Monday 4 October 2010

Awang Import Mungkin Kembali


Melalui sumber FAM, pemain import dijangka akan kembali memeriahkan saingan Liga Malaysia. Namun, bila masanya belum pasti. Besar kemungkinan untuk musim 2012. Tapi tak mustahil kelibat awang import kembali seawal musim 2011 bergantung kepada keputusan Majlis Eksekutif FAM.

Sebelum ini sudahpun diwarwarkan oleh media bahawa khidmat pemain import ditangguhkan ke tahun 2012. Alasannya, menurut FAM, pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia masih belum bersedia dari segi kewangan yg stabil untuk memiliki pemain import.

Pendapat aku, ia tak sepatutnya jadi alasan, sebab khidmat pemain import bukannya diwajibkan keatas semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kata oram putih, ukur baju di badan sendiri. Rasa tak mampu tak payah lah. Kalo nak jugak, usaha cari pendapatan lebih. Guna otak sikit nak jana kewangan. Bukan semata-mata mengharapkan wang poket dari FAM melalui geran tahunan yang seciput itu..

4 comments:

ong ong kedek kedek said...

Yang menradbir bola dalam setiap persatuan ni sepatutnye jenis profesional jee...

Bukan part time, kejap politik,
kejap bola, semua nak pegang...

tu yg caca marba pengurusan, sibuk nak tunjuk lagak amik awang import, last2 gaji x bayar, malu dapat, rugi pon dapat...

Ukur baju di badan sendiri, point yg bernas he3

SangKunang said...

tu laa hasrul..

payah kalo pentadbiran bola ni secara part time.. majoriti pemimpin bola tu oghe politik. oghe petim kerajaan negeri.
kecuali kelate, dan pentadbiran kelab2 yg mana big boss die bertindak sepenuh masa mengurus tadbir perjalanan pasukan bolasepak itu sendiri..

tu nama nya profesional.. sepenuh masa tumpu kat bola.. macam pemain jugak. kalo separuh main, separuh keje kerajaan, tu namanya amatur @ semi pro..

jika diteliti aspek pentadbiran, liga kita belom sampai tahap profesional laa.. huhu

Paritbuntarmali said...

Secara keseluruhan bolasepak Malaysia dipanggil professional tetapi dari segi perlaksanaan ianya tidak professional langsung.

Kadang-kadang kita boleh lihat tindakan FAM lebih menjurus ke arah untuk menghancurkan masa depan kelab-kelab yang wujud atas usaha sendiri.Pendapat dan cadangan dari FA negeri lebih diberi keutamaan.Cara dan tindakan FAM ini bukan membantu perkembangan bolasepak tetapi akan membantutkan minat sesetengah individu atau syarikat yang berminat untuk menyertai Liga Malaysia.

Pasukan FA negeri umpama pasukan Kerajaan Negeri kecuali Kelantan. Tiada usaha untuk membawa masuk sendiri sumber kewangan dan tajaan selain geran tahunan dari FAM yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan bolasepak negeri masing-masing. Tetapi akhirnya wang geran ini biasanya akan digunakan untuk membayar segala tunggakkan gaji, KWSP dan lain-lain bayaran tunggakkan lagi. Bukankah ini adalah penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah?

Yang hairannya FAM seperti menghalalkan tindakan FA negeri tanpa diambil apa-apa tindakan.

Awang Import amat perlu sebenarnya untuk pembangunan bolasepak. Keperluan pemain import dalam persaingan antarabangsa Piala AFC juga perlu diberi perhatian. Takkan sampai bila-bila pun nak jadi jaguh tempatan sahaja.

Tetapi cara penggunaannya perlu dihadkan kepada pasukan yang benar-benar mampu sahaja. Kepada pasukan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh gunakanlah khidmat pemain tempatan sahaja.

Pasukan yang hendak mengambil pemain import perlu meletakkan deposit kepada FAM. Tiada deposit tiada pemain import dibenarkan. Tak mampu buat cara tak mampu.

Peminat bolasepak Malaysia.....

Anonymous said...

tiada pemain import, malaysia berjaya menjulang pingat emas sukan sea...

macam mana bro sangkunang???