudan mereka.

* kalau jadi penggabungan ni, habislah duit JCorp kene rembat pasni. Inilah dia kesan politik dalam sukan...

12 comments:

meor-name-depan-ku said...

Salam.... lu kat facebook gune
name ape beb!!!

SangKunang said...

wa guna nama 'muhammad syafiq'.

tp mesti susah nak jumpe sebab muhammad syafiq ramai. bagi lu punya laa, wa add.

Azizan said...

aku adalah orang johor dan aku penyokong bola sepak negeri ni. tak kira la team apa asalkan team tu dari negeri johor je ak sokong dan terus terang aku cakap bila aku baca pasal cadangan ni kat surat khabar ari tu aku memang tak setuju.

sebabnya macam yang kau cakap tadi la dorang cemburu pasal johor fc lebih bagos daripada dorang.

aku setuju bila kau cakap team johor mundur walaupun pahit aku nak terima tapi itu la hakikatnya.

sebabtu la aku tak setuju kalau dorang gabung sebab nanti tak ada team yang aku boleh banggakan sebagai pejuang bola sepak johor. at least johor fc pernah dapat no 2 liga super nak harapkan team johor akis duk bawah je.

aku rindu time johor menang treble dulu sayangnya masa tu ak belum kenal lagi apa itu erti bolah sepak harap aku boleh jumpa time macam tu lagi.

anak johor said...

AGREE WITH U BRO..

aFiQ said...

meluat ko tau x..da prangai Yahudi Zionis da main rmpas2 hak org ni..dlu gabung dgn Pasir Gudang, Pasir Gudang trus berkubur..ni klo gabung dgn Johor FC ni alamat yg smerla...keciwa ak dgr mende2 cmni berlaku lg..org nk bnyk kn clubs kt Msia, yg org2 keji ni nk bunuh lg trus clubs2 ni...

SangKunang said...

azizan & anak johor...

aku cadangkan korang peminat bolasepak johor buat memorandum bantahan besar-besaran.. khususnya penduduk sekitar pasir gudang. identiti pasir gudang bakal lenyap jika pelan penggabungan ini jadi kenyataan.. kalo boleh berdemo, elok lagi, biar diorang tahu suara hati peminat...

SangKunang said...

fiq... bila agaknya orang politik berkepentingan nak berambus dari sukan rakyat nih...

bola adalah untuk rakyat, bukan untuk aristokrat

ong ong kedek kedek said...

salam kenal :)

Aku rasa nak komen pasal isu ni...
In my opinion benda ni akan menjahanamkan lagi industri bola sepak malaysia especially kelab2 yg beraksi dlm liga Malaysia...

Kelab2 ditadbir secara profesional dan kita boleh lihat hasilnye pada Johor FC, memang meletop!

Dan persatuan2 pulak banyak ditadbir oleh orang2 yg x tau ape2 pasal pengurusan bola, jadi faham2 je la. ha3

Inilah punca2 yg bleh menjahanamkan lagi bola Malaysia

SangKunang said...

salam kenal buat hasrul,
setuju dgn pendapat saudara.

thanks sbb sudi melawat dan meninggalkan komen bernas saudara.

peminat adalah kuasa sebenar bolasepak.

Anonymous said...

aku respek ko bro.

ko org kelantan tp ko punya knowledge pasal bolasepak johor cukup tinggi.

aku dengar crita ko yang hantar proposal kat annuar musa berkenaan pelan pembangunan liga malaysia yg skrg ni kan?

fb ko ape ek bro. boleh kita kenalan n aku nk mntak tolong somting dari ko. berkenaan pelan menyelamat bolasepak johor yg makin nazak ni.

mintak fb,
atau ko kontek emel aku
ahmadfir82_jnet@yahoo.com

aku harap tu. tima kasih bro..

PECINTA BOLASEPAK

SangKunang said...

noted bro..

Cangkul Emas said...

Darul Takzim FC adalah kebanggaan johor kini.