Thursday 16 December 2010

Safiq, Baddrol untuk Kelantan?

Oren Kecik punye keje

Cakap-cakap dari Kota Bharu bercerita mengenai 'Last Minip Transfer' mengatakan KAFA berjaya mengikat 2 bintang Malaysia, Safiq RAhim dan Baddrol Bahtiar untuk musim hadapan.

Sejauh mana kesahihannya, kita tunggu pengumuman rasmi dari Tan Sri Presiden..

4 comments:

Anonymous said...

Isu info dari Badrol Bakhtiar dan Safiq Rahim sebenarnya diakui oleh KAFA sendiri bahawa mereka berminat untuk membawa masuk dua nama ini kedalam skuad Kelantan.

Tetapi, sukar untuk mendapatkan pemain berstatus bintang seperti mereka, lebih-lebih lagi disaat akhir musim perpindahan pemain.

Selain itu juga, RedsFC-News turut difahamkan bahawa mereka berdua tidak dapat dibawa ke Kelantan kerana yuran perpindahan terlalu tinggi (tebus kontrak) sehingga mencecah RM1 Juta.

Sehubungan dengan itu, dilaporkan KAFA membatalkan hasrat kerana dengan duit itu, banyak lagi perkara lain dapat dilakukan.

Dengan itu, KAFA lebih berminat untuk menaikkan mutu akademi latihan buat pemain muda bagi membangunkan sukan bola sepak Kelantan agar terus terkehadapan dari pasukan lain.

Difahamkan juga, KAFA mendapat peruntukan RM1 Juta dari pemilik Kelab Cardiff City untuk membangunkan skuad akademi.

info dipetik dari Red FC

Paritbuntarmali said...

Setakat RM1 juta, saya rasa jumlah itu memang sesuai untuk pemain yang berprestasi tinggi seperti Badrol Bakhtiar dan Safiq Rahim. Baik juga jika KAFA dapat membuat penilaian semula 2 pemain ini samada nilai tebus kontrak kedua pemain ini benar-benar mencecah RM1Juta atau angka yang hanya diletakkan mengikut nafsu semata-mata untuk memadamkan hasrat mana-mana pasukan untuk memiliki kedua-dua pemain ini. Sebaiknya mulakan rundingan secara terhormat dengan FA negeri tersebut dan oleh kerana dua pemain ini masih ada ikatan kontrak, KAFA boleh mula meletakkan harga untuk menebus kontrak dua pemain tersebut.

Tapi yang paling penting persetujuan daripada kedua-dua pemain ini sendiri untuk beraksi bersama Kelantan. Mungkin musim Liga Malaysia 2011 ini akan bermulanya era jual beli, tebus kontrak pemain yang lebih telus dan bersikap terbuka oleh semua pihak tanpa menyembunyikan apa-apa maklumat. Bukankah lebih meriah jika urusan perpindahan pemain sentiasa menjadi berita yang sensasi di semua jenis media seperti di kebanyakkan Liga di Eropah.

Sama-sama kita tunggu siapa yang akan menjadi pemain pertama yang akan bernilai RM100,000 ataupun RM1juta di Liga Malaysia.

Tetapi hakikatnya dengan cara pengurusan bolasepak samada Kelab atau Negeri di Malaysia yang ada dewasa ini, amat sukar dirasakan dalam tempoh terdekat untuk peminat bolasepak menyaksikannya.

Peminat Bolasepak Malaysia...

SangKunang said...

betol kata paritbuntar...
jumlah rm1 juta mungkin berbaloi untuk 2 orang star ni.
tp mungkin juga KAFA melihat kesesuaian posisi pemain yg mana bahagian tengah kelantan tika sebenarnya sudah mantap.

disebalik kegagalan KAFA mendapat 2 bintang ini, ia sebenarnya memberi kesan baik buat liga malaysia. kerana kita tidak mahu liga kita hanya didominasi oleh satu dua pasukan tertentu sahaja. badrol kekal di kedah, mungkin akan membantu skuad hijau kuning mengimbangi kekuatan yg dimilik kelantan, selangor, san NS..

berkenaan yuran perpindahan, kita peminat di malaysia amat menantikan fenomema seperti di eropah... tapi susah nak berlaku selagi pengursan FA negeri tak mahu berubah...