Thursday 28 October 2010

KONSPIRASI TIKET

foto: Shalaby Ibrahim

Kerancakan dan keghairahan menjelang final Piala Malaysia tahun ini tampak suram. Persiapan pasukan dan perang psikologi antara satu sama lain kurang meriah berbanding edisi lepas. Apa yang meriah kali ini ialah isu tiket, baik di pihak Kelantan mahupun Negeri Sembilan. Kedua-dua mengalami masalah sama berkaitan tiket.

FAM selaku penganjur perlawanan akhir telahpun mencetak 80 000 tiket. 30 000 diberikan kepada KAFA untuk dijual di Kota Bharu manakala 30 000 lagi dimiliki oleh PBNS untuk diedarkan di Seremban. Manakala baki 20 000 akan dijual di stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan. Sekadar informasi, Stadium Nasional Bukit Jalil adalah berkapasiti 120 000 namun hanya 80 000 kapasiti dibenarkan untuk perlawanan ini atas faktor keselamatan.

Masalah yang berlaku. Di Kota Bharu khabarnya, hanya separuh daripada tiket yg diperuntukkan itu dijual kepada peminat. Separuh lagi menghilang. Sama juga keadaannya di Seremban. 30 000 habis walaupun pembelinya tidak sampai pun daripada jumlah itu. Timbul persoalan disini kemana menghilang tiket???

Aku rasa wujud konspirasi bisnes disini. Pihak persatuan menjual tiket secara borong kepada ulat dengan harga tinggi. dan ulat-ulat tiket akan menjual tiket final dengan harga mencecah RM60. Keghairahan peminat kedua-dua pasukan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yg tak betanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah.

Senario ini pernah berlaku tahun lepas dimana sehari sebelum perlawanan berlangsung harga tiket khabarnya mencecah Rm80 di pasaran gelap. Tapi itu kes terpencil tidak seperti tahun ini yang nyata bersuluh bahawa tiket-tiket sudahpun lesap !

Di Kuala Lumpur, tiket2 di stadium Bukit Jalil akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi. Aku sangat bimbang dengan keputusan ini. Bimbang pada hari sabtu nanti, peminat-peminat yang masih tak bertiket akan berhimpun di perkarangan stadium seawal subuh. Jumlah peminat tak bertiket mencecah puluhan ribu, tapi peruntukan tiket yang ada hanyalah 4-5 ribu sahaja. Apa yang akan jadi nanti? Apa yang akan dilakukan oleh insan-insan kecewa ini? Bagaimana mereka hendak meluahkan kemarahan mereka??? doakan tiada apa2 yg akan berlaku.

dan jika tak mahu apa-apa berlaku, tiket untuk Kuala Lumpur seharusnya dijual 2 hari lebih awal. Bukannya PADA HARI PERLAWANAN !

3 comments:

Anonymous said...

dapat ulat tiket lanyak sampai mati..di Seremban pun set2 dia jugak yang g borong...aku gadai nyawa g Seremban tapi balik kosong..tu tak kira kuota politik lagi..YB,Adun,macam2 lagi la..tak caye,tgk UMNO Tanah Merah..menatam Akmal Hisham gila glamer..600 tiket free, pastu siap boleh beli2 tiket tambahan dengan harga biasa..dah x hbs apa

SangKunang said...

TIKET MASIH ADA TAPI DISOROK...

orang dalam pun terlibat nih.
kalo takde orang dalam, macam mana ulat tu boleh beroperasi...

Paritbuntarmali said...

Amat malang bagi bolasepak Malaysia apabila timbul cerita Konspirasi Tiket. Keadaan begini seharusnya tidak berlaku sekiranya semua pihak seperti FA negeri telus dalam penjualan tiket. Siapa cepat dia dapat. Peminat boleh menerima hakikat bahawa tiket perlawanan akhir habis dijual. Tetapi bila ulat-ulat tiket kelihatan terlalu banyak mula timbul rasa sangsi dan kemarahan yang amat sangat.

Ulat tiket ini biasa berlaku walau pada zaman pasukan Negeri Perak kerap ke perlawanan akhir pada hujung 90an. Tetapi ianya tidaklah sehingga mencetus rasa marah para peminat kedua-dua pasukan seperti hari ini. Penjualan tiket hanya di stadium dan para peminat kelihatan amat berpuas hati walaupun masih ada yang ketiadaan tiket.

Tindakan KAFA yang menjual tiket secara berpakej juga amat pelik. Niat KAFA adalah baik untuk menampung perbelanjaan pasukan Kelantan itu sendiri. Tetapi adalah lebih baik jika tiket perlawanan akhir tidak dijadikan umpan untuk menjual secara tidak langsung barangan cenderahati KAFA. Ambil contoh Perak FA yang memberi T-Shirt percuma kepada para peminat yang berjaya mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia. Mungkin T-shirt itu tak seberapa harganya tetapi ianya amat dihargai oleh peminat.

Kalau dah tiada tiket, sama-samalah kita menonton siaran langsung di kaca televisyen sambil minum kopi dan santai di rumah atau kedai-kedai makan.

Peminat bolasepak Malysia...