Wednesday, 16 September 2009

SELAMAT HARI MALAYSIA

31 ogos sudah berlalu. Kini 16 september kembali lagi. mungkin ramai yg sudah melupakan 16 september juga merupakan tarikh keramat rakyat malaysia. 16 september 1963, tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk satu gagasan, satu sekutu, satu nama, satu kerajaan, satu pemerintahan dan satu Malaysia.

Gagasan Malaysia buat pertama kalinya dicetuskan oleh tokoh-tokoh Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie (1954), Tan Cheng Lock (1955), dan pada tahun 1959 Lee kuan Yew ada menyebut bahawa Tanah Melayu dan Singapura patut bergabung. Cadangan konkrit akhirnya disuarakan oleh Tunku abdul Rahman semasa persidangan Agung UMNO dengan Tunku menjemput penyertaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Berlandaskan idea untuk memupuk persefahaman serantau dan melahirkan bangsa yang kaya budaya, keseimbangan kaum serta kebebasan dari cengkaman British dan ancaman komunis, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 16 September 1963 (tarikh asal dicadang 31 ogos 1963) setelah melalui pelbagai rintangan termasuk bantahan dan konfrantasi dari kerajaan Indonesia.

Kini walaupun tanpa Singapura yang kemudiannya menarik diri, Malaysia bergerak pantas mengharungi liku-liku globalisasi dunia. walau berbagai rintangan dan onak duri sepanjang kedewasaan ini, perjalanan harus ditempuhi demi survival gemilang nama Malaysia dipersada dunia. Ayuh rakyat Malaysia, rapatkan saf, eratkan ikatan. sama-sama kita bergerak seiring membina satu mercu tanda tanah air gemilang.

SATU WARISAN, SATU MATLAMAT, SATU MALAYSIA.

No comments: