Monday 27 April 2009

WHAT A NIGHT !!!



tuan punya gambar

fantastik!
itu yang mampu terluah dari bibir pabila kaki melangkah masuk ke stadium nasional bukit jalil malam sabtu lepas. buat pertama kali dalam sejarah empat lima tahun final bolasepak malaysia, perlawanan akhir piala FA 2009 adalah perlawanan yang paling menarik.
menarik kerana stadium boleh dikatakan 'full house' dan sudah lama kita tisak merasai suasana sokongan yg hebat sebegini. suasana dan panorama di stadium sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. namun gambar diatas boleh menceritakan segala-galanya bahawa bolasepak malaysia masih belum mati. semangat juang yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong baik kelantan mahupun selangor membuktikan semangat cintakan pasukan masih menebal walaupun liga malaysia tahun ini tanpa kelibat awang import.
tahniah buat penyokong terutamanya penyokong kelantan yang datang jauhnya dari kelantan.
pemandangan di stadium sebenarnya lagi menarik jika pihak keselamatan tidak mengenakan sekatan di bahagian tengah stadium yang menampakkan sedikit kerongakan. namun, untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini antara kedua-dua belah pihak langkah mengenakan sekatan itu wajar demi memisah dan menjauhkan jarak untuk sebarang provokasi.
alhamdulillah, perlawanan berlangsung dan berakhir dengan tenang.pujian untuk penyokong kelantan yang menunjukkan semnagat profesionalisme sukan yang tinggi walaupun pasukan kelantan tewas dalam perlawanan akhir ini. dan pujian juga untuk penyokong selangor kerana tiadanya provokasi-provokasi melampau yang boleh membakar emosi penyokong kelantan.
red giant menang, red warriors kecundang. namun hakikatnya kedua-dua pasukan adalah pemenang setelah mengenepikan saingan pasukan2 lain untuk menjengah tempat ke slot akhir. terbukti, pengalaman 7 kali bermain di final piala fa menobatkan selangor sebagai juara 2009 berbanding kelantan yang sudah 39 tahun tidak merasa debaran pentas final.
buat skuad kelantan, tidak ada apa yang harus dikesalkan. ada baiknya kelantan tewas. sekurang-kurangnya pemain2 tidak mudah leka, tidak mudah berasa gah dengan prestasi pasukan. esok masih menanti. jadikan pentas final yang sudah sebagai azimat berguna untuk mengharung cabaran liga super dan piala malaysia yang masih panjang perjalanannya. biar kita bermula dengan pendakian konsisten untuk mencapai puncak. perjalanan menuju gemilang baru bermula sebenarnya. biarpun mengambil masa tidaklah mengapa. teringat sangkunang akan sejarah pasukan mppj fc satu ketika dulu. ada seorang penganalis sukan mengulas mengenai mppj fc, "adat dunia ini, sape yang naik cepat, maka cepatlah dia turun".

buat selangor, tahniah!
buat kelantan, tahniah !
selamat berjuang di liga super.
jumpa nanti di piala malaysia.

-SAYANGI BOLASEPAK MALAYSIA-

Friday 24 April 2009

Sedetik Menanti Sejarah

tidak sampai 24 jam dari sekarang, sejarah bakal tercipta buat bolasepak kelantan.
sejarah kali pertama beraksi di pentas final piala fa sejak piala ini diperkenalkan pada tahun 1990.
sejarah juga buat skuad red warriors kerana sudah 39 tahun skuad kijang tidak merasa nikmat pentas final sebarang piala utama.
dan sejarah gemilang bakal tercipta andai kata kelantan mampu menewaskan selangor esok untuk membawa pulang piala ini ke negeri cik siti wan kembang. sesuatu yang tampak sukar jika diambil kira prestasi semasa pemain2 selangor, namun dalam bolasepak segalanya boleh berlaku ditambah lagi dengan aksi final yang menuntut kedua2 pasukan bermain secara berhati-hati untuk meminimakan kesilapan.
menjelang saat2 akhir sebelum sepak mula final, bahang aksi semakin terasa. sesuatu yang dinanti pastilah kehadiran penyokong setia kedua-dua pasukan yang dijangka mampu mengembalikan semula kemeriahan bolasepak malaysia seperti dulu kala.
rakyat kelantan tika ini, tidak mengira pangkat kedudukan serta lokasi, sibuk bercakap mengenai bolasepak. dikedai kopi, pejabat, pasar malam dan dimana-mana saja semuanya ghairah untuk menanti kepulangan wira merah bersama trofi.
tempoh 39 tahun adalah satu tempoh masa yang terlalu panjang dimana ia menyaksikan berbagai-bagai episod suka duka, dan peristiwa untuk memahat sejarah bolasepak kelantan. pernah bergelar jaguh, juga dijolok pasukan samseng, episod duka jatuh merudum, melalui zaman gelap di liga fam, masalah kewangan yang kronik, sehingga membuatkan peminat setia menderita rindu terlalu lama.
kini, kita 'tok seghupo mulo'.. kita bangkit membina kekuatan. kehadiran tan seri annuar musa membawa sinar. sinar baru untuk bolasepak kelantan, sinar baru simbol perpaduan rakyat kelantan ditengah-tengah perbezaan fahaman politik. kini kita di landasan yang betul untuk menggenggam sesuatu. kita di masa yang tepat untuk menterjemah kehebatan.

ayuh kelantan...
inilah masanya, inilah saatnya, pulanglah bersama kejayaan.
kami sebagai penyokong sentiasa sedia mendukungmu !

TAHUN 2009 TAHUN BERMAKNA,
TAHUN KELATE MASUK FINAL,
JUMPA SELANGOR KAMI DAH JANGKA,
TAPI KAMI PASTI JADI JUARA.......!!!!!!!

Thursday 23 April 2009

Tuesday 21 April 2009

Rajagobal Jurulatih Baru Malaysia

FAM bikin kezutan lagi...
K. Rajagobal secara sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan malaysia menggantikan B. satianathan yg dipecat januari lalu ekoran kekalahan memalukan 0-5 kepada UAE.
pada pengumuman petang tadi, perlantikan rajagobal nyata tidak menepati ramalan ramai. sebelum ini, hanya 2 nama yang berkisar dalam pertimbangan FAM iaitu K. Devan dan Azrai Khor dan Azrai lebih menonjol selaku pilihan untuk kerusi panas itu. namun difahamkan, azrai enggan dilepaskan oleh KFA yang masih memerlukan khidmatnya dan di pihak Azrai sendiri, beliau mahukan kebebasan 100% jurulatih dalam memilih pemain sekiranya dilantik sebagai jurulatih kebangsaan.
persoalan?
apakah kehendak azrai enggan dipenuhi FAM yang masih takut untuk memberi kebebasan penuh kepada jurulatih dan masih percaya kepada ketelusan panel pemilihan pemain kebangsaan?
dan, benarkah kegagalan mendapatkan khidmat azrai membuatkan FAM terpaksa beralih arah kepada Rajagobal yang dibuat secara last minip? last minip decision...hmm, macam la x pernah berlaku dalam FAM sebelum ni.
umum mengetahui bahawa rajagobal baru sahaja beberapa hari dinaikkan pangkat daripada tugas lamanya iaitu jurulatih bawah 20 kepada jurulatih bawah 23. dan selepas beberapa hari memegang tanggungjawab untuk membimbing skuad bawah 23, rajagobal kini terpaksa menggalas tugas yang lebih berat membentuk skuad kebangsaan.
pelik sungguh keputusan yang FAM buat ni. bukan berniat untuk memperkecilkan kewibawaan rajagobal, tapi hati ini memang berniat untuk memperkecilkan keputusan yang dibuat secara mengejut ni.
selepas pemecatan satianathan, FAM berkata mereka akan lebih berhati2 dalam memilih jurlatih kebangsaan dan memperhalusi setiap calon dan mereka yang benar2 layak dan berpengalaman sahaja wajar dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan.
sekarang apakah...? biarlaaa.

*kesian rajagobal, mungkin akan jadi mangsa seterusnya kegagalan struktur bolasepak malaysia. tp sebagai peminat bolasepak tempatan, sangkunang berharap, skuad malaysia akan lebih maju dibawah bimbingan beliau.

Saturday 18 April 2009

Kelantan ke FINAL Piala FA

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Sejarah akhirnya tercipta. pasukan kelantan mencipta sejarah untuk mara ke final piala fa buat pertama kali setelah mengetepikan cabaran negeri sembilan.
tumpas 0-1 di kota bharu yg disusuli dengan aksi ganas penyokong, kelantan akhirnya mampu menyerap tekanan di paroi untuk menumpaskan negeri sembilan 2-1.
menanti di perlawan akhir 25 april di bukit jalil nanti adalah musuh tradisi, selangor yang dijangka akan menjanjikan aksi final yang menarik buat kedua2 pasukan yang mempunyai ramai penyokong fanatik ini....

apa jadi di perlawanan akhir nanti, sama2 kita tunggu. yang penting kelantan sudahpun melengkapkan sasaran awal mara ke final.

ALHAMDULILLAH.

Thursday 16 April 2009

Menanti Pengemudi....

menanti dan terus menanti...
hingga kini 16 april, sudah lebih 3 bulan skuad kebangsaan malaysia tidak mempunyai jurulatih sejak pemecatan B. Satianathan selepas kekalahan malaysia kepada UAE januari lalu. walaupun liga malaysia agak meriah sejak akhir2 ini dengan pelbagai aksi, pelbagai isu dan pelbagai kontroversi, ramai yang sudah melupakan skuad kebangsaan malah di pihak FAM sendiri seolah-olah membiarkan saja skuad kebangsaan belayar tanpa arah dan hala tuju.
sejak berakhirnya khidmat sathia yang berjaya menaikkan ranking malaysia tahun lalu ditamatkan, bermacam nama dicanangkan untuk mengisi kerusi panas itu. peter white, allan harris mungkin kembali, dan ramai lagi tetapi kata putus telah ditetapkan oleh tuanku presiden, bahawa calon jurulatih kebangsaan adalah anak tempatan ! bermakna tiada ruang untuk kepakaran asing seperti harris dan white.
lalu timbullah nama2 seperti azrai khor, k.devan, dollah salleh, zainal abidin, rajagopal..
tp hingga hari ini, hanya satu nama saja yang mendapat tawaran iaitu azrai khor.
walaubagaimanapun, itu masih belum keputusan. khabarnya, KFA berat hati untuk melepaskan azrai yang banyak membawa kejayaan untuk kedah sehingga muncul juara double treble.
kesiannye pasukan kita.....
satu negara termasuk FAM sendiri mahukan yang terbaik, mahukan pencapaian daripada skuad kebangsaan. tapi mereka sendiri tidak menjalankan tanggungajawab iaitu menyediakan pasukan yang terbaik. tak kan laa minggu depan ada tournament, baru nak lantik jurulatih..
kepada FAM, cepatlah bertindak.

Sunday 12 April 2009

Surat Untuk Muhyiddin Yassin

Terlebih dahulu, saya ucapkan segunung tahniah buat tan seri muhyiddin kerana dilantik sebagai timbalan perdana menteri di bawah kabinet baru kerajaan persekutuan malaysia yang indah ini.
sebukit tahniah juga buat tan seri kerana disamping jawatan no2 kerajaan sudah dipikul, tan seri telah diberi tanggungjawab besar untuk memimpin satu lagi kementerian iaitu kementerian pelajaran.
umum mengetahui bahawa, kementerian pelajaran merupakan antara kementerian paling penting dalam pentadbiran kerajaan dengan jumlah warga kerja dan pelanggan2 kementerian iaitu pelajar yang begitu besar jumlahnya, maka sudah tentulah kementerian sebesar ini perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu tegas, adil dan memahami hasrat akar umbi.
dalam memimpin sebuah kementerian yang bertanggungjawab melahirkan generasi dan modal insan yang berkualiti untuk malaysia pada masa hadapan, adalah menjadi tanggungjawab tan seri ketika ini untuk turun ke bawah melihat permasalahan untuk wujud dalam kementerian 5 tahun kebelakangan ini yang ada sebahagiannya melibatkan isu nasional dan juga boleh mencetus isu politik. sebagai contoh, polemik PPSMI yang tika ini tidak ketemu hujung jawapannya. adalah menjadi harapan saya sebagai warga kementerian untuk melihat tan seri mengambil inisiatif dan mengkaji semula perjalanan dan keberkesanan sistem ini sesuai dengan kehendak perdana menteri yang mengimpikan satu malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.duduk semeja dengan pakar-pakar pendidikan untuk merumuskan satu resolusi baru dalam mencapai penyelesaian isu ini.
seterusnya, dalam kesibukan tan seri menjalankan tugas2 timbalan perdana menteri dan juga memimpin kementerian ini yang menuntut banyak perkara untuk difikirkan, saya berharap tan seri tidak melupakan kebajikan guru sebagai agen sosialisi dalam kementerian tan seri. apa yang saya maksudkan disi adalah peranan tan seri dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda guru-guru pada hari ini. jika kita perhatikan, dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar ini, persekitaran guru dewasa ini sering diganggu gugat dan guru juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dengan masyarakat. adalah menjadi harapan saya, guru tidak dipinggirkan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pihak lain seperti ibubapa. sebagai contoh, sebelum ini, ada kes yang melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa, menteri tanpa usul periksa sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan "Guru sekarang semakin bermaharajalela pukul pelajar". tidakkah terkilan hati dan perasaan guru yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak didiknya? maka, besarlah harapan warga guru untuk dipikul pada bahu tan seri untuk hari ini dan masa akan datang untuk terus disayangi dan dihormati oleh golongan ini.
tan seri,
Ketika ini sistem pendidikan kita ketika ini berada di persimpangan dan sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh mewujudkan momentum yang baru, tidak mustahil lima ke sepuluh tahun akan datang negara kita akan jauh ketinggalan ke belakang negara-negara yang sedang mengejar kita.Tindakan dan keputusan yang hendak kita ambil hari ini bukan sahaja amat kritikal untuk kemakmuran jangka panjang negara malah lebih penting daripada itu, iaitu untuk survival generasi muda masa hadapan.
namun, dibawah tanggungjawab tan seri dan dibantu oleh dua orang timbalan, saya yakin yang tan seri akan melakukan banyak lonjakan. legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pendidikan alaf baru, Allahyarham datuk razali ismail pada kita semua tidak harus dibiarkan berlalu. apa yang telah dirangka, tetapi tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham harapnya dapat disambung oleh tan seri.
semoga arena pendidikan negara terus berkembang mekar dibawah pimpinan tan seri...

yang benar,
Cikgu Sangkunang

Friday 10 April 2009

Terima Kasih Wahai Perusuh !

sangkunang sebagai salah seorang ahli kelate.net serta penyokong bolasepak kelantan, ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada makhluk-makhluk yang melakukan kekacauan di kota bharu tempoh hari. kalian sememangnya telah membantu kita mencapai sesuatu yang jarang dicapai oleh pasukan lain.
aksi kalian pada malam keramat itu menghasilkan kejayaan yang besar buat kita dan inilah implikasi tindakan kalian.

1. no more futbol in kota bharu. stadium kita dah tak selamat dan digantung sampai ujung musim !

2. seorang remaja penjual makanan di luar stadium diisytiharkan buta sebelah mata akibat serpihan kelongsong gas pemedih mata fru yg dilancarkan utk menyuraikan perusuh.. apa perasaan jika remaja itu sebahagian dari keluarga kalian yang merusuh? pikir laaaa...

3. kelantan fa yang baru saja keluar dari zon kemiskinan kini mungkin akan kembali miskin. KAFA didenda RM 100, 000 akibat huru hara yang tercetus. kesian tan sri annuar musa. penat carik duit nak kembalikan martabat bolasepak kelantan. duit habis wat bayar denda je.

4. rentetan denda, kelantan mungkin akan menarik diri dari persaingan liga malaysia jika tidak mampu membayar!

so, buat perusuh dan penghuruhara sekalian, sekali lagi diucapkan terima kasih. 'jasa dan sumbangan' kalian kepada bolasepak kelantan tidak mungkin kami lupakan.

Thursday 9 April 2009

Kabinet Baru Kerajaan Malaysia


Perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Ultras ke gini?


huh...ultars? hooligan? atau samseng?
yang nyata, kejadian rusuhan di kota bharu tempoh hari memalit sejarah hitam buat bolasepak kelantan khasnya dan malaysia amnya.
sejarahnya kerana kejadian rusuhan penyokong kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah bolasepak kelantan.
pro, kejadian ini memberi mesej bahwa liga kita sebenarnya masih meriah. sape yang kate bolasepak kita makin suram dan muram?
tapi disebalik kemeriahan yang tercetus ini, persoalan timbul, adakah ini budaya kita?
budaya pecah-memecah, bakar-membakar kenderaan polis, merosakkan kenderaan awam.
inikah ultras kita?
setakat baling membaling botol, berlawan mulut antara penyokong kita boleh terima. tapi bila dah merosakkan kenderaan awam, ini sudah melampau.
sikap emosional segelintir penyokong yang melakukan kekecohan ini mencemarkan imej kelantan sebagai penyokong paling fanatik di malaysia. kesudahan yang terpaksa ditanggung sudahpun diterima! FAM memutuskan perlawanan menentang selangor sabtu ini terpaksa dipindahkan ke stadium berkecuali iaitu stadium nasional bukit jalil atas alasan stadium sultan mohamad ke4 TIDAK SELAMAT !
dari kaca mata ultras (spt luar negara), kejadian malam semalam berjaya mewujudkan atmosfera baru bolasepak malaysia. tetapi dari kaca mata kita sebagai orang timur, budaya mem'bbq' kenderaan polis adalah sesuatu yang tidak boleh diterima!

SETINGGI MANA PIALA DIJULANG, TINGGI LAGI MARTABAT DIJUNJUNG !

Sunday 5 April 2009

Wallpaper: Pahlawan Merah

salam warriors buat rakan2 KDNers.
terbaru dari sangkunang.
lupakan sekejap politik. kita layan bola......

Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Friday 3 April 2009

Mimbar Jumaat


lokasi : masjid TNB Bangsar

khutbah jumaat hari ini membicarakan tentang proses peralihan kuasa di malaysia. khatib mengajak sidang jumaat bersama-sama merenungi konsep pemerintahan di dunia ini bukanlah satu kekuasaan sebaliknya merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat daripada Allah SWT. khatib turut memetik kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:

"Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku".

rakan2 bloggers sekalian termasuk diri saya,
beramanah lah kita semua dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, tidak kira pemimpin peringkat tinggi mahupun sekecil-kecil pemimpin dalam sesuatu persatuan hatta dalam keluarga sekalipun....

Akhirnya Sempurna....


Hari ini, 3 April 2009 telah menyempurnakan segala-galanya.
Meneruskan tradisi seperti sebelumnya, peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) kepada Datuk Seri Najib Razak selamat dijalankan setelah berlangsungnya upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di istana negara sebentar tadi.
Peristiwa ini sebenarnya mencatatkan satu lagi sejarah negara. teori R.A.H.M.A.N akhirnya sempurna.

R- Rahman (tunku)
A- Abdul Razak

H- Hussein

M- Mahathir

A - Abdullah

N - Najib


selamat bertugas buat Datuk seri najib. semoga negara bertambah makmur dibawah pimpinanmu.
dan selamat bersara buat Tun Abdullah. pengorbananmu amat disanjung tinggi

Thursday 2 April 2009

Hakikat kezaliman (bukan versi apit)

satu ketika dahulu, tika aku di perkampungan, banyak kezaliman bagi diriku seorang khalifah di muka bumi yg aku lakukan keatas makhluk2 Allah lain.
seawal usia sehari, kerana terlalu sayang dan kasihkan aku, bonda menjagaku siang malam sehingga terpaksa bondaku membunuh nyamuk2 yg berhinggapan di jasadku. begitu juga dengan lalat2 kerana andai dihinggapinya pada tubuhku, maka banyaklah tahi lalat akan bertempekkan di kulit yg halus mulus.
aku membesar sebagai budak desda pinggiran hutan. anak desa tidak sah jika tidak melastik burung, menangkap pepatung untuk dibakar yg bukanlah untuk disantap. memburu belalang, menangkap semut hitam untuk dilagaka sesama kaum mereka sendiri.
hobiku berubah pabilaku menerjah usia baligh. kasihanku pada mahluk lain yg punya hak untuk hidup lantasku membebaskan terkukur2 jantan dan betina, serindit tua dan muda, merbah gelap dan cerah, kerna ku yakin mereka menderita hidup di sangkaran yg pada hemat pencinta burung mereka harmoni dan bergumbira dihidangkan sekoi dan air free setiap hari.
usia dewasa menerpa,
ahhhhhhhhhhhhh, persetankan semua itu. aku geram pada semut2 yg menceroboh bilikku sehingga rosak kertas bukuku, sehingga longgar ikatan pintuku...
aku pasrah! semuanya aku spray dengan ridsect walaupon aku tau mereka akan kembali dengan bala tentera yg lebih besar.!

hakikat kezaliman yg best,
http://freddiefitri.blogspot.com/2009/02/hakikat-kezaliman.html

Tahniah Dato' Pa


disaat negara kini sedang memberi tumpuan kepada proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib, sangkunang ingin mengambil sedikit kesempatan untuk seorang ahli politik yang sangkunang hormati.beliau bukan PM mahupun TPM. beliau hanya menteri pertanian dan industri asas tani, yg juga ahli parlimen jeli.rasanya masih belum terlewat untuk sangkunang mengalungkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada beliau atas kejayaa mengungguli tempat pertama daripada 59 calon dalam perebutan untuk ahli Majlis Tertinggi UMNO baru2 ni dengan mendapat 2295 undi.
sebagai seorang anak jeli, tentunya sangkunang berkongsi kegembiraan ini bersama-sama penyokong kuat beliau yang lain memandangkan wajah jeli yang wujud hari ini adalah madah perjuangan beliau yang begitu kuat memperjuangkan kebajikan rakyat jeli dan berusaha keras membawa jeli keluar dari zon yang dikatakan daerah di kelantan yang paling mundur satu ketika dulu.
kejayaan datuk pa sudah dijangkakan dari awal sebenarnya. dengan imej orang kampung, beliau sangat mudah didekati rakyat dan perwatakan beliau ini bukan sahaja disukai kawan malah dikagumi lawan. masakan tidak, ketika seluruh kawasan di negeri kelantan dikuasai PAS, tetapi di jeli perwatakan dan jasa beliau masih cukup kuat di hati rakyat jeli untuk menidakkan hasrat PAS menguasai jeli.
masih kuingat, ketika zaman budak2 dulu, datuk pa selalu masuk kampung dan tugasnya meronda kampung berjumpa orang ramai. bukan berkereta, tapi meronda dengan membonceng motosikal penduduk yang dijumpainya ketika sampai. dan amalannya itu masih diteruskan sehingga hari ini walaupun beliau sudah pun menjadi seorang menteri.
semoga datuk pa terus berjuang menabur khidmat bakti untuk rakyat jeli khasnya, serta kelantan dan juga negara malaysia amnya. insyaAllah... bersama masyarakat orang asli jeli

berkopiah, berkain pelikat melawat rakyat

membonceng motosikal

Sunday 8 March 2009

Piala FA :Kelantan ke separuh akhir


BERAKSI di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri jelas memberi kelebihan kepada Kelantan apabila berjaya membenam UPB-MyTeam 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.

Turun dengan kelebihan satu jaringan di tempat lawan, Kelantan sepatutnya tampil lebih yakin, namun akibat ‘lambat panas’ mereka ketinggalan pada minit kesembilan.

Penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya merobek gawang tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Bunyamin Umar.

Sang Kijang yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan dan pada minit ke-26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan.

Perlawanan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dan malang bagi UPB-MyTeam apabila dua percubaan mereka dinafikan palang gol.

Pada babak kedua, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Ramzul Zahini.

Gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-53 menerusi Nor Farhan Mohamad yang berjaya menanduk masuk hantaran ketua pasukan Badri Radzi.

Kelantan yang bagai dahagakan jaringan terus mengatur gerak dan selang lima minit kemudian, stadium bergema lagi.

Badri melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah melalui sepakan percuma melepasi jangkauan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussin.

-Harian Metro.


Tuesday 3 March 2009

Buku Memang Bertemu Ruas !

Menarik ! Hangat ! Panas ! this is futbol !!!
itulah ungkapan kata-kata sebagai mengulas suasana di stadium shah alam ketika perlawanan liga super antara selangor melayan kunjungan kelantan malam kelmarin.
menarik kerana perlawanan ini menerima kunjungan hampir 50 000 penyokong. lebih menarik kerana penyokong kelantan berjaya memenuhi 1/4 tempat yg diperuntukkan untuk kapasiti kelantan dan berjaya mengimbangi jumlah penyokong tuan rumah. lebih lebih menarik adalah kerana ribuan penyokong kelantan sanggup datang dari kelantan untuk menyertai ribuan penyokong kelantan yg bermastautin di lembah kelang. perlawanan ini ibarat perlawanan separuh akhir piala malaysia walhal ia hanyalah perlawanan liga yang masih jauh perjalanannya.
Hangat... ya memang hangat. walaupun kelantan kecundang 3-0 kepada selangor, tapi perlawanan ini menyajikan aksi yang sama hebat baik di dalam padang dan di luar padang. aksi seimbang antara kedua-dua pasukan, lawan sorak antara kedua2 pihak penyokong, dan aksi perang mulut antara jurulatih, K Devan dan Peter Butler memberi liga malaysia imbasan aksi jurulatih EPL yg tidak sah kalau tidak berkecoh di tepi padang.
dari hangat bertukar panas. sesi provokasi antara penyokong berlangsung dengan aman bertukar menjadi ganas. dari aksi ejek-mengejek berpindah ke aksi balingan botol. tidak cukup dengan botol, kerusi stadium dicabut sebagai acara selingan iaitu pertunjukan kerusi terbang. tidak habis dengan objek terbang, suhu stadium shah alam pantas bertukar. aksi kejar mengejar, pukul memukul mengambil tempat sehingga aksi di dalam padang terpaksa dilupakan buat sementara untuk memberi tumpuan kepada aksi ong-bak di bahagian penyokong sehinggalah dileraikan oleh polis yang boleh dikatakan terlalu sedikit untuk mengimbangi jumlah hadirin. ingatkan sudah abis, hakikatnya aksi kejar mengejar disambung kembali diluar stadium setelah 90 minit masa permainan berakhir.
huh...
inilah akibatnya bila emosi tak terkawal dek latahan provakasi lawan, baik kelantan mahupun selangor.
apa-apa pun tahniah buat penyokong kelantan.
bukan kerana aksi panas,
tapi tahniah kerana berjaya menunjukkan semangat cintakan bolasepak yang begitu tinggi terutama yang sanggup datang dari jauh semata-mata utk perlawanan ini sehingga berjaya menukar shah alam menjadi mini kota bharu.
dan tahniah juga buat selangor yang berjaya membuktikan mereka unggul dan tidak rela dicalarkan dihalaman sendiri.

* puas hati bayar soploh hengget masuk stadium. memang berbaloi krn mcm2 yg boleh disaksikan. xpercaya tanya penyokong yg hadir baik kelantan dan juga selangor.

Friday 27 February 2009

Liga Super :Buku Bertemu Ruas


Buku bakal bertemu ruas. itulah perumpamaan tepat bagi pemerhati dan peminat liga bolasepak malaysia menjelang pertemuan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, 28 februari 09.
kenapa buku bertemu ruas? tidak dapat dipastikan siapa buku dan siapa ruas. apa yang pasti kedua-dua pasukan yang kini menghuni tangga pertama dan kedua liga memiliki misi tersendiri dalam pencarian jagoan bolasepak malaysia musim ini setelah jaguh terdahulu, kedah sudahpun ketinggalan dalam meneruskan survival kegemilangan yang dicipta mereka beberapa tahun kebelakangan ini.
selangor atau red giant sudah tentunya mengharapkan gemilang stadium shah alam yang diwarnai sorakan merah kuning untuk melakar kejayaan mengutip mata penuh untuk mengambil alih teraju liga dari tangan kelantan.
namun harus diingat, lembah kelang bukanlah terlalu asing bagi laskar-laskar the red warriors. bermain di lembah kelang ibarat beramain di kampung halaman kerana penyokong-penyokong the red warriors pastinya akan meneruskan tradisi seperti sediakala iaitu memenuhkan gelanggang lawan untuk 'diubah' menjadi gelanggang sendiri.
jika diimbas rekod-rekod terdahulu, musim 2008 dalam persaingan piala malaysia, kelantan menumpaskan selangor 5-2 di kota bharu, namun tewas 4-1 di shah alam yang menyaksikan perjalanan kelantan untuk menggapai piala malaysia terhenti disitu.
apa-apa pun, musim ini tidak semestinya perlu mengikut skrip sedia ada seperti tahun lalu. dendam kesumat kelantan mesti dilunaskan di shah alam. bukan sahaja dendam membara peminat, tetapi pemain juga tidaklah terkecuali.
kelibat indra putra mahayuddin sudah pastinya menghadirkan gerun buat barisan gergasi merah apatah lagi di sanubari indra sendiri pastinya mahu memastikan selangor menyesal kerana menyingkirkannya pada penghujung musim lalu.
8.45 malam, 28 februari kini dinanti. ayuh red giant dan red warriors! penuhkan stadium shah alam. antara merah kuning dan merah putih, kita tengok merah mana yang mendominasi stadium. selamat berjuang wira-wira merahku sekalian...

GOMO KELATE GOMO !

Thursday 19 February 2009

Tidak mustahil musim ini milik Kelantan


AKSI terpuji Kelantan sehingga mengambil alih status pendahulu Liga Super dari Selangor, mencuri perhatian bekas penyerang sensasi pasukan itu, Hashim Mustapha, yang menyifatkan skuad itu kini berada pada posisi terbaik merintis kemungkinan mencipta musim paling gemilang dalam sejarah pasukan itu.

Pemenang tiga kali anugerah Kasut Emas pada 1990, 1993 dan 1994 itu yang kini berwatak penolong jurulatih kepada Peter Butler, turut menyifatkan skuad musim ini adalah barisan terbaik Kelantan pernah disaksikannya sejak sekian lama.

Hashim berkata, kejayaan menewaskan Pahang kelmarin, turut melengkapkan misi tiga dalam satu Kelantan - mengutip tiga mata, mencatatkan enam kemenangan berturut-turut serta merampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Super yang baru memasuki perlawanan ketujuh.


"Saya yakin jika semua pemain mengekalkan prestasi konsisten untuk jangka masa panjang, tidak mustahil musim 2009 ini akan menjadi milik Kelantan. Ini adalah peluang terbaik bagi Kelantan untuk bergelar juara liga utama bola sepak tempatan buat kali pertama.

"Malah, mungkin ini juga kali pertama sejak sekian lama Kelantan dilabel selaku pasukan pilihan dan pencabar utama kejuaraan liga," katanya

Hashim berkata, selain perubahan radikal dalam struktur pasukan oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang diterajui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, kerjasama sepasukan serta komitmen jitu pemain ketika latihan, turut menyumbang kebangkitan Kelantan musim ini.

Namun dia mengakui, titik-tolak perjalanan panjang yang lebih mencabar bagi skuad Kelantan musim ini akan ditentukan apabila skuad itu berkunjung ke Stadium Shah Alam untuk menentang Selangor, minggu depan dalam pertembungan dua pasukan teratas.

Tuesday 17 February 2009

LIGA SUPER 17 FEBRUARI 2009

Keputusan Perlawanan TM Liga Super 2009

N. SEMBILAN 0 - 0 KL PLUS
PAHANG 1 - 5 KELANTAN
PERAK 0 - 1 TERENGGANU
PULAU PINANG 1 -1 PDRM
JOHOR FC 1 - 2 PERLIS
KEDAH 2 - 1 KM NAZA
SELANGOR 0 - 1 MYTEAM

Monday 9 February 2009

Musim Amfibia Melompat dan Mengawan

Tika ini, negara Malaysia sedang mengalami musim melompat dan mengawan bagi sejenis amfibia yang datangnya daripada pelbagai spesis. umum mengetahui bahawa musim ini spesis2 ini mempergiatkan usaha untuk melompat dan mencari rakan kelaminan. fenomena ini sememangnya sudah dijangka seawal 8 Mac tahun lalu. Kalendar lompat-melompat sudahpun dipampang apabila spesis ulung amfibia yg juga kawanan tertua dalam kalangan spesis negara ini sudahpun meramalkan akan berlakunya lompatan besar-besaran tahap sarjana spesis2 ini kearah mencari kawanan yang lebih harmoni menjanjikan makanan melimpah ruah.
dua tiga hari ini, ramalan serta catitan kalendar amfibia ini menjadi kenyataan. namun, banyak tersasar dari ramalan awal para pengkaji habitat amfibia ini. mereka sebenarnya menjangkakan beberapa kawanan dari spesis dominan akan mencari kawanan dan rakan kelaminan di dalam komuniti spesis campuran yang satu lagi. tp sebaliknya yang berlaku. spesis yang dominan terus dominan menyebabkan satu kawasan paya yang menempatkan 2 kawanan yang hampir sama banyak, sudahpun kehilangan wilayah ke tangan spesis dominan.
para pengkaji dan pemerhati makhluk ini sudahpun memulakan post mortem, mencari punca mengapa berlaku perubahan mendadak pada sifat amfibia-amfibia ini.
setelah dikaji, jawapannya muncul. dengar ceritanya, spesis yang tewas di kawanan tersebut sebenarnya terlalu bongkak dan angkuh bercerita tentang kehebatan pengaruhnya di depan makhluk-makhluk lain di habitat negara ini. seperti cerita zaman persekolahan dulu-dulu, "lembu dan ibu katak yang sombong"...pernah baca? pegi baca..

Saturday 7 February 2009

DAULAT TUANKU !


Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja

Moga Tuhan Maha Perkasa Memelihara
Raja Raja dari segala ancaman ke atas takhta mereka


DAULAT TUANKU !

http://penembak-tepat.blogspot.com/


Wednesday 4 February 2009

Wallpaper Indra Putra



Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Monday 2 February 2009

Wallpaper lg



Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Sunday 1 February 2009

Malam Gemilang The Red Warriors


GELORA Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bharu memaksa si Jengking berputih mata apabila tewas 0-4 kepada Kelantan pada perlawanan pusingan pertama Piala FA malam tadi.

Kelantan yang mendapat sokongan lebih 10,000 penyokong memulakan malam cemerlang dengan jaringan pembukaan oleh Nor Farhan Mohamad pada minit kelapan.

Bekas pemain kebangsaan itu berjaya meloloskan diri selepas menerima hantaran daripada Badri Radzi.

Kelantan yang nyata menguasai permainan meneruskan asakan dan gol kedua hadir pada minit ke-31 apabila Khalid Jamlus mudah menolak masuk bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Johor, Nor Azlan Razali hasil rembatan Indra Putra Mahayuddin.

Pada separuh masa kedua Johor nampak garang tetapi tetap gagal menemui penyudah.

Begitupun, Kelantan yang terus berpesta menerusi jaringan Khalid sebelum Indra Putra melengkapkan malam gemilang itu dengan gol keempat menerusi sepakan penalti sebelum tamat perlawanan.

Kemenangan itu dilihat agak selesa sebelum menghadapi perlawanan kedua di gelanggang lawan Rabu depan.



Friday 30 January 2009

WE WILL NOT GO DOWN (song for Gaza)



(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

“Download” di pautan berikut http://www.michaelh eart.com/ Song_for_ Gaza.html

Monday 26 January 2009

Selamatkan Bolasepak Malaysia

dalam saat ini, tika waktu ini mood aktivis2 dan pencinta2 bolasepak malaysia berada dalam keadaan yg amat kronik. marah, sedih, kecewa, hampa, putus asa berkolaborasi bersama-sama kecalaran bertimpa-timpa menempek ke wajah bolasepak malaysia.
marah kerana kalah kepada UAE, sedih kerana dimalukan dihalaman sendiri, hampa kerana 5 gol dibolosi, putus asa mengenangkan sejak bergelar bayi hingga berstatus bapak kita masih di takuk lama. entah berapa lama lagi harus ditunggu untuk menjelmakan wajah harimau malaya.5 tahun lagi, 10 tahun lagi, sasaran piala dunia 2018, mampukah atau sasaran ke piala dunia terlalu jauh utk kita sejauh 3 4 generasi mendatang?
sesuatu yg drastik perlu dilakukan agar kita tidak terus tenggelam hanyut lemah dibawa arus perubahan masa dan zaman. jika zaman sudah jauh berubah, kenapa 'orang' kita masih sama? (paham2 laaa)...
disebalik pendedahan lantang B Satianathan mengenai "M-League is not football", jika diteliti banyak kebenarannya dan realitinya itulah liga kita sekarang.
puncanya:

1. Tadbir urus Liga Malaysia
- jika diperhalusi dan diteliti, perlaksanaan Liga Super sepatutnya dibawah bidang kuasa Malaysian Super League Bhd (MSL) yg bertanggungjawab dalam perjalanan liga dan sbg sebuah syarikat, MSL perlu bertanggungjawab dalam mempromosi liga sepertimana yg dilakukan oleh kebanyakkan liga2 utama luar negara. tp apa yg diperhatikan MSL Bhd tidak berperanan langsung dalam menentukan hala tuju liga malaysia dan apabila liga tidak popular, peminat dipersalahkan & didakwa tidak patriotik.

2. FA sbg institusi penyumbang bakat telah gagal
- dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan kebangsaan, pasukan negeri/kelab memainkan peranan sebagai pusat penghasilan bakat atau feedar kepada pasukan kebangsaan. secara kasarnya, memang sistem ini wujud tapi secara halusnya adakah ini sahaja pemain berbakat yang kita ada? atau memang sistem pencarian bakat yang ada pada hari ini disasarkan hanya kepada sekolah sukan bukit jalil???
namun apa yg nyata, pembangunan akar umbi kita sebenarnya sudah nazak, dan memerlukan nafas dan idea baru.

3. Campur tangan politik
- sistem FA untuk pasukan liga malaysia yg ada pada hari ini sudah tidak releven dan sudah sampai masanya kita mereform sepenuhnya kepada sistem FC yg mana pasukan negeri/kelab tidak lagi terikat dengan politik semata-mata.
di beberapa buah FA negeri, perubahan suasana politik malaysia baru2 ini turut mengubah iklim bolasepak negeri2 tersebut. pertukaran kerajaan membawa bersama pertukaran pemimpin pasukan. perubahan tampuk pimpinan juga membawa kepada tarik tali antara pihak2 bercanggah mengenai nasib pasukan termasuklah kerajaan lama menarik kemudahan2 yg disediakan oleh kerajaan lama..what da...????
ini lah sedikit kecacatan perlembagaan di beberapa FA yg mensyaratkan presiden mestilah dari kalangan menteri besar.. xtau bola pun x pa laa asalkan menteri besar...

bercerita mengenai masalah bolasepak malaysia, terlalu banyak sebenarnya jika mahu dikupas. tp buat letih je kupas kalau x koyak2.
cuma buat masa ini eloklah kiranya FAM menumpukan pembangunan akar umbi sahaja. yang dah lapuk tu biarkanlah, tumpukan masa depan. satu cadangan dalam memperkasa bakat dari usia muda;
- FAM perlu jalankan kerjasama lebih erat dengan kementerian pelajaran malaysia. tempatkan bekas2 pemain kebangsaan bersama2 unit kokurikulum pejabat pendidikan daerah (PPD). pegawai ini bertanggungjawab merangka program pembangunan bakat di kawasan ppd tersebut sekali gus bertindak sbg ejen utk diserapkan ke akademi negeri.

sekian

Saturday 24 January 2009

METRO - Pandai Sungguh Menyusun Kata

Gambar diatas dipetik dari suratkhabar Harian Metro bertarikh 23 januari 09 selepas kekalahan 0-5 malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu.
Apa yang x kena dengan gambar ini?
tengok gambar fans ultras, tgk gamba pemain2 berjersi biru buat apa, tgk plak caption dibawah gambar ditulis apa....
"TAK PUAS HATI...penyokong membakar bunga api sebagai protes terhadap mutu permainan skuad negara pada perlawanan kelmarin."
mende laa metro ni. tulis x pakai otak, pakai kepala lutut!
bende yg menyala tu dipanggil flare, dibakar sebelum wisel ditiup untuk memulakan perlawanan dan tujuan membakar mende alah tu bukannya PROTES !
kalau nak protes pon, protes mendenya game belum mula lagi???
tengok playe buat apa pun dah tau, tu kapten sedang bagi kata2 semangat sbelom mulakan aksi..
pala otak metro !!!

Friday 23 January 2009

Taufan Melanda Lagi

Semalam, skuad bolasepak malaysia membuka tirai perlawanan antarabangsa 2009 dengan seribu satu kecalaran memukau mengoyakkan lagi harapan yg sememangnya kini senipis kulit bawang. malaysia mengulangi sejarah 2007, tewas 5-0 di tanah air sendiri, di hadapan penyokong sendiri. kali ini, giliran UAE berpesta untuk memalukan malaysia.
berang dengan keputusan yg teruk itu, penyokong2 malaysia berkumpul di pintu masuk utama selepas perlawanan untuk meluahkan perasaan atau nama rasminya berdemonstrasi meminta pengunduran jurulatih dan juga pegawai2 utama bolasepak negara.
dari bibir mulut jurulatih, B satianathan, lantas menyalahkan struktur bolasepak malaysia sebagai punca kemeruduman prestasi kita. menurut beliau, LIga Malaysia yg ada sekarang adalah bukan liga bolasepak.. tidak dapat dipastikan apa siratannya. tp jika diteliti, penghamburan mulut satianathan itu ada kebenarannya. struktur dan sistem kita sudah rosak teruk yang tidak mungkin dapat diperbaiki oleh pomen2 sedia ada dan akan mengambil masa yg lama jika dihantar ke workshop2 part time spt yg ada hari ini.
mengkaji punca kekalahan besar malaysia semalam, secara peribadi saya berpendapat, adakah ini kesan awal akibat pengharaman khidmat pemain import untuk liga 2009???
sedangkan rasional awal pengharaman ini adalah untuk memberi ruang bernafas yg lebih besar kepada pemain2 tempatan terutama posisi penyerang yg sering dibayangi kehebatan mamat2 impot? adakah berkesan? jika berkesan kenapa penyerang kita masih lagi malu2 di depan gol?
sesuatu yg harus dikaji semula oleh FAM.
tolak ketepi seketika kelemahan pasukan malaysia. memandang ke sudut lain, penonton yg datang ke stadium semalam tidak menolak faktor kegagalan pengadil berlaku adil sesuai dengan nama kerjanya sebagai pengadil sebagai punca awal penurunan mood atau down dalam kalangan pemain berdasarkan beberapa keputusan yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pengadil seperti menghadiahkan penalti kepada lawan dan menghentikan perlawanan separuh masa pertama secara tiba2 disaat malaysia dihadiahkan sepakan percuma dihadapan kotak penalti. implikasi keputusan yg agak bangang itu, padang stadium bolsepak cheras dihiasi dengan botol2 terbang daripada tangan2 penonton yg mentarget pengadil.
keputusan2 pengadil perlawanan amat mengecewakan. ada mulut2 yg membisikkan kata2 semuanya sudah diatur. kerana kita tahu UAE adalah sebuah negara kaya ditambah lagi dengan kekuatan power presiden AFC mohamad hammam yg berwarganegara UAE. dan sejak akhir2 ini pun, negara2 bolasepak yg bukan dari rantau arab banyak mempersoal kepimpinan Hammam yg dikatakan banyak berpihak kepada negara arab sehingga ada yg menggelarkan AFC sebagai Arabian Football Federation, bukannya Asian Football Federation.

.....off

Saturday 17 January 2009

Kepala babi diletak di surau UM

Menjelang Pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi, kehangatan bahang demokrasi kampus digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau Universiti Malaya semalam.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Monday 12 January 2009

KERTAS DINDING LAGI


Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

WALLPAPER KELANTAN TERBARU !

kertas dinding terbaru dari offside sangkunang untuk peminat bolasepak kelate




Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Friday 9 January 2009

Frederic Kanoute Sokong Palestine

video : http://www.youtube.com/watch?v=m_x43JZ4j8Q

Pemain Sevilla, Frederic Oumar kanoute menayangkan mesej menyokong perjuangan rakyat Palestin yg tertera di bajunya selepas menjaringkan gol menentang Deportivo La Coruna yg mengakibatkannya dilayangkan kad kuning.
Walaupun sedar yang tindakannya itu mungkin mengundang kontroversi EUFA dan kemarahan golongan pro-yahudi, kanoute tetap menyampaikan mesej tersebut sebagai salah satu jihad yang termampu dilakukannya selaku pemain bolasepak.
ALLAHUAKHBAR!!!

FAM, BEBAL LAGI MEMBEBALKAN !!!



Persatuan Bolasepak Malaysia atau Fucking Association of Malaysia bikin panas lagi. Kebangangan dan kebebalan FAM terserlah kali ini dan kambing hitam akibat tindakan dungu FAM ini adalah Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)...
Sabtu lalu, perlawanan pertama liga super 2009 menemukan kelantan menerima kunjungan KL PLUS di stasium sultan mohamad keIV. bagaimanapun perlawanan itu tidak dapat dijalankan kerana kelantan ketika itu dilanda bah dan hujan lebat memaksa pegawai perlawanan membuat keputusan menunda perlawanan ke tarikh lain.
24jam kemudian, jawatankuasa pertandingan FAM membuat keputusan perlawanan akan ditunda ke satu tarikh yg akan ditentukan.
bagaimanapun, tidak sampai 48jam kemudian, keputusan hadir lagi. kali ini bukan yg menyenangkan. FAM membuat keputusan perlawanan tersebut dimenangi oleh KL PLUS 3-0 atas alasan kelantan gagal menyediakan venue mengikut piawaian untuk perlawanan itu.
Apakah ini???
adakah FAM berpendapat hujan yg turun mencurah2 dari langit itu urusan KAFA?
adakah KAFA mampu menghentikan hujan? atau FAM bebal yg ini hujan, panas, ribut, taufan adalah urusan ALLAH SWT....
bebalnya FAM...bangangnya mereka.
kalaulah ini akibatnya, baik FAM buat resolusi suruh semua stadium di malaysia ni pasang khemah kat stadium. jangan bagi air hujan masuk.
x pun sebelom buat stadium pastikan kawasan tu adalah kawasan yg x pernah turun hujan.
sekitar tahun 2003 (kalo x silap) situasi sebegini pernah juga berlaku melibatkan pasukan selangor di stadium shah alam. hujan lebat memaksa perlawanan ditunda sehingga mat-mat indon merusuh di stadium. tapi tak pula FAM bagi menang percuma kepada pasukan lawan.
apa nak jadi ni. badan induk bolasepak negara jelas mendiskriminasi pasukan kelantan. FAM jugak buat keputusan berat sebelah dan x adil tanpa merujuk kafa. KAFA dihukum tanpa bicara..
bagaimanapon, tahniah buat ultras2 kelatedotnet yg bingkas bangun memprotes tindakan FAM.. semalam di kota bharu dan petang tadi kelate dot net KL berkumpul di wisma fam, kelana jaya untuk berpiket secara aman dan menyerahkan memorandum bantahan kepada datuk azzudin ahmad, s/u agung FAM.

Tuesday 6 January 2009

AIR MATA GAZA

Panorama menyedihkan di bumi Gaza akibat amukan binatang lahanat terlaknat, Yahudi Israel





disaat mereka memerah keringat bercampur darah jihad,
tertanya2 juga di kepala mereka,
mana saudara seagama mereka serata dunia?
mana rakan2 sebangsa mereka yg kaya raya di dunia arab?
apakah tidak berkuasa langsung nikmat kekayaan kurniaan Allah untuk membantu rakan sebangsa mereka yg lain?
atau kuasa mereka hanya untuk santapan jamuan polis dunia berproksi zionis....
mana liga arab?
mana Arab Saudi?
mana UAE?
mana? mana?????
mana barrack obama yg dikatakan maha hebat disanjung2 serata dunia berarak riang menandakan satu perubahan iklim dunia yg kian kejam???

Disaat mereka menanggung derita merintih hiba, kita hanya mampu melontar pandangan dari kejauhan. secebis doa dikirim moga ketabahan & keimanan mengiringi setiap langkahan mereka. mereka sedar dunia bukan dipihak mereka, mereka sedar siapa mereka dimata pemimpin agung atas muka bumi, mereka sedar apalah sangat kekuatan demonstrasi jika dibanding dengan bom kimia berangkai ciptaan yahudi laknatullah.
namun mereka tahu, Allah SWT sentiasa bersama mereka,
mati mereka dijanjikan syurga Allah bersama para syuhada,
mati mereka demi mempertahankan bumi suci,
mati mereka demi mengakkan ISLAM,
mati mereka dengan nama ALLAH !

-sama-sama kita bersolat hajat sebagai satu jihad kecil kita untuk membantu menguatkan lagi iman dan ketaqwaan mereka menempuh cabaran dajjal laknatullah zionis..

Friday 2 January 2009

Sepak Mula Liga Super 2009







Liga Super musim 2009 akan membuka tirai pada esok hari, 3 januari 2009. Sepak mula liga super 2009 amat dinanti-nantikan oleh peminat2 liga malaysia untuk menyaksikan sejauh mana kerancakan liga musim ini tanpa kelibat awang import.

berikut adalah jadual perlawanan pertama liga super 2009

KEDAH vs SELANGOR
Std Darul Aman

PDRM vs MYTEAM
Std Selayang

KELANTAN vs KL PLUS
Std Sultan Mohamad ke4

TERENGGANU vs PERLIS
Std Tuanku Mizan

PAHANG vs JOHOR FC
Std Darul Makmur

P PINANG vs N SEMBILAN
Std Bandaraya

PERAK vs KUALA MUDA NAZA
Std Ipoh

Bersama-sama meriahkan liga bolasepak Malaysia.
Sokonglah pasukan anda.
Jika bukan kita rakyat Malaysia yg menyokong pasukan kita, siapa lagi?