Wednesday, 13 October 2010

Gaduh Lagi : sudah ku bilang....

Dalam entri terdahulu sebelum perlawanan antara selangor dan Kelantan sini .
Sudah ku katakan, pembahagian tempat duduk yg tidak adil oleh pihak pengurusan stadium Shah Alam bakal mengundang kejadian yang tak diingini...

Dan ia sememangnya telah berlaku. Pembahagian yang memberi 'gap' yang kecil buat kedua-dua penyokong mengundang padah. Perang telah meletus ketika pemain sedang beraksi di padang.

Dan ia tidak tamat disitu, provokasi melampau dari kedua-dua belah penyokong berlarutan ke luar stadium. Riot sana sini. Belasah-membelasah jadi semacam pesta. Dan hasilnya...

SEORANG PENYOKONG KELANTAN KHABARNYA TERBUNUH SETELAH DITIKAM!

Aku ingin tegaskan disini, insiden ini bukan salah kedua-dua belah penyokong baik kelantan mahupun selangor. Tapi yang bersalah ialah pengurusan stadium @ pihak FAS yang memandang ringan isu pembahagian tempat duduk. Mungkin dimata mereka benda ni nampak remeh. Tapi tidak dimata penyokong yang cintakan kedamaian.

Kenapa tidak Kelantan diberi separuh bahagian iaitu di sebelah pentas VIP dan Selangor berada di tempat mereka setentang pentas VIP? Bahagian kerusi hijau belakang kedua2 pintu gol harus dikosongkan sebagai penghalang ataupun 'gap'.

Tahniah FAS ! Tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah juga kepada pembunuh tadi kerana anda telah mencorakkan dimensi baru bolasepak Malaysia....

TAHNIAH SEKALI LAGI !

*Diminta bertenang. Kritikan aku bukan atas dasar aku penyokong Kelantan. Tapi atas dasar 'prevention is better than cure'. Nah, dah berlaku sekarang.

UPTADE : LAPORAN POLIS MENGESAHKAN HANYA SEORANG MENINGGAL AKIBAT SESAK NAFAS DAN LAPORAN TV3 MENYEBUT HANYA SEORANG PENYOKONG CEDERA DI KEPALA..

20 comments:

Anonymous said...

Alfatihah...ditikam???
AWAS Selangor,perlawanan seterusnya di Kota Bharu...

Anonymous said...

apa ni klntan kata baka berani, tp ngan selangor pun leh kena belasah ke? tulah lain kali jgn ckp org negeri lain pengecut, kita bukan pengecut, kita cuma taknak gaduh je. tp penyokong selangor pun leh tahan dia punya celupar. apa2 hal pun aku Al-Fatihah kpd pnyokong klntan tu

Pokjak a.k.a. Aizat said...

pergh mulut anonymous celupar giler...

Al fatihah kepada Allayarham serta takziah kpd famili die...

Anonymous said...

Mulut org klate celupor sgt. bajet dtg tmpt org buat mcm negeri sendiri.

Al-fatihah utk Allahyarham.

Anonymous said...

aku bukannya apa, tp kbyakan pnyokong klntan ni klaim diorg ni baka berani, lpas tu kutuk2 org negeri lain sbg penakut, pondan sapa tak bengang. aku tau org negeri lain pun ramai yg berani2, cuma diorg ni low profile je. Klu org negeri lain penakut xdelah berlaku perang jihad mnntang komunis diBatu Pahat, Muar, Batu kikir n9 dan sungai manik di perak kan. aku tak salahkan pnyokong klntan sbb pnyokong selangor ni pun terkenal ngan mulut celuparnye. tp pnyokong klntan tolonglah jgn ckp org negeri lain penakut, seolah olah mcm nak mncabar pulak.

kudabesi said...

semangat sangat nih..dari zaman dulu lagi

ngucap bebanyak

kita semua org malaysia, buat perabih duit gomen promote 1 Malaysia..

semua org berani..sembelih inggeris, tembak jepun, beperang ngan komunis

tak payah buktikan kat jalanan la bro..

Anonymous said...

penyokong selangor takdok iman...

bako setan..
iblih...
nate cih !

Anonymous said...

ahhhsummmgohhh~!!!!

Anonymous said...

org kelate semuanya gilo.

kata negeri serambi mekah.

negeri haram jadah adalaa..
dah dasar monyet masuk bandar.
geng2 monyet memang sifatnya monyet.

huru hara sana sini

Anonymous said...

Sudah la tu..kal0 gad0h lg dpt ke di0rg hidup smule??

~azo~ said...

banyak betul komen anonymous.. sebab tu berani ngata-ngata...

apa-apa pun, al-fatihah buat mangsa..

(tp berita harian melaporkan versi lain..hmmm)

Anonymous said...

Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti itu dilakukan oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?"

Abang RELA said...

Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong. Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas. Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan dan bukan sekadar hanya sesak nafas semata-mata

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah

Maaf PAB berkata2 :

APA NK JADI...APA NK JADI...SAMPAI SKRG BERGADUH LAGI....

Kelate fan & S'ngor fan kedua2 adalah penyokong setia bolasepak Malaysia...kalau dua fan nie asyik nk gaduh jer... bila kita nk tgk aksi tahap world class permain kita.

Pengurusan stadium kenalah bijak sikit...taulah..tujuan kedua2 penyokong didekatkan utk memeriahkan suasana stadium... tapi KENA CERDIK sikitlah...dah tau kedua2 penyokong fanatik..asingkanlah jauh2...

Pasal penyokong kena tikam tue.. PAB rasa kita jgn buat persepsi..Ia akan menimbulkan lagi suasana tidak enak akan dlm match akan dtg.

kami semua nie ke stadium NK TGK BOLA bukannya NK TGK WRESTLING

Anonymous said...

MALINGSIA !

SangKunang said...

banyaknya komen negatif untuk entri kali ni.. dah laa guna nama anonymous...orang sama ke? atau org lain2 tp nak berselindung..

takpe, atas dasar demokrasi dan hak bersuara aku tak akan delete komen2 negatif tu buat tatapan semua orang..

SangKunang said...

kepada komen2 yg membina. terima kasih saya ucapkan atas pandangan yg diberi...

saya harapkan semua orang dapat meredakan kemarahan dan jangan dibuai2 emosi akibat tragedi malam tadi, bimbang nanti syaitan menguasai... lebih terok jadi..

terima kasih semua. negatif mahupun positif.. saya menghargai kehadiran anda....

FOOTBALL 4 PEACE !

Anonymous said...

bodo semuanya...

kelate,
selangor,
bloggers.

semua bodo !!!!

Wan Ahmad Faiz said...

FAS = SAMPAH

dua2 fan kena kesan...area utk fan kelantan cukup kecik dan tidak sesuai dengan jumlah yg hadir...hingga ada yg terpaksa berdiri sedangkan di bbelakang gol selangor separuh masa pertama ruang kosong masih cukup luas!!!!

gap antara fan kecik. fan kelantan bagaikan kena kurung sedangkan fan selangor boleh membaling object dari jarak yg dekat sbb tiada apa2 yg mghalang mereka. RELA hampeh macam tiada.

pemeriksaan sebelum masuk stadium? tiada langsung. bodoh nyer FAS!!! dah tau game panas.

upper terrace ada fan kelantan dan kat bawah ada fan selangor. bukti kebodohan FAS yg buat fan mereka sendiri jadi mangsa.


alfatihah buat mangsa..



mau cari jalan untuk ajar FAS. cara kasar ke. lebih baik jangan datang sini Hamidin.

Paritbuntarmali said...

Masalah yang sama berulang lagi. Penyokong Selangor maupun Kelantan seperti sudah dapat menjangka kekecohan pasti akan berlaku. Penyokong Kelantan sudah terkenal dengan masalah disiplin baik di tempat sendiri maupun di gelanggang lawan. Tapi di Stadium Shah Alam kelmarin kelihatan seperti penyokong Selangor yang melakukan provokasi yang boleh dikatakan agak keterlaluan terhadap penyokong Kelantan. Nasib baik le keputusan perlawanan seri tanpa jaringan. Jika ada pasukan yang kalah mungkin kekecohan bertambah kecoh agaknya.

Kepada penyokong Kelantan inilah akibatnya jika terlalu kerap kekecohan dan pergaduhan berlaku setiap kali melibatkan pasukan Kelantan bermain. Penyokong Kelantan pasti akan mendapat nama sebagai pencetus kekecohan kerana penyokong Kelantan dan kekecohan perlawanan bolasepak seperti sudah sinonim dalam senario bolasepak negara. Ini bukan hanya pandangan saya tetapi percayalah ianya adalah pandangan majoriti peminat bolasepak Malaysia juga.

Selain penyokong, pemain bolasepak Kelantan juga sering terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan. Itu dulu, tapi dewasa ini ada perubahan yang ketara tahap disiplin pemain Kelantan dalam mengawal sikap dan emosi dalam menghadapi tekanan perlawanan.

Jika pemain boleh, begitu juga para penyokong Kelantan yang sekarang ini bersifat sebagai pemain ke 12 pasukan. Para penyokong Kelantan harus bertekad untuk membuang jauh-jauh gelaran sebagai penyokong yang kerap melakukan kekecohan. Jangan jadi pemain ke 12 yang mungkin menyusahkan pasukan Kelantan dengan hukuman yang kadang-kadang merapu oleh FAM.

Komen-komen anonymous ni samada negatif atau positif kadang-kadang perlu juga. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk mereka melepaskan perasaan geram. Bagus juga dapat saudara siarkan. Sebagai makhluk Allah yang berakal 'Yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Peminat boalsepak Malaysia...