Saturday, 18 December 2010

Sedia Lakar Sejarah, Elak Tragedi Silam

Malam ini barisan muda negara turun mengerah keringat hingga ke titisan yang terakhir. Misi mempertahankan bekalan 2 gol harus dilunaskan disamping melancarkan serangan berterusan untuk mencari gol sebagai bonus.

Disaat getir sebegini, motivasi dan jurulatih dan pimpinan jeneral dalam padang memainkan peranan memastikan mental pemain tidak terjejas. Dan mereka harus fokus untuk menghadapi baki 90 minit.

Lupakan seketika kemeriahan di Bukit Jalil rabu lalu. Kerana jika terlalu diraikan, bimbang kelalaian menguasai diri. Sejarah silam membuktikan bahawa bekalan awal tidak menjamin kemenangan di hujung masa.

Piala AFF/Tiger edisi 2004, separuh akhir pertama Malaysia menentang Indonesia di Jakarta. Kejutan berlaku, 2 jaringan Liew Kit Kong membawa kemenangan 2-1 ke atas Indonesia.
Selang seminggu kemudian, perlawanan timbal balik dilangsungkan di Shah Alam. Separuh masa pertama, Khalid Jamlus bijak mengelirukan penjaga gol Indonesia dan menjaringkan gol sulung untuk menambah agregat menjadi 3-1. Namun, di kala masa hanya tinggal 45 minit untuk membawa Malaysia ke Final, kesebelasan pemain Indonesia bagaikan dirasuk. Memperkotak katikkan barisan Malaysia dan berjaya menyumbat 4 gol seterusnya membawa kemenangan agregat 5-3.


Walau apa pun, barisan yang turun malam ini bukanlah barisan Liew Kit Kong, bukan juga Syamsuri Mustafa.. Ini zaman Khairul Fahmi, ini zaman Shahrul Talaha.

Good Luck Harimau.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

No comments: