Saturday 6 August 2011

MASA UNTUK SAFI8, AMIRULHADI


85 % hampir complete.
Itu kisah penghijrahan terbaru bintang sensasi Harimau Malaya, SafiQ RahiM yang dikhabarkan bakal menyertai Persija Jakarta untuk Liga Super Indonesia 2011-2012. Mendapat bidaan dari dua kelab iaitu Persija dan Persib Bandung, Safi8 mungkin memilih untuk menyarung jersi The Oranje bersama hero pencen Indonesia Bambang Pamungkas.


Sementara itu di daerah Bandung, kelab sepakbola kebanggaan mereka Persib khabarnya beralih arah memancing Amirul Hadi setelah kegagalan menambat hati Safiq sekaligus menambah bilangan Harimau untuk 'merumput' di tanah jawa menyertai Safee Sali yang bakal menandatangani kontrak terbaru bersama Pelita Jaya.

Sumber dari FAS menyatakan kedua-dua mereka sudah menyelesaikan beberapa urusan dan dijangka Piala Malaysia 2011 akan berlangsung tanpa kelibat Safiq dan Amirul.

Pergi lah, kerana itu yang terbaik. Macam aku pernah cakap dulu. TINGGALKAN LIGA SUPER MALAYSIA INI untuk bakat-bakat lain. Agar suatu hari nanti akan ada Safee yang lain, akan ada Safiq yang lain.

Dan jika penghijrahan ini menjadi kenyataan, aku tidak segan silu untuk mengangkat tangan tabik hormat buat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kerana berjaya menjadi kilang pemain berkualiti, gedung pengeksport bakat terbaik Asia Tenggara...

7 comments:

saperakue said...

Betul tu penghijrahan tu patut dipandang dari sudut positif..

Anonymous said...

like....
like to see u tabik kat FAS..

FAS itu anjink !

Mansor Adabi said...

pemain-pemain kelantan, mat yo, apek dll pun patut hijrah sama, untuk kemajuan diri sendiri dan negara(negeri) amnya,,,,,

meor-name-depan-ku said...

Gua sokong 100%

lu orang tengok sendiri Safee Sali sebelum dan selepas!!!

amacam? banyak kan perubahan

TOM KUCAR-KACIR said...

andai benar mmg bagus dan banyak kebaikan kepada pemain tersebut seta malaysia amnya.Tapi biar berbaloi dan penghijrahan itu bermakna dari sekdar memanaskan bangku simpanan tetapi dengan tawaran yang datang mmg membuatkan mereka berharga di mata mereka yang meilainya.

Putra Merah said...

abang tom rockkkkksss.the legend gergasi merah. kaki lepak hakim sampai x ingat rumah.

caya la tom kucarkacir

SangKunang said...

Saperakue..ha'a..positif2

Mansor adabi..tul tu.sy pun stuju.utk kbaikan bolasepk mlaysia.matyo perlu behijrah..luar negara..kalo dlm ngara x pyh g memano laa..stay klate jah

Tom Kucarkacir...
Haha..itu yg spatutnya..jgn hnya jd pnumpang d tmpat baru..

Meor....
Soheh dan ternyata.gelaran penyrrang tervaik aaean tika ini milik safee sali

Putramerah...
;-)