Wednesday 2 September 2009

MALAYSIA B23 - Langkah Semakin Berani

Semakin hari semakin yakin, semakin bersemangat dan semakin berani. Itulah yang ada pada skuad bolasepak Malaysia bawah 23 bimbingan K. Rajagopal pada hari ini. Perjalanan untuk menuai pingat pada sukan sea hujung tahun nanti dipersiapkan sebaiknya. Peristiwa hampir memalukan Manchester United julai lepas nampaknya memberi kesan besar kepada skuad bolasepak negara.

Bemula dengan keyakinan dan moral pemain yang meningkat naik mendadak, jadual perlawanan persahabatan antarabangsa mereka kini sibuk dan padat. Malaysia berupaya menarik minat pasukan-pasukan kebangsaan bertaraf gergasi untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Selepas menentang Setan Merah, banyak perlawanan antarabangsa diatur. Skuad Malaysia kendalian Rajagopal bermula baik dengan mengikat Kenya kemudian disusuli dengan kejayaan menambat China 0-0 di Shah Alam.

Skuad Harimau Malaya kemudian terbang ke bumi Arab sempena bulan Ramadhan yang mulia untuk untuk beradu nasib menentang pasukan gergasi Asia, Arab Saudi. Keputusannya, seperti menentang China, Malaysia kini liat untuk melepaskan banyak gol kepada pasukan-pasukan gergasi. Malaysia yang membariskan 'budak-budak' bawah umur cuma tewas 2-1 kepada pasukan senior berbadan besar di tempat lawan pulak tu.

Selepas ini, beberapa perlawanan persahabatan lagi menanti sebelum tirai Sukan Sea dibuka. Antaranya menentang Jordan, 5 September dan Lesotho, 11 September.
Harapan kami, semoga semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh barisan muda ini akan terus berkekalan untuk mencapai misi merangkul pingat emas sukan sea nanti.

Diharapkan juga, jadual perlawanan berterusan macam ni menjadi titik tolak kepada perubahan FAM untuk menyusun jadual perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih terancang pada masa hadapan. Agar tiada lagi kes 'tak cukup perlawanan', 'kurang pendedahan'dan sebagainya. Kaji jadual antarabangsa FIFA dan susun elok2.. jangan asyik cuti memanjang !

sangkunang ; biarlah persatuan dicaci-maki, jangan sesekali pasukan dibenci !

2 comments:

GombakRock said...

saya setuju 100% dgn pendapat saudara... pemain dan jurulatih dua2 ok...skang ni F.A.M kena serius... jadual liga tu susun btol2...kalau tak jgn harap ar nak menang pingat emas masa sukan sea nanti!!

SangKunang said...

betol tu bro gombakrock.
FAM bernasib baik skrg nih sebab kebanyakkan game friendly besar malaysia skrg ni diatur oleh lawan.
bukan kita yg propose.
contoh nya lawan China.
China yg pilih malaysia sebagai ganti pembatalan game lawan indonesia gara2 seragan bom d jakarta.
lawan arab plak, pak arab yg ajak sebab terpegun dengan aksi menarik malaysia masa lawan MAN U...
utk 2010 punye, FAM kene alert dan kene bertindak pantas. susun dan invite awal2 team utk friendly sebelom dikebas tim lain.
jangan bazirkan slot international friendly yg memang disediakan FIFA pada certain tarikh..

SEMOGA MENANG PINGAT EMAS !