
Aku sebagai penyokong kebangkitan pasukan-pasukan kelab dalam liga malaysia ini agak terkilan jika berita ini menjadi kenyataan. Senario pengunduran kelab-kelab di malaysia disaat kelab mereka sudah 'establish' memang satu situasi yang tidak sihat dalam perkembangan bolasepak negara kita.
Mengimbau kembali sejarah kebangkitan dan keguguran pasukan-pasukan kelab 10 tahun kebelakangan ini, aku teringatkan kelab yang pernah menjadi fenomena bolasepak malaysia satu ketika dulu iaitu MPPJ FC. Sape x ingat? kelab yg pernah membawa masuk pemain remaja Boca Juniors, Juan Manuel Arostegui dan kelab ini pernah memahat nama sebagai kelab pertama dan satu-satunya pasukan kelab yang pernah menjulang piala malaysia. Namun, dikala mereka meniti kejayaan, berjaya mengumpul penyokong, mereka membuat keputusan menarik diri dari liga malaysia.
MPPJ bukan yang pertama. Sebelum itu pun, 2 pasukan kelab dari selangor juga gugur dalam perjuangan. Kelab bolasepak MK Land dan kelab Bolasepak Public Bank. Kedua-duanya dari selangor. DAn kedua-duanya juga menarik diri setelah melayakkan diri untuk bersaing di Liga Super. Kelab-kelab kecik yang tarik diri tak payah cerita la. Banyak. Kelantan TNB, SKMK, KL Malay Mail, antaranya..
Public Bank FC = tarik diri 2006
MK Land FC = tarik diri 2006
MPPJ FC = tarik diri 2007
Menariknya tentang ketiga-tiga pasukan ini ialah mereka menarik diri dari persaingan setelah pasukan masing-masing layak ke liga super dan memiliki beberapa pemain bintang seperti Alex James (MK Land), Ivan Ziga (Public), Khaironisam, Kit Kong, Nanthakumar, Sebastian Martelotto (MPPJ). Dan ketiga-tiga pasukan ini menarik diri atas alasan kewangan.
Logikkah masalah kewangan kewangan menjadi alasan? Kecuali MPPJ, Public Bank dan MK Land mustahil tak ade duit. dah syarikat masing-masing pun buat duit.
Berbalik kepada ura-ura penarikan diri Kuala Muda NAZA FC, masalah kewangan juga dilihat satu alasan yang tidak logik melainkan komitmen pengurusan yang menjadi penyebab. Pertukaran pentadbiran MPPJ satu ketika dulu menjadi menyebab setelah pemimpin baru di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (kini bandaraya) tidak berminat untuk meneruskan kesinambungan pemimpin terdahulu yang gila bola.
Kehadiran pasukan-pasukan kelab seperti ini amat perlu dalam menagih kemeriahan liga bolasepak kita ini. Dalam kes komitmen kelab ni, aku amat respek dengan Kelab Bolasepak Johor (Johor FC) yang memang komited dalam memburu kejayaan dalam liga malaysia. Mereka tidak memiliki nama-nama besar tapi mereka gigih bertahun-tahun beraksi dan naik sedikit demi sedikit sehingga mampu mengambil alih peranan Johor FA sebagai wakil pasukan bolasepak Johor.
Aku harap Kuala Muda NAZA akan terus bertahan sesuai denan visi mereka -
To be the most successful Malaysian football club in the region.
GOOD LUCK KM NAZA FC