Monday, 16 November 2009

AKMAL RIZAL MILIK KELANTAN


"alhamdulillah dah selesai tandatangan kontrak bersama pasukan kelantan..harap penyokong red warriors akan dapat memberi sokongan pada saya.."
-Facebook Akmal

Bekas peledak utama skuad kebangsaan Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli,27 tahun sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk Liga Malaysia musim 2010 menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Akmal, pernah menjadi penyerang sensasi Malaysia suatu ketika dulu juga pernah berkelana di bumi Perancis untuk menyarung jersi kelab divisyen2 Perancis, Racing Strasbourg dan FC Heguenau. Diberitakan, Akmal menjadi penjaring terbanyak untuk kelab tersebut sebelum kelab diturunkan divisyen (relegated). Mengikut format liga di sana ketika itu, penurunan kelab ke divisyen bawah menyebabkan kelab tidak boleh memiliki pemain asing lantas jodoh Akmal di Strasbourg terpaksa dileraikan.

Sentuhan pemusnah yang dimiliki menjadikan beliau watak penting ketika membantu Malaysia menggondol pingat perak sukan sea 2001 dibawah bimbingan Allan Harris yang ketika pernah dilabel sebagai barisan terkuat alaf baru yang pernah Malaysia miliki. Akmal juga pernah mendapat perhatian kelab Divisyen 1, FC Sedan yang berhasrat mendapatkan tandatangannya. Namun, kecederaan lutut memaksa Akmal kembali ke tanah air walaupun di sanubari beliau, terdetik hasrat untuk melangkah jauh meneroka bolasepak eropah.

Sekembalinya dari Eropah, Akmal menyertai negeri kelahirannya Kedah, kemudian berhijrah ke Selangor dan pada tahun 2009, beliau menurunkan tandatangan untuk menyarung jersi pasukan Kuala Muda NAZA.

Kini, Akmal bakal menyertai kelompok elit The Red Warriors. Diharapkan penyertaan akmal ke pasukan Kelantan dapat menjelmakan kembali sentuhan pemusnah yang pernah dimiliki beliau satu ketika dulu sekaligus menyumbang kejayaan besar kepada barisan Red Warriors untuk musim 2010 nanti. Diharapkan juga, Kelantan dapat menjadi platform terbaik buat Akmal dalam misinya untuk kembali menyarung jersi keramat kuning hitam Harimau Malaya.
Sudah lama aku x tgk akmal pakai jersi kuning nombor 14 tu..

SELAMAT DATANG & SELAMAT MAJU JAYA !


Sunday, 15 November 2009

2009 yang sensasi

2009 masih lama lagi untuk dihabiskan. Tapi, bolasepak Liga Malaysia musim 2009 sudah menutup tirai dengan rasminya setelah Rezal Zamri Yahya (kapten NS) menjulang piala tertua di Asia (Piala Malaysia) pada malam 7 november lalu.

Bercakap mengenai bolasepak Malaysia tahun 2009, banyak suka duka untuk diperkatakan. Bolasepak Malaysia menuju satu dimensi baru. Bolasepak Malaysia memecah tradisi 'bola kampung'. Ahhh, pedulikan cakap orang yang bolasepak Malaysia masih di takuk lama. Pedulikan coretan wartawan sukan yg mengatakan tahap bolasepak Malaysia masih jauh untuk menuju 'real bolasepak'. Bagi aku bolsepak malaysia 2009 menempa sejarah baru. Kontroversi, konspirasi, dan tradisi..

Musim 2009, pemerintah bola memulakan sepak mula bola seperti biasa. Lantas kontroversi menjelma setelah pasukan kesayanganku 'The Red Warriors', diberi tiket percuma untuk ke Liga Super atas ihsan PDRM yg menarik diri ketika itu. Pedulikan juga. Percuma kita ke Liga Super dibayar dengan harga tinggi. Tanggal 7 Januari 09, kontroversi tercetus. Mungkin juga konspirasi. KAFA dijatuhkan hukuman 'kalah percuma' setelah gagal menghentikan hujan lebat yang turun di Kota Bharu untuk perlawanan menentang KL Plus (lihat sini). Silapnya KAFA disini ialah kerana KAFA tidak bersiap sedia lebih awal dengan kesebelasan utama bomoh serta pawang hujan untuk mengalih hujan ke pasir mas, besut atau ke seberang siam.

7 haribulan berlalu dengan pelbagai reaksi. Ada pro ada kontra. Di pihak penyokong, kelate dot net mengambil inisiatif untuk mengadakan demo secara aman di Wisma FAM. Kami hanya berdemo ok! bukan merusuh.

7 haribulan kembali. Tapi kini di bulan April. 7.4.2009 mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat bolasepak negara. Perlawanan separuh akhir 1 Piala FA dicemari insiden keganasan, baik dalam mahupun luar stadium. Di dalam, laki Rita Rudaini dibalun Halim Napi, gara-gara mamat 21 tahun ni mencabar abe Halim yang sudahpun main bolasepak semasa laki Rita ni masih dalam kandungan. Di luar stadium, trak polis dibakar (bukan trak sbenarnya, landrover buruk je). Penyokong merusuh untuk memberi hadiah berharga buat kelantan. Stadium Sultan Mohamad IV DIGANTUNG !

Pedulikan insiden penggantungan. Kelantan bangkit di seremban untuk menuju ke Final Piala FA 2009. Sesuatu yang tidak pernah terpikir di dalam kepalaku walaupun pernah menyimpan cita-cita itu. 25 April ditunggu. Tarikh keramat di Bukit Jalil bertemu selangor. Menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, PDRM mempersiapkan anggota hitam bertopi merah di setiap tempat di luar, di dalam, di padang, dan di tempat duduk. Kelantan tewas penalti kepada selangor. Alhamdulillah, aman je malam tu walaupun kalah.

7 haribulan muncul lagi. Kini 7 haribulan 11. Langkahan ke bukit jalil yang penuh gemilang. Meriah sungguh. Bangga aku menjadi sebahagian daripada anggota 'THE REDS'. Apa tak bangganya, seminggu sebelum final, cerita kelatan menghiasi dada akhbar. Perang saraf juga milik Kelantan di alam siber. Dan bertambah bangga lagi, sepanjang seminggu selepas final pun, Kelantan masih lagi menghiasi dada akhbar walaupun tak menang. Kesian NS.

Masa berlalu, saat berganti. sedar tak sedar, Liga M 09 dah habis dah pun. Buat Kelantan/KAFA, tahun ini penuh dengan suka duka. Suka dengan kejayaan yang hadir begitu cepat, duka dengan kejayaan yang tidak lengkap sepenuhnya. ditambah lagi dengan pedih luka x tertanggung dek curahan cuka dari pihak pemerintah bola malaya..

Ramai pengkritik, rama pengutuk. Terlalu negatif, YA ! sangat negatif. Tapi kita selalu memandang negatif. Kenapa tidak diambil yang positifnya? Tak de positif? bohong !

Sedarkah kalian wahai penyokong, penonton mahupun pengunjung bolasepak serata Malaya. Perangai penyokong Kelantan dipandang buruk oleh banyak pihak. Tp penyokong2 Kelantan ini lah wajah bolasepak Malaysia. Gelombang baru tercetus, fanatik terhadap pasukan sangat tinggi. Bermain di Kota Bharu sentiasa panuh, di kandang lawan juga tetap bersama. Pihak pengurusan Kl Plus dan Tentera bolehlah berterima kasih kepada KAFA sebab kutipan tiket mereka melambung tinggi jika ada perlawanan menentang kelantan di lembah klang.

Semangat penyokong kelantan ini turut memberi kesan positif kepada lawan. Apa? penyokong2 pasukan seperti selangor, kedah, perlis akan turun beramai2 memenuhi stadium mereka andai pasukan mereka menerima kunjungan barisan the red warriors. Secara tidak langsung, kehadiran penyokong seperti ini dapat membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan negeri masing masing.

Gelombang baru Liga Malaysia skrg ini nyata adalah usaha penat lelah 'mastermind' utama the red warriors iaitu Tan Sri Annuar Musa. Cetusan idea kepimpinan yang berjiwa bola di pihak KAFA sebenarnya sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain di Malaysia. Dengan pengurusan ala EPL, sistem bonus kalah menang setiap perlawanan adalh sesuatu yg wajar dipraktikkan oleh pengurusan pasukan2 lain. Sesuatu yang menarik tentang Tan Sri ialah bagaimana beliau mempromosikan pasukan untuk menghadapi musim baru liga dalam usaha menarik peminat dan sokongan ramai. Majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi pasukan, pengumuman penaja, dan sebagai nya adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh pasukan lain. (ada jugak tp sekadar nak x nak je)...

Akhir kata. Selamat Maju Jaya untuk Tan Sri dan KAFA untuk musim 2010. Buat THE REDS sekalian, jangan lupa, Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi 2010 pada 21.11.09 di KB Mall.

TERIMA KASIH TAN SRI


Thursday, 12 November 2009

Kecoh | Wanita Bercoli Di SNBJ ?

Di pagi yg hening ni aku melilau-lilau di alam siber. Masih lagi dalam mood piala malaysia, masih teringat final di SNBJ sabtu lepas. Saje buka laman-laman web kelab penyokong pasukan-pasukan lain untuk tgk apa kutukan dan kritikan forumer2 terhadap penyokong kelantan. DAN, ku terjumpa satu thread menarik dan panas... Laman web dirahsiakan untuk kesejahteraan sejagat. Tp yg menariknya thread tu membicarakan tentang perangai penyokong kelate yang teruk sehingga ada awek kelate menyokong kelate di SNBJ dalam keadaan bercoli sahaja.. siap ada gambar lagi. nih....nampak x ?

Macam-macam kritikan dilemparkan. Tak cukup dengan insiden bom mengebom tu, bende ni dijadikan bahan plak. tak bermoral la, awek serambi mekah la...
Tp sayangnya pengkritik-pengkritik sekalian, awek tu sebenarnya bukanlah awek. Tu jantan.. Aku tau sebab sebelum game start aku dah terserempak ngan mamat ni.. itu lelaki yg pakai coli merah untuk menunjukkan kelainan dalam menyokong.. hehe...cool bro.

Agaknya kalo tu awek betul, brader-brader kat depan dia tu x tgk padang dah. Asyik tgk belakang je,...

ni haa, gambar zoom, nampak tak halkum kat leher tu??? Ada macam awek ke, badan besar camtu??

kepada brader yg pakai nih, sori publish cerito pasal mu.. sajo jah nok menjawab fitnah.. haha.. kawe sapot demo boh ! kemah..

Wednesday, 11 November 2009

Gosip 2010 | Norhafiz Untuk Red Warriors ???

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kini sedang berusaha untuk membawa masuk beberapa pemain bintang untuk menguatkan barisan The Red Warriors untuk cabaran musim 2010.
Antara yang sudah mengesahkah tandatangan ialah Penyerang Malaysia bawah 23, Norshahrul Idlan Talaha. Dan seorang lagi yang bakal dibawa masuk ialah pemain pertahanan yang masih dirahsiakan identitinya. Menurut Harian Kosmo,

Kosmo! difahamkan, seorang pemain pertahanan juga akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Nazrulerwan Makmor yang akan pulang ke pangkuan pasukannya, Felda United.

Menurut sumber berkenaan, pemain pertahanan tersebut merupakan bekas pemain skuad Piala Dunia Remaja 1997 dan pernah beraksi untuk pasukan Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

Kalau ikut aku, nama Norhafiz Zamani Misbah menepati 70% daripada klu yang diberi. Pernah main Pahang, Negeri Sembilan. Pemain skuad Piala Dunia 97, berapa orang je yg masih beraksi, yg lain kebanyakkan dah bersara.

Kalau rumours ini betul, mungkin norhafiz merupakan penyelesaian kpd masalah pertahanan kelantan. Tapi kalau tak betol, jangan marah....KL PLus pun mampu bayar mahal jugak tau..

Monday, 9 November 2009

Merahnya Bukit Jalil

Memandangkan mood final piala malaysia masih belum surut, melihatkan rakyat kelate masih lagi sugul dan kecewa serta masih enggan bercakap mengenai bola, gua dengan ini memutuskan untuk menerbitkan atau bahasa inggerisnya mem'publish'kan gambar2 merah membara di bukit jalil sabtu lepas.
Gambar dari kamera sony (xtau model) milik rakan sangkunang, Encik Fazli Salam ini menceritakan segalanya...

LUAR STADIUM











DALAM STADIUM






SAAT PILU BERMULA.......................