Saturday 16 October 2010

Jalan Keluar Untuk 'King of Malaya'.


Alhamdulillah..
hanya itu yg mampu terucap tatkala melihat pasukan kesayangan berjaya menundukkan ego Selangor dan berjaya menunjukkan pintu keluar untuk 'King of Malaya', Lagenda 32 kali Piala Malaysia.

Tiupan penamat dari pengadil di gelanggan keramat, Stadium Sultan Mohamad ke-IV, mengesahkan kemenangan 3-0 Kelantan dan membuka laluan ke separuh akhir, menanti pemenang perlawanan Kedah-Terengganu.

Berakhir perlawanan, keriangan usah dikata. Sebak di dada, hampir berair di mata..

Terharu kerana kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan maruah rakyat kelantan yg tercalar teruk ekoran diskriminasi media2 dan pihak2 yang galak melabelkan segala bentuk keburukan terhadap The Red Warriors.

Sebak juga, kerana ini adalah hadiah paling bermakna buat mereka yg telah GUGUR & tak sempat melihat kejayaan ini.

Dalam kita bergembira meraikan ini, jangan lupa perjalanan masih panjang. masih ada 180+ minit sebelum menjejak Bukit Jalil sekali lagi.. dan

Jangan juga sesekali kita melupakan rakan kita yg telah gugur semasa berjuang;
  1. Wira Merah yg terkorban dlm kemalangan motosikal semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan KL Plus - Kelate di stadium MBPJ minggu lepas.
  2. Wira Merah yg terkorban sesak nafas dalam perlawanan Suku Akhir 1 di Shah Alam.
  3. Wira Merah yg khabarnya gugur dibelasah samseng2 bolasepak selepas aksi di Shah Alam.

AL- FATIHAH untuk mereka yang telah pergi.................


7 comments:

Anonymous said...

nasib aje tu selangor bagi..
kalo kalah karang, mengamok pulak. bakar lori, bakar bas, bakar stadium..

hehe, jumpo nanti kek final. x soba den belasah cam taun lopeh...

MATMIN said...

ambo banggo jadi rakyat kelate..

aFiQ said...

Tahniah pert!

KijeMah said...

SAYONARA SELANGORRRRRRRRRRRRRRR

MU GI KELIK SHAH ALAM NU.
MAIN LAA PIALO DEMO TU..

TU PUN HAU BULIH MENE KO DOP LAWE SINGAPURO. SILAP2 KENO BEHEY. HAHA..

GITU LAA KOYA SANGAT..

WIRA MERAH TANAH MERAH said...

al-fatihah buat wira-wira kito yg telah gugur...

andai kito bulih menjulang Piala Malaysia tahun nih, meme ia akan menjadi hadiah paling bermakno buat penyokong kito yg telah banyok berkorban dan terkorban...

thanks penyokong, thanks pemain, thanks annuar musa, thanks satia...

Paritbuntarmali said...

Tahniah dan semoga berjaya di pusingan separuh akhir kelak.

Peminat bolasepak Malaysia...

SangKunang said...

thanks pengomen-pengomen...

MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA