Monday 20 September 2010

Cadangan Yang Tak Cerdik....

Johor FA Cadang Hanya Pasukan Negeri Untuk Piala Malaysia

JOHOR BAHARU 20 Sept. - Persatuan Bolasepak Johor (Johor FA) mencadangkan supaya pertandingan Piala Malaysia dihadkan kepada hanya pasukan-pasukan negeri.

Johor FA berkata, cadangan itu bertujuan membawa kembali kegemilangan Piala Malaysia seperti di masa lampau sejajar dengan tradisi pertandingan itu.

"Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan.

"Terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia,” kata presiden JFA, Jais Sarday. - Bernama

SUMBER UTUSAN


_________________________________________


Macam bodo aje cadangan tu...
Kata beliau, format sekarang iaitu penyertaan pasukan kelab menyebabkan persaingan Piala Malaysia tidak kondusif dan tidak mampu menaikkan status pertandingan.


Beliau juga dengan bijak pandainya berkata bahawa terlalu banyak pasukan bertanding menyebabkan berlaku rampasan bakar terbaik yang wujud dari pertandingan..


What the F&*$ !!!


Untuk pengetahuan encik, semakin banyak pasukan yg bertanding, semakin ramai bakat yg akan diperoleh. Untungnya nanti bolasepak Malaysia jugak kan.. Huh !!!!


Lagi satu, apa guna penyertaan pasukan negeri kalo duit nak baya gaji pun tak ade.


Patutlah pasukan tak berkembang. Ada pemimpin bolasepak tak cerdik macam nih..


* Dia jeles kot, pasukan Johor FC lagi hebat dari Johor FA.

3 comments:

MATMIN said...

memang tak cerdik...

SangKunang said...

betol tu matmin..

cadangan ni adalah cadangan jumud yg bersifat iri hati atas kejayaan pasukan kelab dalam menguruskan pasukan...

Anonymous said...

bodo die nih..
die nok suruh team laen bodo supo team die...