Thursday 23 September 2010

Masalah lampu limpah. Apa Tindakan FAM ?

Mat saleh penyokong Pahang meninggalkan stadium dengan perasaan hampa.
[gambar dari HarimauMalaya forum]



Minggu lepas, 17 September 2010. Mengikut jadual pertandingan liga tempatan, Piala Malaysia Kuala Lumpur bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu tuan rumah, Pahang untuk aksi perlawanan kedua Piala Malaysia 2010.

Tapi, alangkah kecewanya penyokong dan penonton yang sudah berada di stadium kerana perlawanan itu terpaksa ditunda kerana masalah lampu limpah stadium yang tidak menepati standard. Maka pegawai perlawanan memutuskan perlawanan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disini, aku boleh simpulkan bahawa kes ini terletak di bawah kategori 'GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI'. Kegagalan ini jika dirujuk dari undang-undang pemerintah bola era chemat jusoh, ianya harus melibatkan denda. Kenapa?

Sebab tahun lepas, tanggal 7 Januari 2009, Stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu dituduh atas pertuduhan yang sama. Iaitu GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI akibat hujan lebat menyebabkan banjir di padang stadium. Rujuk sini, dan sini yang menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan. Bezanya disini, peristiwa di Kuantan adalah melibatkan kesilapan manusia yang boleh diatasi jika pemeriksaan awal dilakukan, manakala peristiwa di Kota Bharu melibatkan bencana alam yang mana ia ditentukan oleh Tuhan.

Bezanya lagi, peristiwa di Kuantan hanya mengundang marah penyokong akibat terpaksa pulang hampa kerana tiada perlawanan, manakala di Kota Bharu padah yang diterima cukup besar. Akibat gagal menghalang hujan daripada turun dengan lebat sehingga menyebabkan banjir, Pasukan Kelantan dihukum 'kalah tanpa berlawan' dengan memberi 3 mata percuma kepada pasukan lawan iaitu KL Plus.

Berbalik kepada isu kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membaik pulih kerosakan lampu limpah, aku rasa FAM sepatutnya mengenakan hukuman denda kepada persatuan itu kerana dengan jelas telah berlaku kecuaian di pihak PBNP sedangkan kerosakan sudah lama dilaporkan.

Tak nak bagi kalah percuma pun tak apa lah, tapi kenakan denda sebagai peringatan kepada pengurusan pasukan lain agar aspek persediaan stadium tidak dipandang ringan oleh pihak pengurusan pasukan..

Sekian. Majulah Bolasepak Pahang Untuk Malaysia.

5 comments:

syazwan said...

point ko betul2 sama dgn aku sapix
kalo kat kelantan yang first game dlu bodo2 dorang senang je kasi forfeit game..celaka betol buat rules

K said...

pahang kan.
apa lagi nak dikata?

Anonymous said...

PAHANG........biasa la...

alexnader said...

pahang,....erm....malas nak capap :-p

SangKunang said...

syazwan: sama eh? hehe..

kay, anonymous, alexnader: hehe..pahang...