Saturday, 25 September 2010

GABUNG JOHOR FA, JOHOR FC ?

Selepas mengutarakan cadangan menutup pintu pasukan kelab daripada beraksi di Piala Malaysia, mereka berbunyi lagi. Kali ini, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ / JOHOR FA) dicadang bergabung dengan Johor Football Club (JOHOR FC), sebuah kelab dibawah kendalian Johor Corporation (JCorp).

Rujuk sini.

Secara logiknya, kalo diteliti cadangan ini, ia bukanlah bersifat penggabungan. Tapi ia lebih kepada penamatan riwayat entiti JOHOR FC itu sendiri yang aku percaya ia adalah cadangan yang bersifat 'cemburu' atas kejayaan Johor FC yang merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ). Alasan Johor FA antara lain mengatakan penggabungan ini akan memantapkan bolasepak Johor.

Hoi !!! Johor FC menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super dan sering menduduki 'top 6' dua tiga tahun kebelangan ini. Tunggu masa aje nak menembus 'top 2' dan seterusnya calon kelab pertama menjuarai Liga Super kalo kena caranya. PBNJ aje yg sedang nazak, bukannya bolasepak Johor.

Bolasepak Johor mundur??? Iye mundur. Tapi bukan bolasepak Johor yg mundur. Persatuan Bolasepak Johor yang mundur. Johor FC tidak.

Walaupun aku bukan peminat Johor FA atau Johor FC, tapi aku percaya peminat bolasepak negeri Johor sendiri tidak akan merestui cadangan penggabungan ini. Dan atas dasar kemajuan bolasepak Malaysia, aku tidak bersetuju dengan cadangan yg terkebelakang ini. Bagi aku biarlah Johor FC terus memainkan peranannya sebagi kelab profesional, dan Johor FA kalo tak nak berubah, biarlah mereka dengan kejumudan mereka.

* kalau jadi penggabungan ni, habislah duit JCorp kene rembat pasni. Inilah dia kesan politik dalam sukan...

Thursday, 23 September 2010

Kelate oh Kelate.


Seri las minit..
Guano bulih jadi gitu ????

Penyokong duk kutuk Abe Ya (sathianathan) suruh letok jawate. Kato demo, Abe Ya dop reti taktikal. Guno pemain kesayange dio jah.

Saloh sapo sebenanyo nih?
Abe Ya ko?
Abe Ya pulok duk saloh ko pemain. Main sambil lewa katonyo.

Rama duk oyak, insiden 2 gol 2 minit tu saloh kipo Syed Adney. Tebolah jago pitu gol.

Nok ssaloh ko Syed Adney dop leh jugok. Mesti AdneY pulok oyak bek dop jago mmolek pemain lawe. Duk mikir ko meney doh.

Nok ssaloh ko bek dop leh jugok. Bek mesti kato di saloh pemain midfield. Bakpo dok sekak bola tu awa-awa? Jange buwi masuk kawase kelate.

Nok ssaloh ko pemain midfield dok leh jugok. Mesti midfielder kato, tugas aku abih doh. Aku jago sakak tengoh jah. Hok bawoh tu panda-panda la sek mu ejah. Ni mesti saloh striker nih. Bkpo mu duo oghe striker dok sumbak gol bbanyok? Kalu bulih sumbak gol bbanyok, mene doh kito.

Striker: Aik !!! Aku pulok saloh. Aku penak doh duk hungga gi mari gi mari cari bola sumbak gol. Sep mu mudoh2 lepah bola masuk dale pitu gol.

Midfielder: Weh striker, bola tu mu hungga ambik dari bawoh lagi ko? Aku hok pasing ko mu tau dok !!!!

Defender: wei bengong. Sebelom bola tu gi tengoh aku hok holo ko mu. Kiri kane tengoh ado blako duk holo ko sep mu.

Kipor: Huh !!! ikut sep mu laa.. mugo sep mu jah main. Aku ni takdok dale pade pon takpo bakalih...


KESIMPULANNYA : Menang, Seri, Kalah. 11 orang pemain dalam padang memainkan peranan. Baik penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang.

Jadi kalah menang adalah tanggungjawab bersama. Menang, satu pasukan meraikannya. Kalah satu pasukan juga yang menanggungnya. Berjaya bukan sebab sorang individu, gagal pun bukan sebab seorang individu.

* Sak duk rusim blako.. ado tigo kali main lagih. InsyaAllah, nyo bulih laa tu gi final pulok.. GKG !!!

Masalah lampu limpah. Apa Tindakan FAM ?

Mat saleh penyokong Pahang meninggalkan stadium dengan perasaan hampa.
[gambar dari HarimauMalaya forum]



Minggu lepas, 17 September 2010. Mengikut jadual pertandingan liga tempatan, Piala Malaysia Kuala Lumpur bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu tuan rumah, Pahang untuk aksi perlawanan kedua Piala Malaysia 2010.

Tapi, alangkah kecewanya penyokong dan penonton yang sudah berada di stadium kerana perlawanan itu terpaksa ditunda kerana masalah lampu limpah stadium yang tidak menepati standard. Maka pegawai perlawanan memutuskan perlawanan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disini, aku boleh simpulkan bahawa kes ini terletak di bawah kategori 'GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI'. Kegagalan ini jika dirujuk dari undang-undang pemerintah bola era chemat jusoh, ianya harus melibatkan denda. Kenapa?

Sebab tahun lepas, tanggal 7 Januari 2009, Stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu dituduh atas pertuduhan yang sama. Iaitu GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI akibat hujan lebat menyebabkan banjir di padang stadium. Rujuk sini, dan sini yang menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan. Bezanya disini, peristiwa di Kuantan adalah melibatkan kesilapan manusia yang boleh diatasi jika pemeriksaan awal dilakukan, manakala peristiwa di Kota Bharu melibatkan bencana alam yang mana ia ditentukan oleh Tuhan.

Bezanya lagi, peristiwa di Kuantan hanya mengundang marah penyokong akibat terpaksa pulang hampa kerana tiada perlawanan, manakala di Kota Bharu padah yang diterima cukup besar. Akibat gagal menghalang hujan daripada turun dengan lebat sehingga menyebabkan banjir, Pasukan Kelantan dihukum 'kalah tanpa berlawan' dengan memberi 3 mata percuma kepada pasukan lawan iaitu KL Plus.

Berbalik kepada isu kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membaik pulih kerosakan lampu limpah, aku rasa FAM sepatutnya mengenakan hukuman denda kepada persatuan itu kerana dengan jelas telah berlaku kecuaian di pihak PBNP sedangkan kerosakan sudah lama dilaporkan.

Tak nak bagi kalah percuma pun tak apa lah, tapi kenakan denda sebagai peringatan kepada pengurusan pasukan lain agar aspek persediaan stadium tidak dipandang ringan oleh pihak pengurusan pasukan..

Sekian. Majulah Bolasepak Pahang Untuk Malaysia.

Tuesday, 21 September 2010

Penjaga Gol Bangang...



huahuahuahua... agak bangang kan..
Cepatnye beliau memberlagakkan diri beliau.. hehehe..

Tapi kan,
Aku rasa gol penalti ni tak patut dikira. Sebab ini penalti penentuan (shoot out). Bukannya penalti dalam 90 minit permainan.

Kalo penalti 90 minit main, bola susulan yang masuk selepas penjaga gol menahan/menepis/menangkap adalah dikira. Tapi dalam penalti penentuan selepas masa sebenar berakhir, bola gol hanya dikira apabila bola terus masuk, bukannya berhenti lama. Sebab itu namanya 'shoot out'.

Tapi tak tau laa keputusan pengadil ni macam mana.

Monday, 20 September 2010

Cadangan Yang Tak Cerdik....

Johor FA Cadang Hanya Pasukan Negeri Untuk Piala Malaysia

JOHOR BAHARU 20 Sept. - Persatuan Bolasepak Johor (Johor FA) mencadangkan supaya pertandingan Piala Malaysia dihadkan kepada hanya pasukan-pasukan negeri.

Johor FA berkata, cadangan itu bertujuan membawa kembali kegemilangan Piala Malaysia seperti di masa lampau sejajar dengan tradisi pertandingan itu.

"Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan.

"Terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia,” kata presiden JFA, Jais Sarday. - Bernama

SUMBER UTUSAN


_________________________________________


Macam bodo aje cadangan tu...
Kata beliau, format sekarang iaitu penyertaan pasukan kelab menyebabkan persaingan Piala Malaysia tidak kondusif dan tidak mampu menaikkan status pertandingan.


Beliau juga dengan bijak pandainya berkata bahawa terlalu banyak pasukan bertanding menyebabkan berlaku rampasan bakar terbaik yang wujud dari pertandingan..


What the F&*$ !!!


Untuk pengetahuan encik, semakin banyak pasukan yg bertanding, semakin ramai bakat yg akan diperoleh. Untungnya nanti bolasepak Malaysia jugak kan.. Huh !!!!


Lagi satu, apa guna penyertaan pasukan negeri kalo duit nak baya gaji pun tak ade.


Patutlah pasukan tak berkembang. Ada pemimpin bolasepak tak cerdik macam nih..


* Dia jeles kot, pasukan Johor FC lagi hebat dari Johor FA.