Sunday, 15 November 2009

2009 yang sensasi

2009 masih lama lagi untuk dihabiskan. Tapi, bolasepak Liga Malaysia musim 2009 sudah menutup tirai dengan rasminya setelah Rezal Zamri Yahya (kapten NS) menjulang piala tertua di Asia (Piala Malaysia) pada malam 7 november lalu.

Bercakap mengenai bolasepak Malaysia tahun 2009, banyak suka duka untuk diperkatakan. Bolasepak Malaysia menuju satu dimensi baru. Bolasepak Malaysia memecah tradisi 'bola kampung'. Ahhh, pedulikan cakap orang yang bolasepak Malaysia masih di takuk lama. Pedulikan coretan wartawan sukan yg mengatakan tahap bolasepak Malaysia masih jauh untuk menuju 'real bolasepak'. Bagi aku bolsepak malaysia 2009 menempa sejarah baru. Kontroversi, konspirasi, dan tradisi..

Musim 2009, pemerintah bola memulakan sepak mula bola seperti biasa. Lantas kontroversi menjelma setelah pasukan kesayanganku 'The Red Warriors', diberi tiket percuma untuk ke Liga Super atas ihsan PDRM yg menarik diri ketika itu. Pedulikan juga. Percuma kita ke Liga Super dibayar dengan harga tinggi. Tanggal 7 Januari 09, kontroversi tercetus. Mungkin juga konspirasi. KAFA dijatuhkan hukuman 'kalah percuma' setelah gagal menghentikan hujan lebat yang turun di Kota Bharu untuk perlawanan menentang KL Plus (lihat sini). Silapnya KAFA disini ialah kerana KAFA tidak bersiap sedia lebih awal dengan kesebelasan utama bomoh serta pawang hujan untuk mengalih hujan ke pasir mas, besut atau ke seberang siam.

7 haribulan berlalu dengan pelbagai reaksi. Ada pro ada kontra. Di pihak penyokong, kelate dot net mengambil inisiatif untuk mengadakan demo secara aman di Wisma FAM. Kami hanya berdemo ok! bukan merusuh.

7 haribulan kembali. Tapi kini di bulan April. 7.4.2009 mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat bolasepak negara. Perlawanan separuh akhir 1 Piala FA dicemari insiden keganasan, baik dalam mahupun luar stadium. Di dalam, laki Rita Rudaini dibalun Halim Napi, gara-gara mamat 21 tahun ni mencabar abe Halim yang sudahpun main bolasepak semasa laki Rita ni masih dalam kandungan. Di luar stadium, trak polis dibakar (bukan trak sbenarnya, landrover buruk je). Penyokong merusuh untuk memberi hadiah berharga buat kelantan. Stadium Sultan Mohamad IV DIGANTUNG !

Pedulikan insiden penggantungan. Kelantan bangkit di seremban untuk menuju ke Final Piala FA 2009. Sesuatu yang tidak pernah terpikir di dalam kepalaku walaupun pernah menyimpan cita-cita itu. 25 April ditunggu. Tarikh keramat di Bukit Jalil bertemu selangor. Menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, PDRM mempersiapkan anggota hitam bertopi merah di setiap tempat di luar, di dalam, di padang, dan di tempat duduk. Kelantan tewas penalti kepada selangor. Alhamdulillah, aman je malam tu walaupun kalah.

7 haribulan muncul lagi. Kini 7 haribulan 11. Langkahan ke bukit jalil yang penuh gemilang. Meriah sungguh. Bangga aku menjadi sebahagian daripada anggota 'THE REDS'. Apa tak bangganya, seminggu sebelum final, cerita kelatan menghiasi dada akhbar. Perang saraf juga milik Kelantan di alam siber. Dan bertambah bangga lagi, sepanjang seminggu selepas final pun, Kelantan masih lagi menghiasi dada akhbar walaupun tak menang. Kesian NS.

Masa berlalu, saat berganti. sedar tak sedar, Liga M 09 dah habis dah pun. Buat Kelantan/KAFA, tahun ini penuh dengan suka duka. Suka dengan kejayaan yang hadir begitu cepat, duka dengan kejayaan yang tidak lengkap sepenuhnya. ditambah lagi dengan pedih luka x tertanggung dek curahan cuka dari pihak pemerintah bola malaya..

Ramai pengkritik, rama pengutuk. Terlalu negatif, YA ! sangat negatif. Tapi kita selalu memandang negatif. Kenapa tidak diambil yang positifnya? Tak de positif? bohong !

Sedarkah kalian wahai penyokong, penonton mahupun pengunjung bolasepak serata Malaya. Perangai penyokong Kelantan dipandang buruk oleh banyak pihak. Tp penyokong2 Kelantan ini lah wajah bolasepak Malaysia. Gelombang baru tercetus, fanatik terhadap pasukan sangat tinggi. Bermain di Kota Bharu sentiasa panuh, di kandang lawan juga tetap bersama. Pihak pengurusan Kl Plus dan Tentera bolehlah berterima kasih kepada KAFA sebab kutipan tiket mereka melambung tinggi jika ada perlawanan menentang kelantan di lembah klang.

Semangat penyokong kelantan ini turut memberi kesan positif kepada lawan. Apa? penyokong2 pasukan seperti selangor, kedah, perlis akan turun beramai2 memenuhi stadium mereka andai pasukan mereka menerima kunjungan barisan the red warriors. Secara tidak langsung, kehadiran penyokong seperti ini dapat membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan negeri masing masing.

Gelombang baru Liga Malaysia skrg ini nyata adalah usaha penat lelah 'mastermind' utama the red warriors iaitu Tan Sri Annuar Musa. Cetusan idea kepimpinan yang berjiwa bola di pihak KAFA sebenarnya sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain di Malaysia. Dengan pengurusan ala EPL, sistem bonus kalah menang setiap perlawanan adalh sesuatu yg wajar dipraktikkan oleh pengurusan pasukan2 lain. Sesuatu yang menarik tentang Tan Sri ialah bagaimana beliau mempromosikan pasukan untuk menghadapi musim baru liga dalam usaha menarik peminat dan sokongan ramai. Majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi pasukan, pengumuman penaja, dan sebagai nya adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh pasukan lain. (ada jugak tp sekadar nak x nak je)...

Akhir kata. Selamat Maju Jaya untuk Tan Sri dan KAFA untuk musim 2010. Buat THE REDS sekalian, jangan lupa, Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi 2010 pada 21.11.09 di KB Mall.

TERIMA KASIH TAN SRI


6 comments:

~nazma said...

bangga bercampur sedih bila baca entry ni..

bangga sebab kelantan bangkit dari percuma itu, menjulang tinggi hingga ke pentas final..

dan sedih itu bila dari yang percuma, rupanya lebih mahal yang perlu dibayar..

tapi apa-apa pun, saya berbangga sebagai rakyat kelate!

rumusan yang bagus untuk musim ni, sangkunang!

kudabesi said...

biasa la kontroversi tu weh..

tak de kontroversi tak best la.

kpd supporter..truskan support

kpd hooligan, pg belajar dulu

haha..

bola itu emosi,emosi itu seperti gula. coke tak bergula, mahal tapi tak menyengat. amik terlebih gula..sendiri mau ingat la.

GombakRock said...

salam...
saya setuju dengan penulisan saudara...kawan2 saya sume pelik kenapa saya seorang merah kuning ultra selalu berpihak kepada kelantan dlm pelbagai isu dan kontroversi musim ini...tambah2 lagi apabila diketahui saya mengharapkan kemenangan buat kelantan pada final piala malaysia minggu lepas...
ketepikan sentimen kenegerian yang remeh-temeh dan memandulkan pemikiran...hakikatnya kebangkitan kelantan pada musim ini byk memberikan impak positif kepada bolasepak malaysia..."kegilaan" penyokong sang kijang juga telah menyuntik nafas baru kepada bolasepak tempatan...walaupun kegilaan ini juga yg kadang-kala menconteng arang kepada sang kijang sendiri, tetapi mereka itu hanya segelintir...
saya simpulkan disini bahawa mereka yg mengkritik penyokong dan pasukan kijang secara melampau2 ini adalah mereka yang mempunyai sentimen kenegerian yg terlampau menebal dan memandulkan akal...mereka ini juga tidak memandang dari sudut bolasepak secara keseluruhannya...

p.s:jumpa rabu ni masa malaysia vs uzbekistan...AUM!!AUM!!AUM!!!

Pokjak a.k.a. Aizat said...

Kito oghe kelate,
bao oghe brani,
kito masuk pade,
kito gomo sengoti 2x,

Lgu tema redwarriors haha

Walau aper2 pn, ak sokong team kelate, semoga buleh bwa balik piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang nti, insyaalah.

Sangkunang, tahniah sbab slalu cover sal arena bola sepak MAS,
meme mum terbaik dari ladang lah haha

asbzain said...

Watak juara pada pasukan Kelantan sudah ada ...tinggal lagi nasib belum ada...Betul urus ..tak mustahil..Kelantan akan dinobatkan juara masa depan dan mengungguli persada bolasepak Malaysia...

Kedah mara ke final Piala Malaysia 1987,1988,1989..Kalah tiga tahun berturut turut kpd Kuala Lumpur ..Final 1990 baru bergelar juara...

Negeri Sembilan mara ke final 2000 dan 2006 dua dua KALAH....Tahun ini tahun mereka..Bagi chance laa...Tahun depan tak tahu lagi..Mempertahankan kejuaraan adalah tugas paling sukar..

Pengurusan baik dan pemain berkualiti.akan memantapkan pasukan...Tak ada gunanya Kelantan sekadar berkunjung ke Old Trafford..sekadar makan angin..keluar asap...belajarlah bagaimana kelab tersohor itu maintain pencapaian cemerlangnya...Jadikan satu inspirasi kejayaan pasukan itu dalam kancah liga yang penuh cabaran dan kejayaan...

Lihat kekuatan mental pemain Manchester United dalam final juara Eropah 1999...ketinggalan 1 gol pada minit 90,kepada pasukan Bayern Munich. Mereka boleh menjaringkan gol selang 2 minit dalam masa kecederaan dan bergelar juara...

Dengan sokongan padu penyokong..Kelantan adalah Juara Masa depan.... InsyaAllah...

SangKunang said...

nazma: itulah, yg percuma tu x semestinya free of charge..
yes, im proud tOo..

kudabesi: kpd hooligan tu, kita kene buat silibus pendidikan penyokong.hehe

GombakRock: tq ultras merah kuning. kita akan berentap lagi 2010 ni. selngor khabarnya dah dapat bunyamin dan khyril dlm proses.. anyway, jumpe kat stadium masa malaysia lawan uzbek nanti.. nak berkenalan ngan bro gombakrock.

pokjak: timo kasih weh.. hehe, liputan utk mu hok duk obeC nu..

asbzain: (Watak juara pada pasukan Kelantan sudah ada ...tinggal lagi nasib belum ada), i like ayat nih..

btw, tima kasih sume yg melawat dan komen....salam sejahtera..