Wednesday 10 August 2011

Ramadhan di Karawang


Panas panas sensasi... yeaahh..
uhukk !

Assalamualaikum dan salam 1 Ukhuwwah, 1 saudara, 1 Malaysia dan juga satu Nusantara.
Berita benar atau tidak benar. Bomber sepakbola utama pasukan negeri Malaysia, SASA atau nama dalam surat lahir Mohd Safee bin Mohd Sali kabarnya dirisik untuk diuji coba bersama sebuah pasukan dalam liga sepakbola Jermani atau Bundesliga. Waah, mcm indon dah ayat..

Itu lah cerita pagi Ramadhan ke 10 yang mulia ini. HAri ni dah sepuluh hari ye. Bermakna hari ini berakhirlah 1 dari 3 fasa Ramadhan. Berakhir fasa Kerahmatan, kita menuju pula ke fasa Pengampunan untuk 10 hari seterusnya..Teruskan ibadah anda...

Opss, berbalik kepada cerita di Karawang. Apa Karawang tu? Karawang tu ialah lokasinya dimana penyerang kesayangan kita sedang bertapak tika ini iaitu Pelita Jaya FC. Pelita yang semakin bernyala sumbunya sejak datangnya jejaka pujaan Malaya ke2 ini (selepas Apek).

Khabarnya dah dirisik kelab dari Jerman. Kesohehan nya tidak lah aku ketahui sebab dapat cerita ni pun dari Astro Arena. Harapnya betul la ye. Astro mana pernah tipu pelanggannya kan..Mungkin prestasi baik Safee semasa perlawanan sarkis Tour EPL tempoh hari dipandang secara celik oleh agen-agen pencari bakat diluar sana.

Sebelum ni dah banyak dah rumour sebegini. Sangkunang pun dah banyak keluarkan cerita tak jadi perpindahan-perpindahan sensasi pemain Malaya.. Aidil brothers dapat tawaran kelab Slovakia, Asraruddin diminati secara serius di Endhoven, Badrol ke akademi Stamford Bridge, banyak la kot. Zaman sebelum blog Sangkunang wujud pun dah ada rumours sensasi melibatkan penyerang negara. Azman Adnan Di lamar Millwall FC (EPL 90-an). Itu cerita masa aku skolah rendah. Darjah 3 kot. Tapi ingat lagi la cerita tu.

Dalam banyak-banyak cerita sensasi ni, cerita sensasi melibatkan Safee memang jadi. Rumours ke Indonesia dah jadi kenyataan. Rumours Safee sedang dinilai panel Sydney FC memang betul dan disahkan sendiri oleh kelab itu. Dan harapnya, cerita ini bukan sekadar cerita sensasi di kedai kopi. INI SERIUS.

Siapa kata pemain Malaysia takleh bersaing di Bundesliga? Salah tu. Sebenarnya, corak permainan pemain-pemain kita memang secocok dengan rentak Bundesliga. Tengok saja Khalid Jamlus. Sape yang masih ingat? Tahun 2000 beliau pernah menjalani ujian di Eintracht Francfurt (masa tu main divisyen 2 kalo x silap). Mase pre-season kelab tu wat tour ke negara Arab. Khalid skor 3 gol menjadikan kelab itu benar-benar serius ingin memikatnya. Semua segala bagai dah setel, tandatangan hampir diturunkan, secara tiba-tiba jugak Khalid menghayunkan stoking putih lebih awal. Mahu kembali ke liga tempurung kelolaan FAM. Akhbar pengutuk sukan nombor 1 (masa tu dan masa kini) secara serius juga menjadikan kepulangan Khalid sebagai berita sukan utama. Tajuknya "RINDU NASI LEMAK"..
Serius !...Aku tak tipu weh. Kalo tak caya korang tanya otai-otai bola yang selalu folo bola malaya zaman 90-an dulu...

Jadi, sempena Ramadhan yang mulia ini, pakat-pakat doakan ye kawan-kawan. Agar dapat kita lihat Safee terbang ke bumi Nazi sana.


PEACE YAWWW...

~cinta SASA tertinggal di karawang~


3 comments:

Anonymous said...

Insyaallah. Akan lahir seorang lagi lagenda dari tanah ini..
Lim teong kim berkelana ke jerman sbg pmain pro. Dan masih d sana sehingga kini atas kapasiti jurulatih remaja bayern munich... Goo luck safee sali SASA

YAMTUAN NOGO9i

Putra Merah said...

yup. setuju nge demo. kawe pun ingat lagi kisah khalid di jerman tahun 2001 dulu.
nok tamboh sikit lagi. bukan khalid jamlus sorang. tp kito ado 2 lagi pemain yang mendapat kontrak di jerman.

Fazli Shaari dan Rudie Ramli.
Kedua-duanya diikat semusim oleh kelab divisyen 3 Jerman, SV WEHEN. Gandingan serasi 2 org ni menarik minat management SV WEHEN menawarkan kontrak lanjutan semusim lagi. tapi ditolak mentah2 oleh duo ni. Alasannya, mahu kembali ke liga malaysia kerana standard liga divisyen 3 tu dikatakan sama level dengan liga malaysia. wat de pak !!!

Duo ni jgk mendakwa tidak dibayar gaji oleh management WEHEN. tp itu semua fitnah dan dinafikan oleh WEHEN yang ketika itu merupakan cawangan atau feeder club kepada Bayern Munich. Dan orang yang bertanggungjawab membawa masuk 2org ni ke Bundesliga ialah Lim Teong Kim. Marah Teong Kim mendengar alasan bodoh dari fazli dan rudie.

dan sejak detik itu, teong kim tidak lagi berminat berusaha membawa anak malaysia ke Jerman. Malu dengan sikap dan mentaliti pemain malaysia.

maroh seantero malaya maso tu.
Isu nasik lemak memey betul2 digembar-gemburkan oleh media. Ia adalah gurauan sinis terhadap pemain malaysia yg dikatakan manja dan tak boleh berjauhan dengan keluarga dan persekitaran malaysia..

Harapnya, mentaliti safee sali tidak seperti pemain-pemain sebelumnya. Dan kawe yakin, safee mampu menyahut cabaran lebih besar dan memey telah beliau buktikan dengan menyahut seruan nusantara di Liga Indonesia...

SangKunang said...

YAMTUAN NOGO9i..

Lim Teong Kim pun dah banyak bagi jasa kat bolasepak jerman.

Hebatnya Gerrarg Muller ari ni adalah hasil tangan Teong Kim..

Putra Merah..
panje nyo.. huhu, bulih wak post baru tuh.. anyway, tq, bnyk info demo tntang fazli & rudie.. kawe x ingat pasa 2 oghe tuh.. loni ingak doh laa. 2 oghe tu pun dapat sambung kontrak lg tp tolak..huhu