Sunday 31 October 2010

JOGHO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Justify Full
Satu Malaya tau doh.. Kelate meney...tokleh nok kato gapo doh. malah nok ngulah, mugo sghemo oghe kelih blako.duk stadium duk depe tibi. sghemo kelih dan sghemo mengakui yg KELATE JUARA !

ALHAMDULILLAH.
Penantian panjang ditamatkan sudah. Dendam lama dilangsai sudah.

Akhirnya air mata kegembiraan mengalir di Stadium Bukit Jalil....
CINTAKU TERTINGGAL DI STADIUM

4 comments:

shaa bonitaa said...

tahniah!hee..negeri kito mene =)

saperakue said...

cintaku tertinggal didalam gawang gol~~

smart goal piya...^_^

SangKunang said...

sha: tahniah blako...

saperakue: tingga dale gawang gol. skali nge sani anuar kamsani ko? haha

Paritbuntarmali said...

Tahniah kepada pasukan Kelantan. Akhirnya terpahat juga nama negeri Kelantan di Piala Malaysia.

Berakhir sudah musim Liga Bolasepak Malaysia 2010. Diharap persembahan mutu bolasepak yang lebih baik dapat dijelmakan untuk Liga Bolasepak Malaysia 2011 nanti.

Tahniah dan syabas kepada yang berjaya dan ingatlah mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada cuba untuk memenanginya.

Harapan saya juga adalah semoga Kelantan tidak mengulangi nasib yang pernah menimpa pasukan-pasukan lain yang apabila memenangi Piala Malaysia, 2-3 musim selepas itu terus merosot dan jatuh ke Liga Perdana pulak.
Pasukan mana tu, sendiri boleh periksa sejarah bolasepak Liga Malaysia sejak zaman Semi Pro. Yang pasti hanya Negeri Perak sahaja yang berjaya mengekalkan status sebagai pasukan Liga Atasan sehingga kini walaupun bermula sebagai pasukan Liga Bahagian 2 pada Semi Pro tahun 1988.

Bukan hendak memperlekehkan pasukan mana-mana tetapi dalam sejarah bolasepak Liga Malaysia itulah yang keadaan yang sering berlaku. Hari ini juara, tahun mendatangnya terus merudum sehingga terpaksa turun ke Liga Perdana.

Disebalik kejayaan, Kelantan harus mengambil iktibar daripada kegagalan pasukan bekas juara pada musim-musim yang lalu untuk terus mengekalkan prestasi pasukan. Bukan perlu untuk bergelar juara setiap tahun (kalau mampu pun bagus juga) tetapi janganlah sehingga disingkirkan ke Liga bawahan.

Peminat Bolasepak Malaysia...