Terlebih dahulu, saya ucapkan segunung tahniah buat tan seri muhyiddin kerana dilantik sebagai timbalan perdana menteri di bawah kabinet baru kerajaan persekutuan malaysia yang indah ini.
sebukit tahniah juga buat tan seri kerana disamping jawatan no2 kerajaan sudah dipikul, tan seri telah diberi tanggungjawab besar untuk memimpin satu lagi kementerian iaitu kementerian pelajaran.
umum mengetahui bahawa, kementerian pelajaran merupakan antara kementerian paling penting dalam pentadbiran kerajaan dengan jumlah warga kerja dan pelanggan2 kementerian iaitu pelajar yang begitu besar jumlahnya, maka sudah tentulah kementerian sebesar ini perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu tegas, adil dan memahami hasrat akar umbi.
dalam memimpin sebuah kementerian yang bertanggungjawab melahirkan generasi dan modal insan yang berkualiti untuk malaysia pada masa hadapan, adalah menjadi tanggungjawab tan seri ketika ini untuk turun ke bawah melihat permasalahan untuk wujud dalam kementerian 5 tahun kebelakangan ini yang ada sebahagiannya melibatkan isu nasional dan juga boleh mencetus isu politik. sebagai contoh, polemik PPSMI yang tika ini tidak ketemu hujung jawapannya. adalah menjadi harapan saya sebagai warga kementerian untuk melihat tan seri mengambil inisiatif dan mengkaji semula perjalanan dan keberkesanan sistem ini sesuai dengan kehendak perdana menteri yang mengimpikan satu malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.duduk semeja dengan pakar-pakar pendidikan untuk merumuskan satu resolusi baru dalam mencapai penyelesaian isu ini.
seterusnya, dalam kesibukan tan seri menjalankan tugas2 timbalan perdana menteri dan juga memimpin kementerian ini yang menuntut banyak perkara untuk difikirkan, saya berharap tan seri tidak melupakan kebajikan guru sebagai agen sosialisi dalam kementerian tan seri. apa yang saya maksudkan disi adalah peranan tan seri dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda guru-guru pada hari ini. jika kita perhatikan, dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar ini, persekitaran guru dewasa ini sering diganggu gugat dan guru juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dengan masyarakat. adalah menjadi harapan saya, guru tidak dipinggirkan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pihak lain seperti ibubapa. sebagai contoh, sebelum ini, ada kes yang melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa, menteri tanpa usul periksa sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan "Guru sekarang semakin bermaharajalela pukul pelajar". tidakkah terkilan hati dan perasaan guru yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak didiknya? maka, besarlah harapan warga guru untuk dipikul pada bahu tan seri untuk hari ini dan masa akan datang untuk terus disayangi dan dihormati oleh golongan ini.
tan seri,
Ketika ini sistem pendidikan kita ketika ini berada di persimpangan dan sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh mewujudkan momentum yang baru, tidak mustahil lima ke sepuluh tahun akan datang negara kita akan jauh ketinggalan ke belakang negara-negara yang sedang mengejar kita.Tindakan dan keputusan yang hendak kita ambil hari ini bukan sahaja amat kritikal untuk kemakmuran jangka panjang negara malah lebih penting daripada itu, iaitu untuk survival generasi muda masa hadapan.
namun, dibawah tanggungjawab tan seri dan dibantu oleh dua orang timbalan, saya yakin yang tan seri akan melakukan banyak lonjakan. legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pendidikan alaf baru, Allahyarham datuk razali ismail pada kita semua tidak harus dibiarkan berlalu. apa yang telah dirangka, tetapi tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham harapnya dapat disambung oleh tan seri.
semoga arena pendidikan negara terus berkembang mekar dibawah pimpinan tan seri...
yang benar,
Cikgu Sangkunang

8 comments:
thanks for the insight.. =)
to Muhyiddin,aku nk ko pantas buat keje...PTPTN for example,bile byr nk cepat,bile turon jdik 1% utk yg byr every months punyela lmbt ko turunkan faedah or management fees.Kate dulu bulan 6 tahun lpas(2008),tup tup bulan 12 plak..bile kol bulan 12,kate surat akan hantar ke alamat and perlu sign,so bile sign baru la jadik 1% utk management fees,nih dh nk abis bulan 4 2009,surat ntah ke mane,1% lagila ntah ke mane...cam hampeh la korang wat keje...makan gaji butaaaaassss ke?
ceh,mcm ko plak Muhyiddin kan sapix...hahah.nih sbnarnye aku dh highlight kat blog aku sjak the then Higher Education Minister(sbb dulu xcombine lg Higher Education Ministry with Education Ministry)...so ko boleh bygkan la kemarahan aku nih...
wah. baguih betui adik aku sorang nih... nie baru betui tranformasi pendidik...
yg penting time pekse tu wat tui2...
jgn duk wat rusuhan smpai bakar keter yek.. heheh...
nati kalo jalan ke sini ngan mmber len, gtau yek.. leh makan beso2..
lastly, idup chelsi....we are blues...
am7riel...
tensen kene bayo ptptn ke?
hehe, aku rasa bukan muhyiddin yg btanggungjawab dlm hal ni..
ko kene rujuk dato kahaled nordin,
mnteri pngajian tinggi.
rilek laa, aku pun xabis bayo lg.hihi
bro zeq...
tq. cikgu kenelah matang berfikir ye tak? haha.
dun wori bro. aku x suke bako2 kereta polis ni.suke bako ayam je
bukan ke Minister of High education dh di cantumkan semula ke Kementerian Pendidikan Malaysia.Arakian,Muhyiddin kenela take responsibity dr Menteri terbabit.tol x?aku x tensen byr,cuma aku tensen zaman aku xde dh ptptn convert pada scholar mcm tahun2 sblom aku...bile byr kene management fees 3%,bile turunkan jdik 1%,surat nk agreed for 1% pon xsmpai2....bengang tol aku la org2 yg lmbat wat keje acuh x acuh nih
am7riel...
kementerian pengajian tinggi masih lagi wujud dan masih menjalankan fungsinya.
dan menterinya adalah datuk khaled nordin.
ura2 untuk mencantumkan 2 kementerian ini hanyalah ura2
Post a Comment