Friday 19 August 2011

Tony Fernandes Pemilik Baru QPR FC



Salam Ramadhan ke-19. Meniti hari-hari terakhir bulan barakah, bulan 1001 bonus dari Pencipta.

Sah sudah. Bukan lagi khabar angin murahan. Pemilik Air Asia, pemilik Tune Group, pemilik Team Lotus F1 Racing kini menambah satu lagi aset gergasi beliau. Malam tadi selesai sudah urusan pengambilalihan kelab bolasepak Inggeris, Queen Park Rangers (QPR FC) bernilai 35M Euro. sumber

"saya mau Steven Robbat dan Mahali merumput disini..."


Pengambilan aset bernilai jutaan ringgit ini menyaksikan bisnes bolasepak Inggeris menambah bilangan pelabur dari Asia yang banyak memonopoli pasaran pelaburan bolasepak di United Kingdom. Tony juga menjadi rakyat Malaysia kedua memiliki kelab bolasepak Inggeris selepas Dato' Chan Tien Ghee yang memiliki Cardiff City. Namun kemenangan tetap di pihak Tony kerana kelabnya beraksi di Liga Perdana berbanding Cardiff yang masih gagal melonjakkan diri ke kelompok elit.

Sebelum ini, usahawan hebat Malaya ini sudah banyak kali dikaitkan dengan pembelian kelab Inggeris terutamanya kelab pujaan beliau iaitu West Ham United, namun gagal dalam cubaan terdahulu.

Harapnya, pemilikan terbaharu ini bukan saja memberi pulangan kepada Tony malah turut memberi sumbangan berharga buat pembangunan bolasepak tanah air kita yang terchenta ini. Bukan susah pun, 3 tahun lepas ketika Taksin Sinawatra memilik Manchester City, beliau turut membawa bersama 3 pemuda Siam untuk bersama di kelab tersebut. Tony, anak-anak rimau kini sedang menanti panggilanmu...

Jalan sudah terbuka buat anak muda Malaysia. Nak seribu daya, taknak sudah. Assalamualaikum....

~Cintaku sudah lama hilang di Liga Inggeris~
(mungkin ia kembali)

No comments: