Wednesday 16 September 2009

1Malaysia F1 Team

Malaysia bakal mengaum di pentas perlumbaan termewah dunia, Formula 1 dengan tertubuhnya pasukan 1Malaysia F1 racing team yg diumumkan Perdana Menteri semalam. Dengan kerjasama kerajaan malaysia, didokong dan disokong syarikat2 seperti Proton, Lotus, NAZA, Air Asia, pasukan ini bakal memulakan perjalanan litar bermula 2010.
FIA semalam mengumumkan kemenangan bidaan Lotus sebagai pasukan ke13 yg mengesahkan penyertaan kancah F1 2010.

Sebenarnye, Malaysia sudah sekian lama terlibat dalam perlumbaan berteknologi tinggi, bermula dengan penyertaan Petronas bersama pasukan Sauber pada tahun 1995, kemudian pelancaran Litar F1 pertama di Asia iaitu SIC pada tahun 1999, kemasukan Alex Yoong bersama pasukan Minardi pada tahun 2001, kemudian prestasi cemerlang pasukan A1 Malaysia dalam kancah A1 Grand Prix kini.

Penubuhan pasukan F1 ini melengkapkan penyertaan penuh negara kita dalam sukan permotoran itu sekaligus merealisasikan harapan dan impian arkitek F1 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yg mahu Malaysia mempunyai pasukan sendiri ketika melancarkan projek SIC satu ketika dulu.

Gua, sebenarnya teruja dan gembira. memanglaa projek ini boleh dikatakan projek mega dan berisiko tinggi apatah lagi disaat pasukan-pasukan besar F1 seperti Honda pun menarik diri kerana masalah kewangan. tetapi kita jangan lupa, projek ini adalah projek usahasama untuk membawa jenama bersama2, baik di pihak kerajaan malaysia, proton, lotus, airasia mahupun naza. dan lebih dari itu, malaysia sebenarnya sudah bersedia dan sudah berkecimpung dalam arena F1 lebih dari satu dekad ! maknanya kita sudah bersedia segala2nya baik dari segi matlamat, risiko dan selok belok industri ini. Projek F1 malaysia ini juga sebenarnya mampu merintis Dasar Industri Sukan yg digagaskan oleh kementerian belia dan sukan baru2 ini.

Apa-apapun, gua x sabar menanti pengumuman siapa 2 orang yang akan diberi tanggungjawab mengemudi jentera pasukan ini nanti. bagi gua, Fairuz Fauzy sudah bersedia dan matang untuk memacu jentera F1. sorang lagi tu, ambik laa pemandu berpengalaman luar. Michael Schumacher ke.. hehe, dia tgh single tu...

fairuz sedia kibar cabaran

SELAMAT HARI MALAYSIA

31 ogos sudah berlalu. Kini 16 september kembali lagi. mungkin ramai yg sudah melupakan 16 september juga merupakan tarikh keramat rakyat malaysia. 16 september 1963, tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk satu gagasan, satu sekutu, satu nama, satu kerajaan, satu pemerintahan dan satu Malaysia.

Gagasan Malaysia buat pertama kalinya dicetuskan oleh tokoh-tokoh Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie (1954), Tan Cheng Lock (1955), dan pada tahun 1959 Lee kuan Yew ada menyebut bahawa Tanah Melayu dan Singapura patut bergabung. Cadangan konkrit akhirnya disuarakan oleh Tunku abdul Rahman semasa persidangan Agung UMNO dengan Tunku menjemput penyertaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Berlandaskan idea untuk memupuk persefahaman serantau dan melahirkan bangsa yang kaya budaya, keseimbangan kaum serta kebebasan dari cengkaman British dan ancaman komunis, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 16 September 1963 (tarikh asal dicadang 31 ogos 1963) setelah melalui pelbagai rintangan termasuk bantahan dan konfrantasi dari kerajaan Indonesia.

Kini walaupun tanpa Singapura yang kemudiannya menarik diri, Malaysia bergerak pantas mengharungi liku-liku globalisasi dunia. walau berbagai rintangan dan onak duri sepanjang kedewasaan ini, perjalanan harus ditempuhi demi survival gemilang nama Malaysia dipersada dunia. Ayuh rakyat Malaysia, rapatkan saf, eratkan ikatan. sama-sama kita bergerak seiring membina satu mercu tanda tanah air gemilang.

SATU WARISAN, SATU MATLAMAT, SATU MALAYSIA.

Sunday 13 September 2009

HARIMAU BAHAM LESOTONG

tuan punye gambo

Persediaan skuad bimbingan K Rajagopal untuk menghadapi Sukan Sea nampaknya semakin mantap. Setelah siri jelajah Asia Barat disudahi dengan sempurna, skuad Harimau Malaya kembali ke tanah air melayan kunjungan pasukan Afrika, Lesotho. Di hadapan penyokong sendiri dengan aksi pantas dan bersemangat, Malaysia semakin mudah membelasah Lesotho 5-0.

Mengulas mengenai kemenangan besar Malaysia ini, gua berasa bangga dengan peningkatan yang ditunjukkan selari dengan kematangan para pemain setelah beberapa perlawanan menentang pasukan-pasukan gergasi. Namun disebalik kemenangan besar ini, ada yang memandang sinis dengan berkata-kata- "dengan Lesotho boleh laa engko belasah, ranking pun 160"...

Hmm, memang ler ranking dunia Lesoto tu 160. Malaysia plak 152.. 160-152 berapa jawapannye??? bukan ke 8. bile perbezaannya 8 tangga je, maknanya kedua2 pasukan atas kertas nampak setaraf. Tp atas padang, kita lagi hebat ler.
Hebat laa beb, 5-0 tu. kalo dengan pasukan yang sama taraf kita boleh belasah maknanya kita kuat. sebab biasanya kalo pasukan setaraf mesti pasukan tu agak liat utk ditewaskan atau paling tidak pun seri aje. tu baru namanya setaraf.

Nak bincang pasal ranking? jom tgk siri perlawanan persahabatan terdahulu. Lawan China, kita seri dengan China 0-0. Lawan Arab Saudi kita tewas 1-2 dan lawan Jordan kita seri 0-0.
China di ranking 107 dunia, Arab Saudi di ranking 65, dan Jordan di ranking 129.
Bermakna, ketiga-tiga pasukan ini adalah jauh lebih baik dari malaysia yg berada di tangga 152 ataupun halaman ke4 dalam senarai negara2 ranking FIFA.. ish2... bukan ke jauh darjat malaysia dengan Arab Saudi? Bukan ke luas jurang dengan China? bukan ke banyak lagi tangga nak kejar jordan?

Berdasarkan kenyataan yang mereka jauh lebih baik dari Malaysia, persoalannya kenapa ketiga-tiga pasukan ini tidak mampu membelasah Malaysia seperti mana Malaysia membaham Lesotho yang hanya dibezakan 8 tangga dalam ranking????
Oh, Malaysia main tempat sendiri boleh laa..
Abis tu, masa Malaysia lawan Arab Saudi main kat mana? Kuantan? atau Alor Setar?
hmm, apa2 je laa. yg penting bagi gua, dengan prestasi Malaysia yg agak baik ketika ini, coach Raja mesti merencanakan sesuatu utk mengekalkan rentak para pemain agar tidak goyang sehingga sukan sea nanti. momentum serta semangat sebegini perlu dikekalkan agar sasaran pingat emas (walaupon FAM x target apa2) berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

CONGRATZ RAJA n PLAYER n ULTRAS n PENYOKONG n JUGA PENGKRITIK SEUMUR HIDoP !

sangkunang : sekali lagi diingatkan untuk FAM. jangan tidor! susun jadual friendly untuk 2010 siap2 !

Wednesday 2 September 2009

MALAYSIA B23 - Langkah Semakin Berani

Semakin hari semakin yakin, semakin bersemangat dan semakin berani. Itulah yang ada pada skuad bolasepak Malaysia bawah 23 bimbingan K. Rajagopal pada hari ini. Perjalanan untuk menuai pingat pada sukan sea hujung tahun nanti dipersiapkan sebaiknya. Peristiwa hampir memalukan Manchester United julai lepas nampaknya memberi kesan besar kepada skuad bolasepak negara.

Bemula dengan keyakinan dan moral pemain yang meningkat naik mendadak, jadual perlawanan persahabatan antarabangsa mereka kini sibuk dan padat. Malaysia berupaya menarik minat pasukan-pasukan kebangsaan bertaraf gergasi untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Selepas menentang Setan Merah, banyak perlawanan antarabangsa diatur. Skuad Malaysia kendalian Rajagopal bermula baik dengan mengikat Kenya kemudian disusuli dengan kejayaan menambat China 0-0 di Shah Alam.

Skuad Harimau Malaya kemudian terbang ke bumi Arab sempena bulan Ramadhan yang mulia untuk untuk beradu nasib menentang pasukan gergasi Asia, Arab Saudi. Keputusannya, seperti menentang China, Malaysia kini liat untuk melepaskan banyak gol kepada pasukan-pasukan gergasi. Malaysia yang membariskan 'budak-budak' bawah umur cuma tewas 2-1 kepada pasukan senior berbadan besar di tempat lawan pulak tu.

Selepas ini, beberapa perlawanan persahabatan lagi menanti sebelum tirai Sukan Sea dibuka. Antaranya menentang Jordan, 5 September dan Lesotho, 11 September.
Harapan kami, semoga semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh barisan muda ini akan terus berkekalan untuk mencapai misi merangkul pingat emas sukan sea nanti.

Diharapkan juga, jadual perlawanan berterusan macam ni menjadi titik tolak kepada perubahan FAM untuk menyusun jadual perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih terancang pada masa hadapan. Agar tiada lagi kes 'tak cukup perlawanan', 'kurang pendedahan'dan sebagainya. Kaji jadual antarabangsa FIFA dan susun elok2.. jangan asyik cuti memanjang !

sangkunang ; biarlah persatuan dicaci-maki, jangan sesekali pasukan dibenci !

Monday 31 August 2009

SATU MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua