Thursday 18 August 2011

Ramadhan di Latic | Wan Zack Pula Jadi Sasaran


Salam Ramadhan ke 18. Lagi 2 hari berakhir pula fasa ke 2 Ramadhan. Menuju ke fasa ke3 -Pembebasan dari api neraka. Salam ibadah dan teruskan beramal.

Angin membawa khabar masih bertiup kencang. Selagi window transfer tak ditutup, hot rumours akan terus menayangkan skripnya. Cerita dari Alor Star ke Wigan milik Baddrol Bahtiar masih tidak dapat disohehkan lagi. Kontek Badd sendiri pun dia habaq x dapat apa-apa offer secara rasmi. Offer ada tapi bukan hitam putihnya lagi. Tunggu seminggu lagi katanya.


Bayu dari Latics terus menghembus udara ceria buat kem Harimau Malaya. Kali ini, anak rimau yang paling garang, Wan Zack Haikal pula ditawar menjalani ujian pemilihan bersama kelab Wigan Athletics. Serius benor nampaknya The Latic ni mahu memiliki pemain Malaya. Ini sumber ceritanya.. SINIIII !

Wan Zack seorang pemain yang mempunyai kelas kualiti tersendiri. Walau bertubuh kecil, beliau boleh dikatakan nadi gerakan pantas Harimau Muda. Kiri kanan, itulah kekuatan Harimau Muda, sampai terkencing-kencing Singa London Celsi kat Bukit Jalil hari tu. Nasib baik ada pengadil kan..

Seperti yang aku bebelkan sebelum ni, keseriusan Kelab Inggeris mendapatkan pemain Malaysia ada hubung kait dengan bisnes. Terbaharu, taiko bisnes terfemes Malaya, Datuk Sri Tony Fernandes dikaitkan dengan pembelian saham terbesar kelab Queen Park Rangers (QPR). Kalu kompem, tambah sorang lagi. Kat sana dah ada Dato' Chan Tien Ghee. Ringgit Malaysia laku maa kat UK..


Tipu? Alo, wa punya cerita bersumber maa.. SINI pulak !
Berita panas lagi tu. Beberapa jam yang lalu.

~Cinta Wan Zack menanti di gelanggang Olimpik 2012~
~Cinta Tony masih Everyone Can Fly ~

2 comments:

kudabesi said...

aku ngan wan zack haikal nih sama2 main guli dulu haha (POYO..)

guru lipis dapat cabaran suh lahirkan lagi another azmi ibrahim, another fadzli shaari, another wan zack hoho

Putra Merah said...

xdok agen tgk prestasi apex ko.
dari segi flexibility apex memang lyk g jauh. tp mungkin sbb fizikal dio x ssuai main d liga eropah