Sunday, 12 December 2010

Malaysia Tak Perlu Awang Import - Shabery Chek

Dalam berita 2 3 hari lepas, Menteri Belia dan SUkan, Datuk Ahmad Shabery Chek berkata, keghairahan pasukan dari Asia Tenggara mendapatkan khimat pemain import tak perlu dituruti oleh Malaysia. Menurut beliau, gesaan dari peminat untuk mendapatkan khimat pemain asing (merujuk kes Brendan Gan) tidak perlu dilayan kerana adalah lebih manis kita menggunakan khidmat anak tempatan.

Nampaknya, pak menteri mungkin keliru dalam kes nih. Kalau pemain IMPORT, tengok singapura. Ambik pemain yg tah dari mana, takde kene mengena, terus diberi kerakyatan untuk menyarung jersi Singapura. Itu dipanggil NATURALISASI PEMAIN. Kalau FAM nak import pemain macam tu, aku pun tak setuju.

Dalam kes Brendan Gan, ia BERBEZA.. Brendan bukan mahu diimpot tapi dipanggil balik, kerana menurut undang-undang FIFA, Brendan layak menyarung jersi Malaysia kerana ada pertalian darah dengan negara ini (bapanya dilahirkan di Negeri Sembilan).

*Ramai yg tak paham undang2 FIFA. Kalo kalian nak paham, try main game FOotball Manager. haha, master benda tu, korang tau laa selok belok pengurusan bolasepak.. 90% sama dengan dunia realiti..


8 comments:

kudabesi said...

tak reti, buat cara tak reti wahai pak menteri

yg kita buat nih lain

kita panggil org yg ada darah malaysia dtg main..

dan pak menteri terlupa Yuan Yu Fang (olahraga) & Irina Apename (Shooting) lagi la import..sorg China, sorg Kazakh all for SUKOM 98 & no profit

fakkkkkkkkta

RakyaT SAS

Anonymous said...

pak menteri bukan keliru bro sangkunang.. pak menteri tu tak tau ape2..

jadi menteri sukan tapi tak arif tentang selok belok sukan..,. susah nih

Aya^Yaya said...

pak menteri sukan yg xtau pasal sukan..ngeh3

Paritbuntarmali said...

Inilah contoh terbaik Menteri Sukan yang tak berapa nak faham pasal sukan. Yang Menteri ni tahu hanyalah menang, kalah atau seri aje. Itu pun mungkin berdasarkan laporan daripada Ketua Pengarah MSN.

Manalah ada masa nak khatam pasal sukan kalau asyik risaukan kedudukan politik peribadi yang
belum tau halanya.

Peminat Bolasepak Malaysia...

Mansor Adabi said...

kalau nak maju.....biarlah bola di Malaysia ni(dan apa-apa sukan sekalipun)diuruskan oleh mereka yg professional.....bukan dari golongan mereka yg berkepentingan...malas nak cakap la

abeih said...

pak menteri ni memang tak tau apa2. suruh rakyat turun, dia entah ke mana. Pak menteri main football manager asyik kena sack ler..demand gaji lebih takpun asyik holiday je. main2 kalah..haha.

Anonymous said...

pihak kementrian kalau boleh diorang nak smua pemain malaysia main dlm negara je..x prlu main kat luar negara...sapa2 yg main kat luar malaysia x perlu d panggil utk mewakili negara....takut nak kluar modal kot.......

Anonymous said...

komen pak menteri ni menyebabkan peminat malas nak layan karenah FAM. sebab tu stadium kosong