Tuesday 26 October 2010

KL PLUS TARIK DIRI LIGA M 2011?


Info dari FB pengulas sukan RTM, Hafizal Hamad menyebut "KL PLUS FC SAH TARIK DIRI LIGA M 2011".
Macam dah jadi satu fenomena. Setiap tahun ada pasukan kelab baru muncul dan setiap tahun juga ada pasukan kelab yang mengibarkan bendera putih dari saingan liga bolasepak negara.
Sebelum sepak mula Liga M 2010 sahaja, 3 pasukan telah terkubur. MyTeam FC, PROTON FC dan NAZA FC.
Sebelum tu tak payah cakap la. MPPJ FC, MK LAND FC, MP SELAYANG FC, NS CHEMPAKA FC, KL MALAY MAIL FC, PUBLIC BANK FC....

Kenapa?
Sebab tak mampu nak hidup. Penyokong tak ade. Lantas syarikat yg memegang pengurusan kelab-kelab sebegini berasakan takde pulangan dalam pelaburan mereka melalui bolasepak.
Kenapa takde fans?
Sebab nama kelab pun takde nilai langsung untuk mewakili komuniti/masyarakat sebagai penyokong.

SENSE OF BELONGING !

Dan sekarang Johor FC masih unggul bersaing dalam liga. Kenapa JFC masih hidup?
sebab
SENSE OF BELONGING !

dan Johor FC akan terus hidup JIKA tiada campur tangan politik bersifat hasad dengki yang bakal menguburkan mereka nanti.

Jika sah KL PLUS FC tutup buku, kita hanya menunggu siapa lagi selepas ini....

FELDA FC?
SIME DARBY FC?

5 comments:

Mansor Adabi said...

betul tu,,,,,pasukan2 kelab x de 'sense of belonging',,,,Kelate pulok???? terlebih-lebih 'belonging',,hidup Kelate!!!!!!!!!!

saperakue said...

like!!like!!like!!

bawa balik piala ke klate taun nieh~~~

SangKunang said...

abe mansor:
jolo tuh.. terlebih-lebih sense.. sapa ko oghe hok duk negeri lain tp dekat nge kelate pun teraso sense tu..
besut contohnya.. haha

saperakue:
bereh, bereh.. sayo tra wak kelik. hehe

Paritbuntarmali said...

Fenomena penarikan diri pasukan berstatus Kelab adalah sudah menjadi seperti satu acara tahunan dalam senario bolasepak Malaysia. Tarik diri dan seterusnya akan digantung untuk satu tempoh yang tertentu dan mungkin juga di denda.

Asal penyertaan pasukan Kelab dalam Liga Malaysia pada awalnya telah dikuasai oleh pasukan Kelab dari Kelantan seperti TNB, JPS, JKR dan SKMK. Yang menariknya majoriti Kelab Bolasepak ini dibiayai sendiri samada oleh individu atau korporat. Namun seperti biasa semua Kelab ini telah menarik diri atas alasan masing-masing.

Kebolehan Kelantan mengeluarkan pasukan Kelab Bolasepak yang banyak dan hebat juga dalam memberi saingan tidak dapat dinafikan. Namun mungkin disebabkan masalah logistik seperti kemudahan prasarana stadium yang terhad menyebabkan kebanyakkan Kelab ini terpaksa bermain di sekitar Lembah Kelang sebagai gelanggang sendiri. Ini sedikit sebanyak telah mengurangkan minat sesetengah individu untuk melibatkan diri akibat kos tambahan ke Kuala Lumpur. Kesan paling ketara, dewasa ini tiada lagi Kelab dari Kelantan yang berminat untuk menyertai Liga Malaysia.

Bayangkan jika disekitar Kota Bharu atau di lain-lain tempat di Kelantan ada mempunyai 3-4 buah stadium berlampu limpah yang tak perlu besar sangat tapi sesuai dari segi kemudahan dan keselamatan, sudah pasti kemajuan bolasepak Kelantan akan lebih baik dan ramai pemain akan mendapat peluang bermain pada peringkat tinggi bukan hanya melalui pasukan Negeri tetapi juga melalui platform Kelab Bolasepak.

Hanya Johor FC yang berjaya kekal sebagai Kelab yang boleh memberi saingan secara konsisten. Keupayaan JFC dapat menyediakan kemudahan stadium sendiri harus diberi pujian. Diharap Johor FA jangan masuk campur dalam urusan JFC. Biarlah JFC di landasannya sendiri sebagai Kelab Bolasepak yang mampu berdikari.

Peminat bolasepak Malaysia...

SangKunang said...

paritbuntarmali:

doakan agar penggabungan johor tak berjaya..
jika berjaya bergabung, maka sinar dan ramuan sebenar bolasepak malaysia yg dibawa melalui johor fc akan hancur berkecai..