Thursday 9 April 2009

Ultras ke gini?


huh...ultars? hooligan? atau samseng?
yang nyata, kejadian rusuhan di kota bharu tempoh hari memalit sejarah hitam buat bolasepak kelantan khasnya dan malaysia amnya.
sejarahnya kerana kejadian rusuhan penyokong kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah bolasepak kelantan.
pro, kejadian ini memberi mesej bahwa liga kita sebenarnya masih meriah. sape yang kate bolasepak kita makin suram dan muram?
tapi disebalik kemeriahan yang tercetus ini, persoalan timbul, adakah ini budaya kita?
budaya pecah-memecah, bakar-membakar kenderaan polis, merosakkan kenderaan awam.
inikah ultras kita?
setakat baling membaling botol, berlawan mulut antara penyokong kita boleh terima. tapi bila dah merosakkan kenderaan awam, ini sudah melampau.
sikap emosional segelintir penyokong yang melakukan kekecohan ini mencemarkan imej kelantan sebagai penyokong paling fanatik di malaysia. kesudahan yang terpaksa ditanggung sudahpun diterima! FAM memutuskan perlawanan menentang selangor sabtu ini terpaksa dipindahkan ke stadium berkecuali iaitu stadium nasional bukit jalil atas alasan stadium sultan mohamad ke4 TIDAK SELAMAT !
dari kaca mata ultras (spt luar negara), kejadian malam semalam berjaya mewujudkan atmosfera baru bolasepak malaysia. tetapi dari kaca mata kita sebagai orang timur, budaya mem'bbq' kenderaan polis adalah sesuatu yang tidak boleh diterima!

SETINGGI MANA PIALA DIJULANG, TINGGI LAGI MARTABAT DIJUNJUNG !

7 comments:

Ilidina.. said...

tak patut2...penyokong yang terlalu emosional..huhu

Freddie said...

pendapat peribadi:
mereka terlalu emosi.tak perlu itu semua,terang2 perkara yang berlaku itu membinasakan,mencalar reputasi dan memburukkan nama.

menjawab persoalan "Ultras ke gini?"

bagi aku tidak!terang2 Ultras itu berpegang kepada 4 perkara;
i)tidak berhenti memberi sokongan tak kira apa saja yang beralaku di tengah padang
ii)tidak akan duduk sepanjang perlawanan
iii)menghadiri setiap perlawanan (mengikut kesesuaian masa,tempat dan kewangan)
iv)loyal to the stand which group is located

jadi apa yang berlaku lebih kepada sikap fanatik atau boleh aku katakan sbg mobster.

untuk menjadi ultras kita tak perlu bersikap mcm tu sbb kita masih lagi duduk di negara yang menjunjung daulat dan undang2.

tapi harus diingat,ia adalah bolasepak.secara tak langsung menunjukkan bahawa masih ada yang ambil peduli tentang bolasepak tanahair.

apapun terpulang kepada diri masing2.bagi aku ini hanya warna warni bolasepak.sekali sekala kita dapat rasa bagaimana hangatnya bolasepak Malaysia ni.

Ultras Malaya,salute!

Anonymous said...

sikap segelintir penyokong amat memalukan seluruh warga kelantan...
ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
tidak dinafikan kelantan mempunyai penyokong fanatik...
tetapi terlalu fanatik sehingga bertindak keterlaluan adalah amat tidak wajar...
memalukan...
sedih raso ambo...
kito nok tengok sek kito jadi hok paling molek dale malaysia...
ko guano???

SangKunang said...

ulasan yang padat dari pelopor ultras malaya/malaysia, En. Freddie.
/Precinters Ultras

semoga semangat cintakan pasukan dalam kalangan penyokong kelatan akan berkekalan tetapi semangat memberontak biarkan ke tepi.

Pokjak a.k.a. Aizat said...

ahaha kawe time kawe comment xdok lagi post ho ni..
Tp sian la ko bdak2 umur 18 tuh, buto sblah mate...
payoh la sek2 debe nih, malu kjap ak tgk berita tuh, tobat kelantan kna cop samseng lg phni..
per pn ak sokong the reds sokmo
lawe ttp lawe.

baduk said...

kita penuhkan stadium bukit jalil!tunjukkan bahawa bukan semua penyokong malaysia adalah perusuh.

Doyok said...

hok merusuh tu jenis x ngaji skoloh
buat gapo2 x mikir panje
molek keno ISA sek2 tuh